Monday, July 30, 2012

Lala Pindang... menu sahur yg memudahkan dan sedap..

10 Ramadhan... 

Demi tidak rela anda ngences, maka hari ni I uploadkan pix pucat pindang lala ini.   Nescaya tidak menggugat keimanan anda berpuasa. :D
Masakan pindang bukan la sesuatu yg menjadi igaun kami seisi keluarga sebenarnya, kalau masak pindang ikan, Shashal & Qistina hanya main2 jeling je.. TAPI!!

Berbeza dgn lala pindang,  ohhh mmg sedaplah! (puji masakan sendiri, takpe kan.. :D). 

Kpd yg tak tau bagaimana memasak pindang, ok ini resepinya.. Amat sesuai dimakan  ketika sahur.



1 ulas bwng besar - hiris
2 ulas ulas bwng putih - hiris
1 btg serai - titik
1 papan lala - bersihkan
secoet belacan - jika suka
1 inci halia
secubit serbuk kunyit
asam keping
4 btg cili padi - biarkan sebatang2
*Kalau suka lengkuas bleh bubuh lengkuas utk menambahkan kelazatannya.


Cara

1).  Rebus lala, toskan... ketepikan.
2).  Dlm periuk lain, masukkan air dan segala bhn2 hiris di atas.  Campakkan cili padi.
3).  Bila dah  mendidih, masukkan lala, garam dan perasa. Biar hingga mereneh.
4).  Boleh la dihidangkan.  Sedap dimakan ketika panas.  Jgn lupa makan bersama sambal belacan dan gorengan ikan kering.


INGIN MENCIPTA KENANGAN RAMADHAN/SYAWAL BERSAMA ANAK-ANAK

Selesai mengubahsuai kedudukan perabot 2 hari lepas, Shashal terus menjerit meminta mamanya membuat kuih raya.  Punya la exited anak aku ni. Padahal tahun ni tak byk buat perubahan pada dekorasi selain menyusun atur semula kedudukan yg mmg lazimnya I lakukan bila ada masa senggang.

Utk bhn kuih, semalam dah beli bahan, cuma nak mula tu, Ya Allah, bercintanyaaa...tunggu dia ada kat rumah baru bleh start, biar diorang  nampak "satu kenangan raya bersama Mama".  :D.

Ini kenangan raya tahun lepas..


 
Mesti korang pelik... apa punya exited makcik ni buat kuih raya awal2... actually I  mmg suka buat kuih time ramadhan tp bukan utk hidangan tetamu, utk makan sendiri... dan of coz niatnya sbg kenangan ramadhan buat anak2.  Sebagaimana ibunda kami yg pernah menciptakan kenangan membakar kuih bangkit, baulu, kuih goyang dan sbgnya...sementara arwah ayah pula  membuat sekawah dodol.... dan kami tetap setia mengenang memory terindah itu  hingga kini.  Al-fatihah ayahandaku.









4 comments:

  1. JS pon dah start buat sebekut raya..tapi utk orang order...silap2 rumah sendri punya takde hehhehehe tiap2 tahun macam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah agak dah... mesti JS semakin busy sejak bln posa ni. Moga terus sukses!. Utk rumah sendiri, beli kacang ngan gula2 je la JS.. ;D

      Delete
  2. waaaa mcm ni pun boleh yer....menu yang sihat nih...

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...