Thursday, May 6, 2010

RESEPI KEK PISANG


Lanjutan dari kisah kek pisangku yang kontroversi pada entry yang lepas.... hari ini MM ingin kongsikan resepi kek pisang.

MM pun pelik....dulu-dulu ramai betul orang bagi MM resepi kek pisang ni.... macam tau-tau je yg kisah kek pisangku itu pernah kontroversi sedikit masa dulu. MM sebenarnya tak suka kek pisang, that's why la tak tergerak hati nak buat pun..... cuba la you suruh I buat kek coklat ke.... kek marble ke..... at least I boleh habiskan sepinggan. 

Ok skrg....mari kita layan apa benda resepi yg jiran lama MM, si Makcik Shilpa ni bagi..... byk dah Makcik Shilpa Shetty bg resepi...lain kali MM kongsikan lagi.



(Untuk tukar sukatan kepada gram dan cawan sila klik sini)
4 auns tepung
3 auns mentega
3 auns gula halus
1/2 s/t baking powder
1/2 soda bikarbonat
1 biji telur besar
1 s/t limau nipis
1 s/t susu cair
1/2 s/t vanilla
4 biji pisang

CARA

1) Pukul gula dan mentega hingga putih, masukkan telur dan pukul lagi
2) Lenyekkan pisang dan campurkan pada adunan
3) Masukkan tepung yg telah diayak bersama baking powder + soda bikarbonat
4) Kacau2 dan bakar.........biasa la api 180 C ( 1 jam) ~ standard ler tu...

Oh ya.... tadi masa blogwalking dengan niat nak "mencurik" gambar pisang.... MM terjumpa satu blog pisang (klik sini)... macam-macam resepi berasaskan pisang ada kat situ.... tengok la sendiri....

Gambar-gambar kehijauan kebunnya juga sungguh mententeramkan jiwa hingga niat nak mencurik gambar kat situ pun terbatal ...lol.. sebab tak sampai hati la pulak bila tengok kepenatan pakcik tu mengusahakan kebun pisang, pastu baik hati plak nak snap gmbr tanpa cop mohor lagi.......... so, gmbr kat atas tu MM curik dari Pakcik lain yg dah biasa sedekah gambar tu la........ sapa lagi kalau bukan UNCLE G kita tu. ;D

2 comments:

  1. wah resep kek pisang... mari dicoba,,, :D

    ReplyDelete
  2. ya Olivia...harus dicoba dong...lama nggak nampak kamu update blog ya? busy study ya..

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.