Showing posts with label Nuffnang. Show all posts
Showing posts with label Nuffnang. Show all posts

Saturday, May 24, 2014

Resepi KEK RENTUNG BELOG

Bahan-bahannya :-


  1. Resepi kek boleh jenguk di sini
  2. belog  (tak kira blogspot mahupun wordpress)



Cara :


  1. Bakar kek dalam pemanggang ajaib dgn api perlahan.  Dlm masa yg sama sila sign in ke dalam belog anda.
  2. Berblog sampai tak toleh kiri kanan... dlm lebih kurang 1/2 jam atau lagi lama lagi bagus!.
  3. Jenguk balik pemanggang...  yeszaaaa!!!.   Perfect!.





Ireng!!!!!!!






berminat boleh wassap :  0143832069 - Sam
SERIOUS BUYER ONLY!
sekali lagi diingatkan... backbout buyer akan disumpah jadi ireng 
mcm kek tu ye.. Awas !.  Hahaha..




Mengapa belog yg dipersalahkan Sam??.   Saja la tu nak "mengkambing hitamkan" belog yg tak berdosa, padahal semasa kejadian, saksi mengatakan yg kau sibuk berwassap dgn gang2 DSK bergossip  pasal GEMUK dan KURUS hingga akhirnya kek telah menjadi rentung?.   Mari salahkan budak2 hitu!.  Mari!






Sapa kata berblog tak memberi faedah??.    Berhasil pun "surat cinta" yg ku kirim pada Pakcik Nuff itu ari.   Thanks Pakcik Nuff..... walaupun satu, tetap ku hargai.  

Tuesday, May 20, 2014

Nuffnang kali ni nak beli Pandora je la...

"Teruslah menulis walau blog anda dah takde iklan...
Itulah bukti sebenar keikhlasan seorang blogger  dalam penulisan" -  bukan fatwa pujangga yg cakap tapi  Miss Mirror

*peringatan untuk diri sendiri.   Hik hik..






Waaaa!!.   Dah ghaib semua CPUV Makcik!!.  Sampai ati tau Pakck Nuff ni!. Semua dah credited. Tapi blom cashout'kan lagi.    Emmm... anyway, alhamdulillah... bersyukur ler jugak walau blom bleh ku belikan emas (boleh jugak kalau ku beli emas, tapi dpt anting2 sebelah je kot.. hahaha.. now harga emas RM160/gram).... tapi kalau beli original pandora (Australia mari) inshaallah bleh la kot, kat sana harga affordable...  jom sapa nak kirim??.  ;).   Ehemsss...  tunggu aku beli dulu ye.. kalau lawo, nt aku bagitau korang.   Tak lawo... aku diam2.  Haha..






Semalam - Berbokitta kelabu asap  ketika menemani IRP nyoping baju
IRP tau yg nyoping, bukan aku... sedih ni T _ T 




*Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat


*Sebuah amalan kecil yang dipenuhi keikhlasan mampu mengalahkan amalan besar yang tidak diiringi keihklasan.

*Setiap pujian yang datang adalah ujian bagi tingkat keihklasan anda.



p/s :    Masihkah anda terus menulis dlm apa jua situasi ye puan2?.   Jika ye... tahniah!.  Ternyata anda adalah penulis yg IKHLAS...

Wednesday, April 2, 2014

Nuffnang April - Sikit2 lama2 jadi mesin jahit.

Ini je untuk CPUV bulan ni..
Digi yg mmg dah sah2 kat situ sejak 20 Mar dan terbaru si LIBRESSE LONG TERM. Angkara semalam aku update survey, dpt la si Libresse ni. Aku ni ada masalah sikit, yg takde sapa mampu menolong iaitu jenis malas nak update survey, tapi selalunya kalau update.. alhamdulillah ler, Nuffnang akan kesian kat aku.  Thanks Libresse atas kemunculanmu.  







Biar sikit tapi diredhoi... dari selautan tapi tak diberkati..
Nak berNUFFNANG... jgn main2 klik fraud ye Dik... 
ada rezeki kita.... ada ler.. takde sudah,  tak kan nak main paksa2 org kelik pulak kan?.  Itu je ahkak nak pesan supaya kita lebih SUCI dlm dunia blogging ni.

