Sunday, November 30, 2008

RONDA-RONDA KUALA LUMPUR

Assalamualaikum.... hai semua.

Hai... MM baru balik dari KL ni, dua hari melepak2 di Megamall Midvalley.
Saja je bawa anak-anak MM jalan-jalan. Tak bershopping sangat kali ni pun sebab entahlah MM macam dah hilang minat nak beli apa-apa. Mungkin sebab dah tua la agaknya....

MM terpandang juga beg tangan yang cantik-cantik, tapi mengenang beg yang MM beli kat Perth pun tak terpakai lagi, MM tertutup pulak pintu hati nak membeli. Satu yang paling memudahkan kita sebagai umat islam ni kita boleh Solat Jamak bila keluar daerah, so, apa lagi solat Jamak Ta'qdim je la senang kan..boleh meronda sampai dekat maghrib. Oh ya sebut pasal Perth,... kalau shopping kat sana, kita jadi kelam kabut sikit sebabnya kat sana semua outlet akan ditutup selepas pukul 6. Nasib la kat KL ni tak macam tu... Meronda la MM dari lepas makan tengahari tu sampai dekat maghrib.

Punya la lama MM meronda, last-last balik bilik MM lenggang kangkung je. Suami MM pun hairan.. dia ingat seharian MM ronda-ronda dapatlah sekurang-kurangnya sehelai baju ke atau tak pun beg travel mesti dah " beranak."

Mulanya MM bawa anak-anak sekali untuk window shopping, tapi since ayah diorang tak ikut, anak-anak tak ada mood. You see, anak-anak pun tau siapa lebih berduit... tak sudi nak jalan dengan MM ni. MM suka je, tak kecik hati pun sebab lagi senang MM boleh ronda-ronda ikut kepala sendiri.

Selalunya anak-anak lebih suka berjalan dengan ayah mereka sebab ayah mereka rajin singgah di kedai buku dan belikan buku-buku kesukaan mereka. Tak pun singgah di Toy R' us.
MM sempat call Comei, ingat nak contact semua kawan2 yg stay KL tapi tak jadi, nak call Leha Ibrahim tapi malu pulak, nanti kalau singgah rumah dia, kesian dia, last time MM singgah rumah dia susah payah dia masak mee kari, beli satay kajang lagi... malu MM, mee kari Leha memang power, InsyaAllah andai ada kesempatan, MM akan minta resepi dari dia... MM dah terlampau penat sebab berpusing-pusing kat Megamall sampai tersesat-sesat. Memang tengah offer besar-besaran kat JJ, Klevin Clein....suasana memang sesak.


MM sebenarnya teringin nak pergi Jalan Masjid India tapi suami MM macam dah penat. Malam tu kami tapau je..makan speghetti kat bilik.. Esoknya lepas breakfast, MM ronda lagi.. itu pun sekadar dapat membeli penyakut aksesori yg klasik rekaannya.

Dalam MM terkocoh-kocoh nak balik tu, MM terserempak dengan seorang wanita memimpin dua orang anak... rupa-rupanya kawan lama masa kat Kuantan dulu...si Yook Tay yang dah 10 tahun MM tak jumpa. Lama dah tak jumpa kawan-kawan yang sama-sama berteduh di bawah satu bumbung. Yang paling MM teringin nak jumpa ialah Lee Kim Lian atau nama islamnya Nurul Syuhada. Buat masa ni yang masih in touch ialah Zete Zelinda dan Jamnah. Yang lain-lain entah kat mana tak pernah dengar khabar berita.

Thursday, November 27, 2008

PETUA MELAZATKAN SUP???

Ada yang nak masak sup hari ni? Sudah pasti ianya hidangan yang paling mudah disediakan bagi kita yang mempunyai anak kecil... MM bukanlah orang yang layak untuk memberikan tip bagi juadah ni sebab MM sendiri pun kadangkala kecewa dengan hasilnya yang tidak sesedap di restoran. Kadangkala agak kesal juga apabila kita ingin hidangkan untuk mertua tetapi tidak pula sesedap mana.... (he he he kena tolak harga hantaran ni)

Balik kg hari tu, ibu mertua outstation...jadi MM la yang ambik alih tugas-tugas di dapur... Masak je la apa yang patut untuk bapa mertua dan antara kegemaran beliau ialah sup... Tapi tak tahu la sedap ke tidak.... Adik... (adik ipar MM yang paling bongsu kami panggil Adik, berumur 22 tahun, single, educated, berbudi bahasa, hensem...siapa nak jadi biras MM...he he he? Mengamuk dia nanti)... sedap tak akak masak itu ari??? Tak sedap? Sedih ni...Ok la nanti akak cuba tips-tips ni....caranya ialah :-

