Thursday, May 6, 2010

CONTEST : BILA BLOGGER BERCUTI


MIRROR MIRROR ON THE WALL


Si FITRIHADI menganjurkan satu kontest ni..... (klik banner yang I dah bubuh kat site bar tu jika berminat nak join)... So, since I rasa contest ni menarik, I ingat nak join la... tapi kali ni tak nak la cerita percutian di overseas...... I nak cerita percutian ala gedix tajaan Kelab Mem Besar.

Sebagai Mem Besar ni Fitri.... everday is a holiday............ tapi weekend tetap bermakna bagi kami dan hari yg ditunggu-tunggu sebab masa tu la anak2 semua berkumpul... bapak budak pun ada kat rumah, jadi nak jalan-jalan pun enjoy la sikit sebab ada supir a.k.a "bank bergerak" ikut sekali..

Selalunya bila cuti I akan balik ke rumah ibumertuaku di Batu Pahat.... dan of course le my ibumertua akan join sama dalam "percutian" yang gilang-gemilang ni........ kami keluar tak tentu masa dan jarang planning2..... makin diplan makin tak jadi... so, bila kami rasa tergerak nak keluar je kita pun keluar la.... tak kira la pegi Melaka ke, pegi picnic kat Port Dickson ke (sila rujuk entry ini) ke rumah adik ipar ke atau just jalan-jalan ke kampung2 orang... tapi yang paling menjadi rutin mingguan tentulah meronda di pasaraya terkemuka di Batu Pahat (sila rujuk gambar2 yg disertakan).

Adakalanya kami cuma duduk je dalam kereta Fitri.... pusing-pusing kampung orang lepas tu balik. Bila macam tu, kami selalu bawak bersama anak-anak sedara kami yang comel-comel tu sekali... memang suka la diorg, tengok orang memancing, orang mengerjakan sawah, bercucuk tanam, ibu-ibu menyapu halaman.... satu pendedahan yg menarik pd kanak2.

Kalau bukan ke Melaka untuk menikmati hidangan seafoodnya yang segar(sila rujuk entry ini), kami melepak di Tanjung Emas, Muar, kami makan la apa-apa je yang terjual di gerai-gerai tepi laut tu, adakalanya kami menikmati asam pedas yang paling lazat di dunia... pun ada terjual di sana. Selepas tu kami singgah la menziarahi sedara-mara awak Fitri....apa? Awak tak nak mengaku sedara plak.... nak tahu, sila rujuk entry merayau-rayau ke Tanjung Ketapang.

Baiklah, hari ni I kongsikan salah 1 sessi percutian seorang Mem Besar di hujung minggu di BP....

membelek2 kedai deco... belek je...bukan membeli..


kebulur sangat... kami pun makan kat sini...

destinasi pilihan ~ bahagian tudung



murah-murah je jualan kat BP ni...
sila-silalah meriahkan BP yang indah dan permai...



Ok... siapa berminat nak join... ini syarat2 yg I copy paste dr blog FITRI...



1.Tampal banner atas ni di sidebar blog korang hingga tarikh tamat dan jangan lupa linkkan banner tu ke entry ni. DONE!

2. Buat entry bertajuk ‘Contest: Bila Blogger Bercuti!’ dan ceritalah pengalaman korang menghabiskan cuti korang. Tapi diwajibkan letak sekurang-kurangnya satu(1) gambar yang berkaitan dengan cuti korang tu. Letak banyak gambar pun takpe. Tak kira lah korang gi tengok wayang ke tengok bola ke tengok mambang ke atau apa-apa je yang best, semua boleh asalkan korang kreatif dan dapat menarik minat saya untuk membaca.

3. hah dah siap..apa lagi? letak ler permalink entry korang tu kat komen entry ni..nanti saya akan buat satu page untuk senarai peserta. tu je..mudahkan?

4. oh tarikh tamatnya adalah pada 31 Mei 2010 sebelum pukul 11.59pm. sebelum 31 mei tu korang masih boleh edit segempak yang boleh..dan kiranya 1 Jun tu enyertaan dah tutup ar! dan proses menerjah pun akan bermula.. jadi cepat-cepat lah join ye..

Pemenang dipilih berdasarkan entry yang kreatif dan happening sekali! Dan hadiah-hadiahnya takde lah mahal bak seketul kereta BMW ke, tapi just sekadar barangan peribadi yang sesuai di bawak bercuti.

5 comments:

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...