Friday, December 28, 2012

Budget persekolahan 2013

Tahun ni I buat budget ciput untuk baju-baju persekolahan anak... bukannya kedekut, tapi kesilapan lepas harus la dijadikan teladan, last year kami  beli baju sekolah kemain banyak tapi yg dipakai mereka hanya sehelai dua sebab dlm seminggu tu ada yg mereka perlu pakai uniform sukan dan badan beruniform (eh betul ke ayat aku ni?.  Badan beruniform?.  Maksud I... mcm Puteri Islam dsbnya).



Kita sebagai isteri merangkap Mama Blogger haruslah snap tanda harga apa yg dibeli untuk rujukan di masa2 akan datang (menyesal sebenarnya tak snap tag price SKII nak buat perbandingan harga, so belajar dari kesilapan itu maka tahun ni tiap apa yg dibeli kena snap)... tahun ni size baju Shashal 14, so next year takyah susah payah lagi keluar masuk fitting room, just pastikan ambik saiz 15 dan cuba..




Baju2 sekolah Shashal tahun lepas masih banyak (pix atas).....  sebab tu belikan dia sehelai je tahun ni.  Ada antara baju2 ni yg belum terusik langsung sebab takde lencana (lencana sekarang kan  jenis berjahit, tak kan la tiap kali nak pakai baju kita tetas dan tukar pd baju lain?.. kannn? :D)... bukan tak nak beli lencana , tapi Cikgu kata  dah sold out kat   ko-op masa tu.  Tahun ni beli lebih banyak lencana masa daftar itu ari supaya kejadian sama tak berulang lagi.


Yang ni kita ambik jenama Kids sbb jenama Canggih, Shashal tak de saiz.. Anak bujang I ni terlebih tinggi berbanding usia - kata Doktor Sustagen 2 tahun lepas.

* Oh ya.... kat butik  Lady Like pun ada jual baju sekolah tapi we all tak sempat nak survey harga semalam.



Yang ni memang jimat la sebab beli kat kedai on line Mama mereka..

Uniform2 si Kakak pulak... masih dlm proses jahitan oleh seorang "tailor terkemuka" :D.  Weekend ni siap.

Untuk kitab-kitab pulak... I tak banyak belikan untuk Shashal tahun ni.. sebab kakak dia Qistina hanya berselang 2 tahun usia, so masih boleh digunapakai lagi.    

Bagaimanapun kos mungkin lebih kepada Ain tahun ni...sebab Ain dah mula remaja, macam-macam yg dia perlukan... tambahan pula tinggal di asrama.. nak beg prep la, kasut gi prep, nak tudung bawal warna itu, ini  dan macam2 lagi keperluan remaja zmn sekarang.  

Bagaimana dengan budget  you all pulak?.   Makin meninggi atau mengurang tahun ni?

15 comments:

  1. bajet? sama jer...cuma kena bajet utk ahli baru je..InsyaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab anak2 you masih belum sekolah lagi kan?

      Delete
    2. hehe..memang pun...naik tahun 2013 ni si abang tu dah 5 tahun, ingat nak hantar tadika..tapi bapak dia kata tak payah laa...

      Delete
    3. Mama dia sendiri boleh ajar kan?. ;) Shashal dulu 5 tahun, kita upahkan tutor ke rumah sebab tak nak pegi tadika.

      Delete
  2. as salam kak sam...

    urmm kita tak tahu,..meninggi ke menurun hehehe,...sebab,...baru naik darjah hok sulung hehehe,...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Eila.. haii.. lamanya kita tak berkata2. ;)

      Si Abang dah naik darjah satu tahun depan kan, mesti dia exited.

      Delete
  3. bajet saya lebih kurang je MM dgn last year sebab mikael pun br tadika je...

    ReplyDelete
  4. hati memang nak buat budget.. teruja tengok budak-budak nak gie sekolah.. tapi apa kan daya ikhlas baru nak masuk 2 tahun... heee heee lambat lagi nak merasa beli baju sekolah anak...

    ReplyDelete
  5. Baju sekolah anak2 Mummy semua dah settled beli cuma seluar Daniel dan baju Dania nak kena alter. Lencana tak jahit lagi. Tahun ni masing2 Mummy belikan 2 pasang baju kebangsaan dan 2 pasang baju sekolah agama. Utk 3 anak ni bab uniform jer pun almost RM500 sorang. Tadi baru daftar sekolah agama untuk dia orang, Daniel RM450, Danish & Dania RM300 sorang. Semalam bayar Dafiy punye school fee dll almost RM1300 (as usual tadika lebih mahal dari sekoah rendah..heheh).. uniform kerja Mummy pun dah beli 4-5 pasang masa gi Tganu dan Kelantan 2 minggu lepas... belum sempat hantar ke tailor jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, betul Mummy, tadika lebih mahal dari sekolah rendah, lg2 tadika yg famous amos.

      Wah Mummy... siap memborong baju kat Pantai Timur. Ni yg I jelous nih..

      Delete
    2. Bila Mummy ckp psl seluar nak kena alter, sy baru teringat.. seluar Shashal tu pun nak kena alter, lencana pun blom jahit.. Ya ALLAH byknya keja blom beres.. buku blom sampul.. aduhh tensen.

      Delete
  6. intan x buat bajet...hehe...nnti ada anak2 baru buat..heheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. This year buat bajet untuk tingkatkan jualan produk je Intan.. ;). Hopefully tambah2 sukses sementara belum ada anak2 kecik lg.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.