  • Kalau nak membuat sup berasaskan ayam - stok yang dibuat perlu perbanyakkan tulang ayam kerana ianya akan menjadikan sup itu rasa manis... sedap tu!
  • Biar memasaknya agak lama - (untuk ayam jgn la lama sgt nanti x sedap pulak) kalau boleh biarlah campurkan sekali lebihan bawang-bawang apa jua jenis bawang, daun sup.. rebus sekali biar memberikan aroma yang tersendiri.
  • Untuk sup daging, daging di bahagian dada paling sesuai kerana di bahagian dada mengandungi lemak dan urat... masak lemak dan urat ini sekali agar rasanya lebih manis
  • Lemak tersebut boleh terapung dan ianya boleh dibuang jika tidak suka sup yang berlemak
  • Daging batang pinang sememangnya bahagian daging yang paling bagus tetapi ia tidak sesuai dijadikan sup kerana ia terlalu pejal. Ia hanya sesuai untuk membuat stik
  • Untuk sup ayam - bagi mengelakkan ianya rasa hanyir... didihkan sup terlebih dahulu, barulah masukkan ayam yang dipotong tersebut.
  • Bawang merah perlu lebihkan kerana ia akan memberikan rasa yang manis...

Anybody nak tambah? Sila tinggalkan pesanan di ruangan komen.

Wednesday, November 26, 2008

AYAM MASAK KICAP CARA JAWA

Hari ini MM ingin kongsikan satu resipi turun-temurun yang MM perolehi dari arwah ayahanda MM... Resepi Ayam Kicap Jawa.  Alfatihah untuk ayahandaku yang ku kasihi.  


1 ekor ayam dipotong dan digoreng

7 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

2 ulas bawang besar dipotong bulat
 
lada putih
rempah tumis - kulit kayu manis, bunga lawang

lengkuas

halia

rempah kari

kicap dan sedikit gula dan garam serta perasa ikut suka

sedikit santan

2 biji tomato dipotong 4

daun sup dan lada merah dipotong bunga untuk hiasan




CARA

  1. Goreng ayam yang telah dibersihkan tadi sehingga kekuningan. Ketepikan.
  2. Kesemua bahan diblender (termasuk lada putih) kecuali bwng besar yg dipotong bulat dan lengkuas.
  3. Masukkan minyak ke dalam kuali. Panaskan.
  4. Goreng bwng besar yg dipotong bulat serta bunga lawang dan kulit kayu manis
  5. Biar bwng kecoklat2an barulah masukkan bhn2 blender dan rempah kari.
  6. Biar agak garing (jangan sampai hangus) campakkan lengkuas yg diketuk.
  7. Masukkan ayam goreng tadi
  8. Tuangkan kicap manis ikut kepekatan. Tambahkan sedikit air.
  9. biar agak mendidih dan ayam masak.
  10. Masukkan tomato yg dipotong 4
  11. Perasakan garam, aji sikit (ikut rasa.. bergantung pada kicap, jika sudah cukup masin tak perlu tambah garam lagi).
  12. Masukan santan (sedikit sahaja dlm 1/4 cawan)
  13. Tutup api, masukkan bawang besar yg dipotong bulat - tutup kuali seketika
  14. Sesudah itu, hias dengan daun sup


Nota : 
*Jika mengikut resipi orang lama, mereka menambahkan sedikit ketumbar dan jintan serta ikan bilis yang ditumbuk halus, tetapi resipi itu telah MM modify sikit selaras dgn citarasa masa kini.

 *Kepada yg sukakan pedas, boleh tambah sedikit  cili boh dlm 1 sudu. 


*Kelazimannya  Masak Kicap Cara  Jawa, kuah biar  pekat dan sikit (tak terlalu banjir).


*Untuk resipi di atas MM tidak menggunakan asam jawa sbgmana lazimnya sebaliknya tomato untuk menambahkan lagi khasiatnya. Kan tomato bagus untuk kulit ;)

TIP=TIP MENINGKATKAN DAYA INGATAN

Tip-tip meningkatkan daya ingatan...
Anda berumur 35 tahun seperti saya? Tidak dapat mengingat semula nama-nama kenalan anda walhal dahulu merekalah yang pernah berkongsi makan mee maggie, sama-sama melaram dengan lipstik merah menyala.. kadang berkongsi pakaian dalam almari. Tapi mengapa anda jadi pelupa. Anda asyik lupa di mana kali terakhir anda meletakkan sesuatu? Orang di sekeliling selalu marahkan anda kerana lupa tarikh penting, lupa letak barang, lupa makan ubat, lupa fakta2, lupa tutup kipas, lupa arah jalan, lupa nama orang dan macam-macam lagi. Berasa terlalu tua kerana sikap pelupa anda itu?

