Thursday, June 14, 2012

Membungkus puing-puing kenangan dengan caraku. Bagaimanakah pula caramu?..

Ramai bertanya kami, siapalah "Jurutera Tenggang" dari Kempas Jb yg keluar kat paper itu ari, kot2 my hubby kenal ke...   Entah la, kami tak kenal la plak.. Insyaallah kengkawan kitorang semuanya masih waras, takde plak yg I dengar2 jadi anak derhaka. 



(Intro apakah ini Kak Mirror?.  Kat bawah upload banyak gambar makanan tapi mukadimah tentang kisah anak derhaka  pula?.).


Tak... gambar makanan tu  kisah semalam, waktu tak dapat mengganti puasa sebab disengajakan (nak gi makan kat Delifrance punya pasal sampai tak puasa... memang patut kena marah la makcik sorang  ni:D).  



Sejak ianya mula dibuka beberapa bulan lalu, ini la first time I makan  kat Delifrance JB ni.. (sebelum ni, ruang ni disewa oleh Breadtalk)
Tapau macaroon untuk Qistina... bila tah  I akan kembali pulih dari kemalasan ini, dah lama betul tak buat homemade macaroon hinggakan Qistina dah complain.. 


"Buat la Ma....Resepi Mama tu kan bahan dia sikit je .. ". Dia ingat kita tak nak buat sebab masalah bahan ke??..:D





 
Mari snap lagi dari pelbagai angle...:D....   Motif?.  Entah. 
.



Ok la.. berbalik pada ayat mukadimah di perenggan pertama tadi.....sebenarnya I tak sampai hati  nak komen panjang tentang hal itu (ya la, kita pun tak tau apa masalah yg sebenarnya kan?) cuma harap2nya si anak telah sedar akan kesilapannya menghantar si bapa di rumah org2 tua dan hanya mengakuinya sbg jiran. 

Sbg ibu bapa hendaknya anak2 kita nanti menjadi anak yg soleh dan solehah... kan puan2. 


Ada sesiapa yang nak join cara kuno saya ni??


Menyebut pasal anak pula, semalam I dah selamat mencuci beratus keping gambar demi untuk kenangan anak2 di masa depan...

**(punya la lama benda tu terperap dlm camera I kan sampai jadi beratus2 keping..:D). 

Tak dinafikan teknologi canggih skrg ni ada pelbagai cara menyimpan gambar... tapi pada I, I lebih percayakan cara kuno ni.. insyaallah selagi tak dihanyutkan banjir, dapat la mereka melihat gambar2 tu hingga mereka menjadi nenek kelak.  Kalau simpan kat blog pun kdg blog pun bleh ghaib, fb pun sama la tu... Ada sesiapa tak nak join saya menjadi kuno ni? :D. 



Dan.. di setiap album itu harus la disertakan juga gambar ibu bapa mereka.. supaya mereka tahu betapa jelita dan hensemnya parents mereka ketika muda kasihnya kedua mereka dan telah menjaga bagai menatang minyak yg penuh. Jangan lupa tuliskan sesuatu di belakang setiap gambar itu.. lokasi, umur dsbnya..

  


Membungkus puing2 kenangan - sampai waktu kita pasti merindui kenangan itu.. :'(

Penat Mama menyusun gambar semalam tau Shashal... jgn album ni hilang sudah!.

Tidak lupa juga disnapkan beberapa keping gambar setiap perubahan sudut ruang kediaman mereka... (dari waktu sesusah-susahnya hinggalah waktu yg telah alhamdulillah... biar mereka tahu asal usul mereka).





Puing?.  Orang kata "puing" bermaksud bangunan2 lama..... iyer ke?.

6 comments:

  1. Replies
    1. Ye Puan Nafisa. Kalau setakat direkod dlm memory, takut makin tua, makin luput pulak memory I ni nak ceritakan pada anak cucu cicit nt.. :D

      Delete
  2. huwaaaa..
    manyak rajin ini Amoii!

    heapp!!
    nape tak abis ganti lagi? ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kan Cik Yong, napa la tak abis ganti lagi kan?. Hari ni insyaAllah.. mudah2an sampai la maghrib, walau mlm td tak sahur.

      Delete
  3. i sampai sekarang tak pernah makan macaroon and have no guts to try to make one hehehe.. rasa berdosa je nak makan sebab ramai kata manis.. tapi serius i mgg rasa nak makan.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eny - Yg jual kat kedai mmg manis, tapi yg I punya resepi ni, insyaallah tak berapa manis sbb maringue dia kena mix dgn serbuk badan. Tu yg my kid sebok suruh I buat sendiri.. tp Mamanya ni plak rasa bercinta je nak buat.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.