Monday, September 23, 2013

Jangan Memberi Harapan Terlalu Tinggi ... Kek Labu Blended

Makcik nak pesan ni... Dalam kehidupan kita ni, jgn menaruh harapan terlalu tinggi....  Kalau berkawan dgn orang,  buat biasa2 je.... jgn cinta separuh mati.. kalau dia nak, dia pinang, tak nak pinang sudah.. carik je lain.


Begitu juga buat kuih (ini yg Makcik nak cerita sebenarnya)...

Hari ni Makcik buat kek memang tak mengharap pun akan menjadik, tapi tak sangka... TERJADIK jugak rupa2nya!!!.  Kek orang malas... semua main blend2 je.   Alhamdulillah... ada pun rezeki kau Shashal nak merasa kek Mama setelah sekian lama oven Mama tak berasap!




RESEPI  KEK LABU CARA MALAS MISS MIRROR

labu (besar spt dlm gmbr) dibuang kulit, direbus, toskan dan masukkan dlm blender +
susu segar sikit..
3 biji telur
2  1/2 cawan tepung naik sendiri (malas nak ayak punn...).. 
1 cawan butter dicairkan atas api
1 1/2  cawan gula halus 
1 penutup esen vanilla (tak bubuh pun... sbb rupa2nya stok dah expired)

Panaskan oven 170 C, lengserkan acuan

Cara :-
1) Sediakan blender, masukkan labu yg dah direbus tadi + susu segar sikit.. blend hancur
2) Masukkan pula butter yg telah dicairkan, gula, dan telur (one by one) - blender hingga hancur kesemuanya.
3) Keluarkan ke dalam mangkuk besar, masukkan campuran tepung, kaup balikkan.  Agak2 cair sgt tambah tepung.. pandai2 lah adjust.. 
4) Sedia untuk dimasukkan ke dalam acuan dan bakar 170 C (45 - 50 minit) bergantung kpd oven anda.




ai tak tau berapa gram... tapi ai guna jumlah
sebesar ini.. rebus pastu blend dgn sedikit susu segar.. (jgn cair sgt)
moist  sgt sebenarnya tapi dia kurang fotogenik di dalam gambar..
alhamdulillah "Mandai Banjar" yg Makcik tak beri harapan terlalu tinggi ni (sbb first time buat) pun akhirnya  menjadik jugak.. Patut kena tunggu seminggu, ni baru 2 hari Makcik dah goreng ... kena goreng garing dan hangus sikit + belacan sikit + perasa + cili padi baru sedap..


Sebenarnya lg sedap bila makan dgn nasi lemak, pada pendapat Makcik la..

12 comments:

  1. sy suka kot setail kek kosong camni yg buatan sendiri....dapnye

    ReplyDelete
  2. MM..saya tak pernah buat kek labu sebab saya tak suka makan labu.. trauma asik makan masak kuah lemak labu masa dok hostel dulu..he he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ZZ - sayur labu I pun tak berapa suka.... tapi kalau pengat dan kek labu .... masih boleh masuk lagi.

      Delete
  3. Replies
    1. T,kasih...
      tiada tambahan warna sama sekali.. oringinal.

      Delete
  4. Harap siarkan komen ni....tolonglah...hahahaha

    Mengharaplah hanya kepada Allah
    Dengan hubungan yang ikhlas kepada Allah
    Segala mahluk di bumi (termasuk pasangan anda)
    Akan sayang kepada anda
    Ingatlah pesan ini

    Jika hubungan anda tidak baik dengan Allah
    Hidup kalian akan porak peranda
    Sentiasa ada kecelaruan, kepincangan, kehuru-haraan
    Kearana apa...?
    Kerana hati kita dan pasangan kita tidak disatukan kerana Allah




    ReplyDelete
    Replies
    1. Sungguh benar tu En. MS.
      Jgn mengharap pada manusia.
      Apatah lagi mensyirikkan-Nya, Nauzubillahiminzalik.

      Delete
  5. nampak sgt menytlerakan mandai tu. kak, mana nak cari mentarang kat jb? senibong ada tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mentarang?. Sama spesis dgn bamboo lala ke?.
      Klu kat JB ni belum pernah makan lagi hidupan laut sebegitu.
      Aiik mengidam ke Nafisa?. ;)

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.