Sebenarnya, kita dapat meningkat daya ingatan atau mengurangkan risiko menjadi pelupa dengan mengamalkan tips-tips di bawah secara berterusan. Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika usia masih muda supaya kelak di hari tua kita tidak menjadi terlalu pelupa.

Antaranya ialah:

Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yang suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yang cukup.
Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yang baru. Oleh itu, amalkan tidur yang cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

Mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti  membaca Al-Quran, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

BersenamBersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

Elakkan Kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

Awasi Pengambilan Ubat
Daya ingatan mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.

Belajar Sesuatu yang Baru
Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.

Permainan
Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.

Banyak Membaca
Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.

Katakan Berulang Kali
Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.

Fokus
Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.

Bermain Dengan Angka
Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan.
Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.

Membaca Al-Quran
Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.

Silalah praktikkan apa yang Bokde petik dari www.tipskahwin.com ini... tapi bagi Bokde pulak... jadi pelupa pun ada banyak hikmahnya. Bukankah bagus kalau kita dapat lupakan kenangan silam yang pahit, lupakan kesilapan yang telah orang lain dah lakukan pada kita. Ha... kan bagus tu.

Tuesday, November 25, 2008

CINTAILAH ISTERIMU SEBAGAIMANA LAYAKNYA..


Indahnya wanita dijadikan oleh-Nya. Tetapi mengapa masih ada insan-insan kejam di luar sana, tidak mengasihi isteri mereka dengan selayaknya. Dahulu tatkala wajah masih lagi gebu, tidak lokek kata "I love You". Tak jumpa sehari bagai berjuta tahun. Senyuman sentiasa mekar di bibir... indahnya bahasa tersusun.

Namun.... bila rambut sudah mulai gugur, gigi sudah mulai berterabur, bahasa mula menjadi kendur... Oh sedihnya... Alangkah syahdu dan menyayat hatinya wanita itu... Kasih yang diharap.. rupanya bercabang dua, entah tiga.

Wahai lelaki cuba bayangkan andai anda di tempat wanita malang itu... menghabiskan sisa-sisa remaja, meninggalkan ayah bonda tercinta untuk sebuah kehidupan baru dengan harapan yang tinggi. Sebuah harapan dari si Ibu yang telah mengandungkannya selama 9 bulan, satu harapan dari si Ayah yang telah bersusah payah menyara hidupnya dengan jerih payah sebagai lelaki yang tidak berpelajaran, dibelai dan dimanja si puteri kesayangan dari telapak kaki sebesar dua ibu jari, diasuh dan diberi pendidikan sesempurna mungkin agar kelak hidupnya tidak seperti dirinya di hari kemudian.

Bayangkanlah..... erti pengorbanan seorang Ayah dan Ibu melepaskan anaknya untuk sebuah penghidupan baru setelah puluhan tahun hidup bersama akhirnya akur si Ayah dan ibu si gadis bakal memikul satu tanggungjawab baru, bersama insan lain yang bergelar suami. Terputus sudah suatu amanah Allah selama ini, tatkala termetrai ijabkabul, syurga isteri di telapak kaki suami...harapan yang tinggi diberikan agar anak gadisnya itu bakal melayari hidup yang bahagia selama-lamanya dengan insan pilihannya sendiri...dan bukan pilihan keluarga sebagaimana dirinya. Sudah pasti di dalam angan-angan tuanya...

"Oh.. anakku bakal bahagia buat selama-lamanya".

Berdebar-debar hati si ibu tatkala anak disunting... mahu si polan atau si polan...

"Oh biar aku terima yang ini sebab aku lihat dia bagai terlalu sayang pada anakku... selalu datang menjenguk Duduk tersimpuh, kata tersusun, biar tidak berharta asal anak aku bahagia..." Bisik hati kecilnya. Gembira si ibu menghitung hari, bagai dia pula yang bakal jadi raja sehari.

