Saturday, May 19, 2012

Kempen "Mari Menjenguk Rumah Mertua Selagi Mereka Masih Ada".... :D

Mukadimah kali ni ala2 Ustazah.. dengarkan ye.... 

"Dikira satu ibadah jika melihat wajah kedua  ibu bapa dengan penuh kasih sayang dan kesyukuran, maka rajin2lah menjenguk kedua ibu bapa anda".  
Kali ini dan sebagaimana lazimnya 2 minggu sekali, kami akan  menjenguk Mak Mentua nun jaraknya 2 jam dari rumah. So, mari kita tengok apa ada dlm tudung saji beliau pada pagi ini?.  Selongkar.. jgn tak selongkar..





Bakso!   Resepi Bakso - Klik sini. 

Soon Hoon goreng wajib diada-adakan untuk memeriahkan menu bakso ini...




sup bakso yg masih dalam periuk..

.
menu-menu kampung kegemaran menantunya 
yg memang cun kelahiran kampung... 





sambal tumis ikan bilis untuk dijodohkan bersama
ubi-ubi rebus tersebut...


Ikan masin ini juga akan "bermadu" dengan sambal tumis ikan bilis itu untuk menjadikan ibu rebus itu lebih "kick" lagi...

Segmen Jalan-jalan Cari Makan masih dlm perbincangan, tak tau nak gi terjah restoran apa pulak minggu ini..  Si Ain sibuk nak cari jubah hitam, tengah pikir2 kedai mana yg jual jubah best2 kat BP ni.

12 comments:

  1. sedapnye MM!!!!!! mcm mak mentua I org perak masakan dia walaupun simple tapi mmg terangkat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah!. Best kan??. Itu yg buat Eny rasa seminggu pun tak cukup utk bercuti kat rumah MIL.

      Delete
  2. Kempen... "Ibu bapa diutamakan mertua jangan dilupakan"

    ReplyDelete
  3. rasa macam nak tumpang sekaki je hehhe

    ReplyDelete
  4. Mama tiap minggu buat kempen tu...hehehhe sebab tinap minggu gi rumah MIL. Cuma sayang Ibu bapa sendiri dah tak de...kalau mereka da lagi..jangan lupa kempen untuk melawat ibu bapa sendiri dulu...hehehe

    Menu KELADI SARAWAK REBUS tu sungguh menggoda kalbu ku.....sedapppppppnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. MM memang tabik ngan Mama.. Org2 BP mmg bagus dibuat menantu.. :D (mari kita masuk bakul naik lif reramai..).

      Keladi Sarawak tu mmg sedap!!

      Delete
  5. Sedapnyer bakso
    Sedapnya ubi kayu
    Sedapnya sambal tumis
    sedapnyer ikan masin bermadu... hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama - bukan "ikan masin bermadu"lah...:D (mana sedap ikan masin dibubuh madu?).. ikan masin akan "dimadukan" a.k.a dilawankan...

      Delete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...