Thursday, November 22, 2012

4 Tip Mengatasi Masalah Keguguran Rambut

"Kak Mirror....  macam mana nak atasi masalah  keguguran rambut?".    Tanya seorang silent reader melalui email. 

Maka..... Kak Mirror pun menggali la info dari ibu mertuaku..... dan inilah jawapannya.    Thanks ibu mertuaku.

pix ambik dari google

Caranya :    Tumbuklah  inai dlm lesung macam kita nak buat inai pada jari kemantin tu ... then tepekkan atas kepala, biar semalaman.   Cuci.   (jgn kau beli inai ready made yg khas utk jari udah ler... panas nanti).... ingat ye... fungsi menginai adalah untuk menyejukkan kulit kepala maka hanya inai dari pokok sahaja yg bersesuaian ....ok adik2.


Selain itu, menyapu lendir daun lidah buaya pada rambut  juga boleh dijadikan amalan untuk menyihatkan rambut.


TONIK RAMBUT KELAPA  DARA pun sgt bagus Dik!!. Famous amous dan ramai yg cari.. KLIK SINI untuk belian.


Rumpai Air Laut Kolagen Juga Bagus Untuk Rambut Ya Dik... jgn tak tau!

Mungkin ada yg tak tahu, rumpai air laut  juga bagus untuk penjagaan rambut....  lumurkan gel kolagen tersebut pada kulit kepala... biarkan seketika then cuci... bagus juga utk mereka yg selalu migrain.. (dgn jawapan ini sekaligus menjawab persoalan dari  sorang lagi silent reader yg bertanya " Kak Mirror....apakah kegunaan lain kolagen selain utk muka?".

Selain dari itu .... boleh  juga dilumurkan di tumit2 kaki yg pecah, insyaallah kesan2 rekahan kaki akan menghilang.



Hasil rebusan dari 100 gram kolagen mentah.  











16 comments:

  1. Amboi macam2 ada ye..
    Ni selit nama mak mertua, nanti mak mertua tuntut royalti sama ? Tp sy pikir tang yg tonik tu menarik la.. Nampak senang nk apply..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aisy - takpe, nt biar suami yg bayarkan royalti tu. :D

      Ya betul tu.. sapa2 yg takde masa nak merebus kolagen atau menumbuk inai better beli je la tonik rambut tu.

      Delete
  2. sejak mengandung nie.. makin dahsyat rambut kita gugur :(

    ReplyDelete
  3. kolagen rumpai laut ni wat masker pon boleh..serba serbi la boleh kan kak mirror, luar dan dalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye Intan... macam2 boleh dibuat dgn kolagen ni. Buat lulur badan pun boleh, kulit akan jd gebuz.

      Delete
  4. win pun mgalami mslh keguguran rmbt miss mirror skrg ni ..mkn nipis je rambut specially time buat revision nak dekat exam.beli tonik rmbt, agak leceh nak tempek sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Conclusionnya... bila kita banyak berfikir (exam), rambut akan senang gugur ye Win.

      Delete
  5. MM!Meniaga colagen ye skrg, nk satu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup!. Kalau berminat nanti kita berEmail2 ye...
      Email I... missmirror@ymail.com

      p/s : Dr. Sirna ke ni?. Dah tukar ID ke?

      Delete
  6. As salam Miss Mirror,

    Kita tak rajin nak buat petua...hikhik... tp mmg sangat baguskan kalau guna bahan alami... kurang chemical & etc... Lepas ni nak kena rajinkan diri merawat & mejaga kecantikan diri. ;))

    ReplyDelete
  7. ye ini saya..:)dah tukar ID, ambil mood baru...

    ReplyDelete
  8. mcmne pulak klo rmbut dibhagian dahi belah tepi makin luas?sehingga anak2rmbut tidak kelihatan.adakah petua ini mujarab?

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.