Selesai akad nikah, si ibu membacakan kata-kata ini :-

"ANAKKU...
Hari ini kamu akan berpindah dari naungan dan perlindungan ayah dan bonda ke suatu alam yang baru di dalam naungan suamimu. Bonda telah mendidik dan mengasuhmu sebaik mungkin untuk menjadikan dirimu anak yang solehah. Hari ini bonda mengharapkan kepadamu untuk melaksanakan segala tunjuk ajar dan nasihat bonda selama ini. Jadikanlah dirimu itu sebagai seorang isteri yang solehah, nescaya suamimu akan menjadi teman yang mesra kepadamu. "

"Berilah khidmatmu dan ketaatanmu dengan jujur dan ikhlas. Hendaklah kamu menjaga perkataanmu dan budi pekertimu serta tingkah lakumu terhadap dirinya.

"Jagalah maruahmu dan juga keluargamu. Taatilah Allah di sepanjang hidupmu. Semoga Allah memberikan ketabahan, keafiatan serta ketenangan dan kebahagiaan dalam hidupmu.

"Maafkanlah bonda di atas segala salah silap bonda di sepanjang mendidikmu."

Lafaz tersebut dibacakan dengan penuh kesyahduan. Titisan air mata membasahi pipi kedua beranak tersebut. Namun dalam hati si ibu....

"Semoga kau bahagia nak..."

"Malangnya.... langit tidak selalu cerah. Mendung berarak awan kelabu. Lelaki tadi yang kini sudah bergelar bapa... bagai sudah lupa sebuah harapan, bagai janji tinggal janji. Tiada lagi kata-kata I love you.... Segala kata-kata keramat itu bagai sudah tidak layak untuk seorang isteri sepertinya kerana baginya kata-kata "I love You" itu hanya layak untuk gadis yang masih gebu. Cinta beralih arah....oh kejamnya. Seorang gadis kota yang muda remaja jadi pengganti. Anak-anaknya yang seramai lima orang itu bagai tidak memberi apa-apa makna buat dirinya.

Cuba imaginasikan andai anda berada di tempat si kecil yang comel dan tidak mengerti apa-apa itu.  Pasti hati kecilnya tertanya-tanya...

"kenapa Mummy nangis....
Daddy balik rumah pukul 2 pagi, Mummy tanya Daddy... kenapa Daddy balik lambat... Daddy cakap, suka hati akulah... Mummy cakap penat je Mummy masak banyak-banyak...tapi Daddy tak nak makan, Daddy terus naik ke tingkat atas untuk mandi, Daddy tinggalkan telefon atas meja makan... tiba-tiba telefon berbunyi... Mummy yang jawab, tiba-tiba Mummy nangis... Daddy turun. Daddy marah-marah. Mummy mengamuk... rupa-rupanya ada girl telefon Daddy... Mummy terus menangis teresak-esak. Daddy terus tampar muka Mummy... Daddy cakap ...lain kali jangan pandai-pandai angkat telefon...Daddy dah tak sayang Mummy lagi"

"Esoknya pagi-pagi Mummy bawak aku balik rumah nenek. Sejak hari itu aku dah tak jumpa Daddy lagi. Sekarang umur aku dah 5 tahun.. aku dah mula sekolah di tadika. Mummy daftarkan aku kat sekolah tu. Aku sangat gembira pada hari tu sebab berkenalan dengan ramai kawan baru tapi... kawan-kawan aku semua ada ayah. Linda, Jiji...ayah mereka semua cium mereka sebelum tinggalkan kawan-kawan aku di tadika tu. Aku tengok ayah Linda pegang tangan emak Linda dan pimpin masuk ke kereta. Ayah Jiji pun sama... dia nampak mesra dengan emak Jiji. Aku??? Aku cemburu dengan Linda dan Jiji...mana Daddy ni... aku nak cium Daddy macam Linda dan Jiji. Aku nak tunjuk pada Daddy...hari ni aku dah pandai melukis muka Daddy. Daddy... aku rindu pada Daddy.

"Hari ini tajuk karangan kami ialah "My Family"... semua orang cerita pasal ayah masing-masing. Rina kata ayahnya belikan dia teddy bear besar, Sam kata ayahnya belikan dia basikal. Aku???
"Mummy? Ya aku cuma ada Mummy... Mummy tak mampu belikan aku apa-apa. Adik-adik aku yang seramai 5 orang itu juga perlu sesuap nasi. Mummy tak kaya macam Daddy...tapi Daddy dah tak ada.... Mummy kata Daddy dah mati... Aku tak percaya sebab nenek kata Daddy hidup lagi.

