Tuesday, March 20, 2012

Fresh!!

Assalamualaikum...
Hai you all.   Apa khabar?   Sihat hendaknya.     Apa berita kita pagi ni ? Kisah budak 14 tahun yg hilang di Shah Alam telah ditemui semula di Thailand.   Syukur terselamat dari sindiket pelacuran.  Kalau tak nasib you akan jadi  Izzah Ombak Rindu plak nanti, terpaksa kawin ngan Hariss yg suka mengamuk dan panas baran.. :D  Credit B.harian.com.

Mulai hari ini, temani anak-anak kita walau ke mana mereka pergi.   Jangan leka walau seminit sekalipun even ke bilik air shopping compleks yg jaraknya hanya beberapa meter dari tempat kita berdiri.   Ok... full stop di situ.   I nak tayang gambar makanan ni....  takde la rasa bersalah sgt sebab you all pun tentu dah breakfast yg sedap2 kan?





Melintasi kawasan perkampungan waktu pulang ke JB dari rumah MIL itu ari.... terjumpa sebuah Pasar Malam.... Mujur ada jual rojak petis kegemaranku ini, dapat kami makan dlm kereta.


Jagung rebus pun ada.... lebih fresh dari yg pernah I makan sebelum ni...



Itulah faedahnya masih ada lokasi-lokasi yg boleh digelar kampung. Dapat la kami tumpang sekaki menghirup udaranya yg segar sepanjang perjalanan.  Di kiri kanan, mata masih lagi disajikan dengan pemandangan-pemandangan menghijau, rumah2 papan, pohon2 kelapa dan pisang melambai-lambai di tepian parit.  Lembu-lembu pelbagai warna meragut rumput.  Anak gadis tersipu malu dingorat jejaka  tepi jalan.  Gadis kecil berbasikal pulang mengaji.  Semuanya lengkap untuk didefinisikan sebagai sebuah kampung.   

Tapi jika nak lengkap lagi....  kalau ada air terjun atau sungai..... pastu ada anak dara tgh mandi berkemban membasuh kain di celah2 batu.  Korang pernah jumpa kampung2 yg masih bercirikan zaman Mahsuri begini? Oh klasiknyaa... kat mana la tu agaknya.


p/s :   I pernah jumpa kampung yg mcm tu... nak tau kat mana?  Dlm drama  petang2....lol... "Darah Putih Darah Suci" (betul ke tajuk ni? Main belasah je tulis).... cerita Mahsuri.... lakonan Kak Lijah kita. :D
.



4 comments:

  1. Alhamdullilah jumpa balik... Seriau la sekarang ni... Meniaga manusia lagi untung phuiii!

    Amboi megerlip sekali jagung itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengerlip kan..... tu la I dah bubuh labuci kat jagung tu. :D

      Delete
  2. betul MM, budak2 sekarang takleh lepas tangan dari tangan mak bapak. bahaya betoi ler.. elokla mak ayah hantar dan ambil walau pegi tuisyen, walau p beli topup atau kicap kat kedai..
    menyelerakan betoi tengok jagung tu....berkilat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Linda.... marilah kita jd Mamadom ye.

      Jagung tu mmg sedap, manis, lemak secukup rasa Linda.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.