Saturday, June 23, 2012

Mee Bandung Batu Pahat

Hai Uollss...... Assalamualaikum w.b.t.. Selamat berhujung minggu!!!
Hari ini "Jalan Jalan Cari Makan Miss Mirror" akan membawakan kepada anda satu lokasi tempat makan yg tidak asing lagi di bumi Batu Pahat, Johor ini.  

Apa lagi kalau bukan KEDAI MAKAN JALAN JENANG yg berlokasi di hadapan Garden Hotel.   Tempat makan ni sebenarnya  lebih dikenali sebagai Odeon. 

Banyak kenangan manis zaman remaja dan saat2 terindah persekolahan yg telah terpahat di sini sebenarnya... sekarang hanya tinggal nostalgia.... so, buat anda yg masih remaja, hargailah usia muda, jgn sia2kannya dgn menangisi benda yg bukan2, kerana saat terindah  dlm hidup itu tidak mungkin dpt diulang semula.  Kalau setakat frust dgn "buaya fren" yg tak guna tu, tak usah la susah2 nak bazirkan air mata dik... ramai lagi di luar sana insan2 yg jauh lebih baik, lebih alim.  Eh emo plak Kak Mirror arini tak pepasal, hehehe....sampai lupa entry ni pasal makan, sangkakan pasal motivasi keremajaan tadi.. (tu la kisahnya, baca status sedih  org lain, kita plak yg TERemo).

Itu lah menu2 yg famous kat sini sebenarnya.....tunjuk je la mana2 yg korang suka, gerenti sedap semuanya..  Kalau kat BP ni jgn susah, semua menu mesti sedap, kalau tak sedap orang tak beli... :D
Bebudak bertiga tu pilih mee hoon soto  (oh ya minggu ni Ain pulang bermalam (dari hostel) tu yg jadi bertiga).

Kalau kurang pedas boleh tambahkan jeruk lada
Dulu kat sini la panggung wayang Odeon tu tapi sekarang dah jadi ruang jualan barangan serbanika..  Kedai majalah/suratkhabar ni memang tahan lama, dari zmn I kecik sampai skrg masih lg bertapak di situ.
Sudah semestinya ini untuk mamanya.... cuaca panas terik mcm ni memang sedap makan ABC.. .
Mulanya Ain order nasi goreng kampung, tapi dia kata pedas sgt plak.. so order plak soto (pix atas).. Itu la akibatnya bila anak tak mewarisi darah jawa ibunya.
Lama betul tak makan mee bandung kat sini

Mee Bandung tempat lain yg sedap pernah I makan ialah kat Paloh n Muar . Kalau kat JB pun ada, secukup rasa, secukup pedas, rasa nak menambah2 je makan.... tapi I makan bukan kat kedai... kat rumah orang.. (dia kata beli kat area2 perumahannya.. tapi atas faktor2 "kemudaan", tetiba tak   ingat la plak I lokasi perumahannya tu sbb lama sangat kenangan beraya itu berlalu). 

Kat mana lagi ada mee bandung sedap?. Jgn lupa war-warkan di sini.

9 comments:

  1. ya ampun, kalau win datang sini sure order mee hoon soto tu & ABC.semua sedap la kan,rasa nak cuba semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Win - make sure kalau datang time lapar tau, gerenti semua jadi sedap! :D

      Delete
  2. Kat gerai No. 14, BangiD7.... hehehhe..... rumah Mummy la tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya tak ya, terlupa pulak saya... Mummy kan terror masak mee bandung.

      Delete
  3. sedapnye!!! ramai yg kata mee bandung di johor sedap sedap.. i belum pernah rasa.. kat kedah ni biasa2 je hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ENY - Kalau nak lagi sedap sebenarnya mee bandung muar, lebih pedas sikit.

      Delete
  4. ATAU BOLEH BELI PERENCAH MEE BANDUNG ODEON BATU PAHAT DENGAN SAYA. lg senang nk masak.. sume already mix. siap da ade kacang. boleh masak sendiri di rumah... xyah g batu pahat CONTACT SAYA. EMAIL:crazymoms0@gmail.com
    atau FB saya https://www.facebook.com/LovelyMomsShope resepi pon sy ade share di blog sy http://lovelymomsshope.blogspot.com/
    HP 0164707795

    ReplyDelete
  5. Salam mee bandung sedap yg sy pernah makan di batu pahat ialah di MEE BANDUNG JAAFAR DI AREA PESERAI tapi fuh !! penuh gila ! kena gi cepat !

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.