"Kawan-kawan mengejek aku.... mereka kata, kenapa aku tak ada Daddy... aku anak pungut.. Aku menangis. Aku koyak-koyak gambar yang aku lukis..


nota : diimaginasikan melalui pengalaman seorang insan bergelar sahabat.. semoga kau tabah menghadapinya.

bakal bersambung.....


BOKDE OH BOKDE

Yes!!! Dah nak hujung tahun dah... umur aku akan meningkat lagi.... dah x sesuai kot panggilan Miss ni utk aku. Tak kisah la apa2 pun orang nak panggil. Sekali lagi aku nak beritahu perkataan Miss Mirror tu sekadar mengimbau kenangan silam di mana tebiat aku ni yang suka bercermin. Family and kenalan-kenalan rapat memang dah paham sangat dah tebiat aku yg satu ni. Ke mana-mana suka bercermin. Entah terkenan hantu cermin agaknya. Alhamdulilah sekarang ni aku dah dapat membuang tabiat buruk aku ni selaras la dengan pertambahan usia aku ni.


"BOKDE?"... Terkejut aku bila kawan-kawan kat chatroom boleh panggil aku Bokde sebab sebenarnya.... suami aku pun dah lama beri gelaran tu pada aku. Sebabnya dalam keluarga belah suami..... aku ni menantu sulung, so, kalau ikut gelaran jawa (actually my husband is not a jawanese...dia ngencret).. makcik yang paling sulung akan dipanggil MakDe... punya la merajuk aku masa tu sebab aku lebih rasa manis je kalau anak buah dia panggil aku Mama Long. First time aku dapat panggilan tu masa aku selesai diakadnikah, rasa sejuk je hati aku.


Cerita pasal gelaran Bokde ni, sejak kecik lagi aku dah terima panggilan Bokde... ada la beberapa orang sedara belah arwah bapak aku... memang agak janggal kalau orang yang jauh lebih tua dari kita boleh panggil kita Bokde. Kira macam ikut susur galur macam tu la..aku nak jelaskan pun tak faham.


Itu la uniknya Jawa ni... anak kepada abang kita misalnya walau tak kira berapa umur mereka, sama ada bayi atau kecik bangat sekalipun... mereka perlu dipanggil "abang" atau "kakak" oleh sepupu-sepupu mereka yang dilahirkan oleh adik-adik yang lebih muda dari abang kita tadi. Tak pasti la aku sekarang ni... cara ni masih diteruskan oleh orang lain atau tak..


Sekarang ni... aku dah tak kisah dipanggil Bokde lagi. Rasa macam anggun pulak dipanggil Bokde... macam ratu jamu. Macam wanita-wanita yang berkebaya nyonya, bersanggul bulat, berkain batik lepas. Kan anggun tu. Kekekeke.. AKULAH BOKDE ANGGUN!

Monday, November 24, 2008

BINGKISAN PAGI ISNIN


Kebaikan yang kita lakukan pasti akan kembali kepada kita di dalam bentuk persahabatan, kasih sayang, makna kehidupan mahupun kepuasan diri yang mendalam. Justeru setiap perbuatan baik kepada orang lain, kita sebenarnya sedang berbuat baik kepada diri kita sendiri. "

M

M

Sunday, November 23, 2008

MENGUBATI HATI YANG RAWAN

Mengapa bermuram durja, berhati walang, cuba fikirkan kata-kata ini :-

"Andai anda dibelenggu kesedihan dan kegelisahan, berbuat baiklah anda terhadap sesama insan, Bersedekahlah pada yang fakir, bantulah orang-orang yang dizalimi, ringankan beban orang yang sedang menderita, berilah makan orang yang kelaparan, ziarahilah orang-orang yang sakit dan bantulah orang-orang yang ditimpa musibah, InsyaAllah anda akan berasa bahagia di dalam semua aspek hidup anda".

dipetik dari buku :  Don't Be Sad (karya : 'Aid)

Thursday, November 20, 2008

RESEPI PANCAKE CARA MALAS


Assalamualaikum...

Hai jumpa lagi!!! Pagi ni Miss Mirror terlalu sibuk, menyediakan makanan untuk makan tenghari seawal pagi dan seterusnya menyiapkan beberapa tugasan yg telah diamanahkan.


