Saturday, September 1, 2012

Oleh kerana bebudak pun mampu kumpul duit raya, aku rasa pun kau ada hak untuk kumpul duit...

Sementara I nak tunggu loading "pix balas dendam" ngan sorang blogger ni....  I tuliskan dulu solution pada permasalahan kawan I yg kecelaruan akibat terpaksa terheret sama dalam permasalah hutang piutang suaminya tempohari.   Thanks juga atas kata2 perangsang dari teman2 blogger untuk sahabat I itu. 

Gini je la ye puan yg bermasalah itu, .. setelah dipikir2,  I rasa I ada satu cadangan ..... pekata puan gi jumpa ngan adik beradik puan  yang boleh puan percayai dan jujur, amanah tabligh fatonah...  Ngan emak puan pun boleh juga  tapi takyah la cerita permasalahan ni sangat, nanti hilang pula harga diri suami puan di mata emak puan.  Jatuh pula title menjadi menantu kesayangan...kekeke..   Puan buat MOU ngan mereka (family puan) untuk membuka akaun bersama.   Pegi la mana2 bank yg berdekatan ngan rumah puan (tapi nak keluar rumah jgn la tak mintak izin ngan suami pulak...... berdosa la pulak kan).  Makanya selepas itu sebahagian  pendapatan yang puan terima (tak perlu byk pun tak pe... at least ada la menyimpan) hasil bisnes kecil-kecilan puan itu puan simpan la dalam akaun tersebut, sebahagian lagi puan guna la untuk membantu suami puan pula.  


Dengan cara itu.... next time suami puan tentu akan berfikir 10 kali untuk memaksa puan mengeluarkan kesemua wang tersebut sebab tentunya suami puan berasa malu dengan "penama bersama akaun" tersebut (adik beradik puan  itu), lagi pun sebahagian lagi wang puan kan masih ada  lagi  untuk tujuan membantu suami.   Jadi tak de la orang kata you kejam sgt kannn....  

Maaf la puan ye kalau idea I ni mengarut... tapi I rasa itu je la cara untuk puan menyimpan duit.   Kesian sebenarnya I dgn masalah puan, tak habis2 dibebani ngan masalah kewangan yg meruncing... sedangkan bebudak bawah umur pun mampu simpan duit juta2 (rupiah) hasil kutipan raya mereka.

PENAFIAN untuk mengelakkan spekulasi dan fitnah :   Sesungguhnya sahabat yg bermasalah ini bukan sahabat blogger, bukan teman sekampung, bukan teman sekolah, bukan teman sepejabat.  

No comments:

Post a Comment

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.