Friday, September 26, 2014

Bila Anak-Anak Rombongan Sekolah

Alhamdulillah..
Baru dapat senyum dengan ceria pagi ni...
Semalam seharian penasaran..
Budak berdua tu dah selamat sampai ke pangkuan kami mlm tadi
ketika ku sedang lena dibuai mimpi..
setelah seharian dari pukul 6 pagi Qistina dan Shashal berbondong2 ke Melaka
melawat mcm2 tempat bersama rombongan sekolah mereka..
Hati Mama mana tak risau??.
Walau surat keizinan telah ditandatangani (eh bukan 
aku yg sign... tapi IRP, IRP suruh aku sign.. tp aku takmo, sbb yg bagi 
izin dia.. bukan aku.... haha)..  untung la kau Nak, dpt ayahanda
sporting.. kalau ikut Mama.. mmg 70% je keizinan tu.
Emm.. mungkin nak bagi anak dia peluang berdikari kot..


*terima kasih kpd guru2 yg berdedikasi menjaga anak2 kami sepanjang perjalanan. 







Wah!.   Mama dapat "INTAN BERLIAN" la....
Thanks sayangg!!..  Padahal dah berapa kali 
dah Qistina ni dibagi warning oleh ayah dia...
pegi mana2 takyah susah payah nak belikan Mama, Abah..
enjoy je duit tu utk diri sendiri.  Ya, aku fahami 
maksud somi aku ni.. dia tak nak budak tu rasa 
tak happy plak jenjalan sbb asyik mikir benda2 yg tak penting.
Tapi... dia tetap jugak beli utk Mama..
terharunyaa... thanks Sayang!!.







Tapi... Mama selongkar beg dia, RM50 yg abah bagi ada lagi..
Oo nyoping2 tu guna duit sendiri dia kata.  Duit sendiri?.
Duit hasil simpanan hari2 maksud dia.  Alahai... sukati ko la Nak..


*Abaikan gambar perfume dan wallet doraemon tu.. tiada kait mengait dgn entry ini.



Mari kita lihat perbezaan antara Budak Lelaki dan Budak Perempuan bila berbelanja..




Ini belian dari Si Kakak (Qistina)



Ini pulak Si Adik (Shashal).   


"SEDIHNYA MA... RESIT DIA PANJANG"

Pernah tak korang rasa sedih bila abiskan duit parent?.  Aku kecik2 dulu pernah la rasa mcm tu.  Rasa sugul sepanjang hari bila terpaksa mintak duit arwah ayah utk  belikan apa2 keperluan sekolah.  Tak sangka, anak2 aku pun skrg ni dah jadi mcm tu jugak.. terwaris pulak.. (haha.. masuk bakul naik lif)..  kadang rasa kelakar pulak aku bila dia kata..


"Abah... nanti bila Qistina dah keja,  Qistina janji akan ganti duit2 yg abah bagi ni semua 3 kali ganda".   Hmm.. haha.






"Sedihnya Ma... resit dia panjang".  luah Shashal penuh kesedihan masa kitorang balik dari memborong jajan2 yg dorang perlu bawa ke Melaka ptg aritu.  Memang kami ada belikan byk jajan utk dia makan dgn kengkawan tapi.. selebihnya tu tercampur dgn belian dapur sebenarnya.  Dorang salah faham plak.  Haha..



p/s :   Korang plak... izinkan tak kalau anak2 mengikuti rombongan?.


8 comments:

  1. MM, kalau tak izinkan diorg gi rombongan dengan kengkawan, kang diorg pulak sedih..sebab nanti kawan2 balik cerita yang best2..
    walaupun berat hati tapi bagi jugak la kadang2 tu..tapi memang hati tak tenang ja selagi diorg tak sampai balik depan mata...agaknya semua ibu2 memang gini la perasaannya bila anak2 p rombongan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul juga ckp Linda tu, kesian plak nanti kalau kwn2 dia bercerita, dia hanya jd pendengar. Mungkin itu yg ayah dia pikir.

      Delete
  2. Hai.. apa ni takut2, cikgu pasti akan jaga anak murid baik2 tau..

    Haha.. ayat klise. Padahal cikgu2 pun sekarang ni kemain takut nak bawa anak orang keluar sekolah. Kalau jadi apa2 kan naya.. ooi bukan sikit risikonya tau.. kena rancang btl2 kalau nak bawa murid keluar.

    Kalau naim n nazif pun, saya dah mula bimbang, tadika pun, usia 5 atau 6 tahun ada lawatan. Risumau saya, belum sampai usia lagi dah mula fikir nanti nak ke bagi diorang ni ikut rombongan. Budak kecil2 yang comel2 ni tak tahu lagi nak minta tolong kalau jadi apa2.. eh.. kena sambung fikir la utk tahun depan ni macam mana. Ke saya pun kena cuti, ikut rombongan no dari belakang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aisy - Bila dah besar ni, kitorang bekalkan dorang handphone sorang satu. Masa tadika dulu, mmg tawakal je.. plak tu Cikgu dia bawak gi swimming, lg la cuak dan mcm2 perasaan masa tu.. tp alhamdulillah selamat.

      Delete
  3. kita mcm sama asyik panasaran jer..berbakul2 kasi nasihat..hari ni anakanda adibah ke kem kerting 3 hari pulak tu..

    tak habis2 suruh baca mcm2 ayat..musim hujan,kencing tikus..ala mcm2 lagi..
    semoga Allah lindungi anak dan rakan2 dn juga lec,senior2 yg gila2 kuasa sikit tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin... mudah2an Allah melindungi anak Knor.

      Delete
  4. hahaha..
    suka statement kesiannya resit panjang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Next time nampaknya kena sembunyikan resit tu dari dorang Yong.

      Delete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...