Bagaimanapun di sini Miss Mirror clipkn resepi Pan Cake Cara Malas... sarapan kami pagi ini ialah PAN CAKE hasil air tangan anak dara Miss Mirror :-

RESEPI PANCAKE

10 sudu tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
3 sudu mentega dicairkan
2 biji telur
susu cair/susu tepung ikut kepekatan - seeloknya tidak terlalu cair

Cara

Pukul mentega dan telur
masukkan tepung gandum yg telah diayak bersama soda bikarbonat
masukkan susu
dan kacau sehingga lembut
Panaskan kuali - lengserkan sedikit mentega
masukkan adunan dgn menggunakan senduk

Nota : Sedap dimakan bersama madu atau sirap yang boleh dibeli di pasaraya



Tuesday, November 18, 2008

DOA UNTUK DIAMALKAN

Doa menghilangkan duka..  (credit kepada Ustaz Baharuddin)


ALLAHUMA INNA NAUZUBIKA MINAL HAMMI WALHAZAN
WANAUZUBIKA MINAL AJZI WAL KASAL
WANAUZUBIKA MINAL JUBNI WAL BUKHLI
WANAUZUBIKA MIN GHALABATIDDAINI
WAGOHRIRIJAL
WASALALLAHU ALA SAYIDINA MUHAMADIN
WA' ALA AALIHI WASAHBIHI AJMAIN
WALHAMDULLILAHI RABBIL ALAMIN


Ertinya :-


Ya Allah Ya Tuhanku! Aku berlindung dengan Engkau daripada segala kedukaan, kelemahan, kemalasan, pengecut menghadapi segala pencerobohan, kikir, kedekut dan bergelumang di dalam hutang yang tidak berputusan atau kekerasan musuh.

Monday, November 17, 2008

Bagaimana Untuk Berasa Cantik

TIP UNTUK KELIHATAN CANTIK
Secara peribadi, wanita tercantik pernah saya temui ialah wanita Arab, ketika saya menunaikan ibadah umrah. Waktu berjalan-jalan di luar, mereka sebagaimana kita ketahui  mengenakan furdah tapi bila mereka membuka jilbab mereka ketika ingin berwudhu' bersama-sama jemaah umrah yg lain.. Subhanallah...cantiknyaaaa. Wajahnya mulus, satu dot pun tidak aku temui pada wajahnya. Matanya cannntik sungguh! Rasanya kalau sesiapa beristerikan dia, jimat la sikit duit belanja skin care. Just cuci muka gitu2 je, muka dah semula jadi cantik. Tapi kita sebagai wanita melayu masih layak untuk cantik because "beauty is in the eyes of the beholder". Jangan bimbang, sudah pasti di mata suami, kitalah wanita tercantik sebab kita lah yang sudah bersedia bersama dia di dalam susah dan senangnya.


Bagaimanapun untuk melengkapkan lagi kecantikan itu, Miss Mirror kepilkan di sini beberapa tips untuk berasa cantik :
  1. Look in the mirror. Lihat pada diri anda, lihat pada orang lain...sudah pasti tiada persamaan di antara anda dan orang lain. Itulah uniknya diri anda dan kerana keunikan itulah anda digelar cantik.
  2. Jadilah diri sendiri dan jangan sekali-kali meniru sahsiah orang lain.
  3. Find confidence in yourself.
  4. Pedulikan apa pun orang lain kata tentang rupa diri anda. Usahakan sahaja untuk m'perbaiki diri anda.
  5. Find something that is uniquely beautiful. Once you have found it, watch yourself exercising it using it to your advantage to make you feel good about yourself. Contohnya kalau anda rasa pipi anda yang gebu itulah yg cantik... teruskan menjaganya.  Lupakan kehodohan2 dan kelemahan2 lain.. spt hidung yg pesek dan sbgnya.
  6. Being happy can really help you to feel great.
  7. Sentiasa tersenyum. Orang di sekeliling anda juga pasti akan gembira melihat anda gembira.

HARGAILAH HARI INI

Usah digusarkan pada masa hadapan yang belum pasti
Bergembiralah menghadapi hari ini


Hari ini kita mencipta sebuah "cerita"
esok mungkin diri kita hanya tinggal sebuah "cerita"


Itulah nasihat Miss Mirror pada hari ini. Sorry.... I bukan seorang "miss" lagi... saja la kan...mengimbau-imbau kenangan silam waktu zaman anak dara yg asik ke hulu ke hilir dengan cermin. Itulah sebab lahirnya gelaran Miss Mirror ni.


Oh ya... buat teman-temanku x-smksm, x-tijb dan teman-teman walau di mana sahaja berada. Andai anda tersinggah ke ruanganku ini.... silalah tinggalkan nota pesanan di ruangan komen itu... Jgn malu-malu. Akulah Sam teman sesekolah anda dahulu.