Tuesday, January 8, 2013

Ribut Sonamu... dah bikin ku jadi ribut! :D

Ingatkan gambar earing ke hapa la kan yg dipost kengkawan kat FB semalam...  rupa-rupanya ribut sonamu yg dijangka melanda pukul 2 petang ini.   Sekadar rumour atau apa.. tak pasti pula.

info lanjut klik sini

Kesan-kesan dan akibat dari ramalan itu, perintah berkurung telah dikenakan ke atas aku hari ni.  Ingatkan dapat la aku nak gi post office atas urusan penting.  Padahal kalau diikutkan Johor in shaa Allah selamat  dari musibah itu dan MHI sendiri ada memaklumkan ribut tersebut akan menjadi lemah bila sampai kat M'sia.    

Bagaimanapun... akur je la dengan perintah IRP... lagipun sejak kejadian ribut taufan di Pasir Gudang yg dilihat secara live beberapa bulan lalu membuat aku rasa cam fobia.   Ngeri tengok pokok2 tumbang di sana-sini... bumbung2 rumah tercabut.  

Bagaimanapun... nelayan2 di Mersing difahamkan dah tak turun ke laut sejak akhir-akhir ini hingga keadaan kembali reda.  Moga nelayan2 kita (suami2 anda yg suka memancing) juga berwaspada, nak memancing.. tunggu je la hari lain ataupun memancing je la kat kolam2.



Bagaimanapun cuaca di JB pagi ni cerah... dan tiada tanda2 nak hujan.  Kita tunggu dan lihat apa akan berlaku pada sebelah petang pula nanti.  Ok.. itu je laporan dari bumi JB  pagi ni... bagaimana pula cuaca di tempat anda?.

Hari ni nak habiskan masa dengan mengupdate banyak entry, in shaa Allah.   Kepada yg membuat pembayaran, jgn lupa maklumkan di email dengan secepat yg mungkin.. lebih cepat anda maklumkan, lebih cepat kerja-kerja pengeposan dilakukan.

mode :  lega dan bersyukur... customer dah terima semua barang yg dipost minggu lalu, termasuk  satu penghantaran ke overseas.  T.kasih poslaju... 




4 comments:

  1. huhuh..kak sam...risau juga sebab sedara mara ramai di trg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sam pun risau...member2 ramai dari Pantai Timur.

      Delete
  2. Sebab kakak pun di JB tak perlulah beritahu dah kan. Masa kakak tulis ni cerah betul di luar pejabat kakak.

    Tapi berita Sonamu itu kakak pun dengar dari berita di Radio IKIM pagi tadi dikatakan melalui sipi saja dipantai kita. Moga tidak ada yg buruk terjadi hendaknya.

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...