Thursday, November 10, 2011

Tip Dagu Runcing Dan Wajah Berseri

Berbaloinya bila kita berkahwin ni ialah bila kita jaga kecantikan diri dan niatkan untuk suami kita dapat pahala. So...


I ni sekarang tengah gigih jadi hantu kak limah ni.... (tak boleh post wajah penuh, terkejut you all nanti dgn wajahku yg bertepek putih telur + tisu sejak 15 minit yg lalu). Lama tak memanjakan wajah dgn bahan2 semulajadi spt ni (entah mimpi apa)...

Sebab terasa kulit macam dah kusam , biasa la kan.... bila umur dah makin meningkat ni kan.... macam-macam masalah kulit akan timbul. Tu la yg sibuk menyepa (berSPA) diri kat rumah ni... mana la tau IRP akan bertambah sayang.. ahaks!! Nak tau apa dia jawab nanti....

"Apa you nak susah... you kan dah kawin"

Hmmm... ye la tu.

Pakcik Google ada bagi beberapa tip semalam, ni bagi anda yg keluar double chin.... I pun tak terkecuali kengkadang bila dah termakan banyak... then, caranya ialah...

Tepuk dagu dengan belakang tangan selama 40 kali setiap pagi...

Tip kedua supaya dagu runcing dan muka tak bengkak sembab  ialah.... elakkan tidur siang.   Nak tido boleh, tapi tenghari, bukan awal2 pagi ataupun senja.







Selain masalah2 di atas, masalah yg timbul di kalangan umur-umur kita2 ni (yg adik2 cumil terkecuali ler) ialah jeragat.. Antara faktor penyebabnya diorang kata.... sebab gelisah dan kurang tido, memakai alat make up yg kurang kualiti (harga murah)

Pada pendapat I pulak maybe sebab orang itu berkulit kering, tak pakai pelembab, pastu berjemur bawah matahari tanpa sunblock, berkulit putih (jarang nampak mereka yg berkulit gelap keluar tompok2 hitam ni). Orang yg ketika mudanya keluar jerawat pun jarang ada jeragat bila usia dah senja.


Nota : Ini hanyalah tinjauan yg tidak sahih. Sebarang bantahan adalah digalakkan.



Selain wajah, dalaman pun perlu diambik kira. Senaman juga sgt perlu, at least menyapu sampah, mengejar anak yg tak nak gosok gigi, mengejar masa..... jgn dibiar diri ala2 Datin manja hingga badan langsung tak keluar peluh, pastu berangan nak makan jamu pulak... org2 zmn dulu mkn jamu tapi mereka bertani.. so, peluh sentiasa keluar.. tak la benda tu jd mudarat pd buah pinggang.


Ok la... nampaknya "masker" I dah mengering, "nenek kebayan" I pesan utk kesan maksima, basuhlah dgn air basuhan beras, nt wajah akan glowing.. lip lap..... Oh ya...
Ada satu lagi masker yg murah tapi bila memakainya makin hari  kulit jadi lebih gebu, putih dan anjal.. Nak tau?.  Sila klik sini.


13 comments:

  1. rajin juga tue, kita ini. . .cuci muka pakai sabun mandi je, kes malas nk kuar beli. . .^_^

    ReplyDelete
  2. Wah dasyat tu Eila.. sabun mandi? Sabun mandi baby takpe kot..

    ReplyDelete
  3. mm..i dulu zaman anak dara eajin gak bubuh putih telur kat muka...bila dah jahwin jd mlas pulak..huhu...bilala nk rajin juga mcm mm ni

    ReplyDelete
  4. MM sgt rajin tau..huhuu hany pun nk kena rerajin jugak dh nk masuk tghri gak ni ;)

    ReplyDelete
  5. DR SIRNA - I pun tak la rajin mana pun... hehe..

    ReplyDelete
  6. HANY - Hany tu blom "tengahari" lagi.. muda lg tu Yang. :D

    ReplyDelete
  7. salam MM...lama tak melintas kat 'rumah' awak ni

    ReplyDelete
  8. Waalaikumsalam Cikgu Gie... rindunya kat you. Mana la dianya menghilang terlalu lama.

    ReplyDelete
  9. akak pun lama jugak tak menyepakan diri kat rumah, malas betul nak menepek putih telor, karot la, timun, tomato....
    alhamdulillah muka tak berjerawat cuma rajinkan krim siang n mlm, jgn miss.

    ReplyDelete
  10. Betul tu Kak Zanafami.. krim siang & mlm jgn miss.

    ReplyDelete
  11. misteri memmg misteri

    tapi tak bolehlah diterangkan disini dialam maya ni...

    kira berkurun jugalah...merasa peritnya..

    ReplyDelete
  12. Kak C.O ~ Kita fhm apa yg Sis maksudkan.. byk2 bersabar ya.

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...