Tuesday, March 20, 2012

Petang yang mendebarkan...

Tadi aku tak sabar nak tunggu petang sebab tak sabar nak tunggu apa reaksinya.... mujur bila dia balik, dia berkeadaan biasa.  Padahal aku kat rumah, jantung ni rasa tak sedap ati, tu yg asik ngeblog je tak sudah, sebenarnya aku nak membuang hati yg rawan kerana kesilapan yg aku perbuat.... Wah! Kesilapan apakah itu???


Sangkakan dia akan kena marah dengan cikgunya.  Kalau tak kena rotan sekalipun, paling2 kenal leter... pasti dia menangis.    Dah la 2,3 hari ni dia asyik merengek nak memonteng je. (Gara2 cuti seminggu la tu).

Alhamdulillah... tak sia-sia aku sedekahkan al-fatihah untuknya berkali-kali sejak kali pertama aku terpandang benda itu tertinggal kat rumah awal pagi tadi.   Ada unsur2 riakkah di situ seolah2 doaku dimakbul... tidak, bukan itu maksudku.... sekadar sebuah perkongsian, masih aku teringat kisah seorang anak yg kelaparan... tapi hasil sedekah alfatihah dari ibunya dari rumah, si anak rasa kenyang, pernahkah kau dengar tentang cerita itu? Ok, tak pernah dengar tak pe.. Benda yg tertinggal itu sebenarnya pensil warna si Shashal, dah la arini ada ujian penting.  Tak pernah2 tertinggal, tetiba bila time ujian penting hari ni, boleh pulak ia tercicir kat rumah.  Aduh.... rasa bersalahnya aku.    Padahal dah berkali2 IRP pesan ngan aku semalam... cek stationary dia cukup tak?  Aku kata cukup... tapi dlm masa yg sama, aku lupa benda yg paling penting buat kanak2 darjah satu sptnya iaitu pensil warna.

Nasib la apa jadi tah dengan ujiannya arini....Aku hanya bertawakal..... aku tanya dia, dia kata... Cikgu  tak datang.    Entah la... malas pulak aku nak tanya bertubi2.    Yg pasti... aku dah kembali lega sebab kurang2 dia tak balik dengan tangisan kerana tertinggal pensil warna itu.

Moral of the story.... puan2.....sila cek stationery anak2 anda, especially ketika ujian2 penting.  Nak meminjam2 kawan pasti tak best kan...


4 comments:

  1. kalau fie yg jenis pelupa neh, dinding mmg penuh dgn nota sticker la akak. selalu fie tampal kat pintu bilik. paling praktikal. sebab bila nak keluar bilik, buka pintu mesti nampak nota penting tu. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun selalu buat mcm tu Fie klu nak buat payment kat orang tp tang pensil warna ni boleh pulak terlupa.

      Delete
  2. ZZ selalu pesan kat anak suruh check stationery waktu malam...kalau esoknya balik sekolah diorang cakap diorang terlupa, alamatnya kena leter la dengan ZZ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg besar MM buat mcm tu ZZ, tpi si bongsu ni masih manja2 lagi,, semua MM kena buatkan utk dia.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.