Sikit2 lama2 jadi bukit.. eh tak mo jadi bukit, nak jadi mesin jahit... 




credit to my beloved cousin : Murni Shawan atas photo ini.
brand Brother :  RM600 ++



P/S :   Benda2 camni mmg kena update selalu.. supaya hubby kita tak ler tengok kita ni blogging tanpa faedah.   Haha..

Saturday, February 22, 2014

Nuffnang dan Ikea

Padahal CPUV ni muncul sejak 19hb yg lepas, tapi baru hari ni berkesempatan membuat "kenduri kesyukuran" kat belog.   Walaupun sikit (cuma dpt 2 je awal taun ni) kita kena syukuri puan2.. supaya dia makin beranak pinak. Wah!




Terima kasih ler IKEA dan LANEIGE kerana sudi muncul dalam belog "MISS MIRROR" ni.. walau kat rumah aku ni cuma ada 1 je barang IKEA.. itu pun hadiah dari seseorang, sebijik kerusi malas putih.. (sebabnya... JB ni ada ke Ikea??.  Ke aku yg tertinggal keretapi?).



Ini le bendanya tu.... memang sgt berguna, especially utk org2 yg dlm pantang.  Kalau kau beranak adik2ku... boleh la guna "kerusi malas" ni untuk baring, tambahkan satu bangku di depan utk kau lunjurkan kaki, takyah susah payah  tido bantal bergunung2.   Pasti akan ceria hari kepantangan yg kau jalani tanpa meroyan.  


                      
Sponsor kedua datangnya dari LANEIGE... tapi yg ni aku blom buat homework lagi, kalau you all  nak tau lebih lanjut korang klik la sendiri nanti  kalau2 iklan tu muncul kat sini...eh aku tak paksa2 KLIK  ye.. aku cuma bagi cadangan je.

Kay bai... nak makan pencuk cili berapi yg aku buat tadi.



Thursday, November 14, 2013

Tak Sangka

Tak sangka...



Tak sangka ai.... yg hari ni ai cuma masak 1 jenis lauk je.. (eh 2... termasuk goreng telur ikan).    


** "student kelas memasak ai"  arini memonteng sbb sibuk nau nak ikut ayah dia gi keja.







tak sangka...
lepas makan nasi, boleh lagi kami makan pizza2 ni... sampai abis..
(ni IRP belanja sbg menyambut 10 Muharam, padahal ai dah kenyang pun,
tapi dah dia sibuk nak belanja... makan je la..:D.... alhamdulillah..).







dan tak sangka... Nuffnang masih percayakan ai.......(selepas 2 minggu beliau
sepi tanpa berita, sangkakan terus takde sampai taun depan)..
Tq Nuff....  tq SONY and FORD..
and tq frenzssss.... 


Tak sangka...
esok dah last day bebudak gi sekolah utk sessi 2013 ni...
tak sangka... cepatnya masa berlalu...


Tahniah buat adik2 cumil  yg berjaya dlm UPSR,  kpd yg tak berjaya jgn la bermuram durja... kegagalan dlm UPSR bukan la titik akhir hidup ini... happy kay!.

Thursday, September 26, 2013

Best Bila Hobi Menjadi Duit

Terima kasih KL SOGO TRENDSETTER ON LINE.... atas kepercayaan..



Ini antara CPUV yg terbaru...   sebelum ni OLAY, RHB dan DIGI yg masing2 masih on going...alhamdulillah.   Eh bagus tau pakai mask Olay, ai kalau tersunburn (dulu2 la masa rajin picnic), pakai 3, 4 helai je mukaku akan kembali melepak... dan org pun bertanya...

"Eh!.   Sam kau pakai produk apa?".

Serious!.    



p/s :    Kalau dpt CPUV kena timang2 dan war2kan......... nanti akan dpt lagi?.   Mitos?.   Secara logiknya begitu la kan.    

Sunday, September 16, 2012

Buat duit dengan blog. Aku pun tak pernah sangka.

Kalau kita bersyukur.... Allah akan tambah lagi nikmat.
Tu la sebabnya aku kena bersyukur ni..
Bersyukurlah walau bulan lepas  cek Nuffnang aku, cuma mampu beli MP3 ni je..
tapi kurang2  ada la jugak kannnzz......



sengaja pilih pink supaya tak sama ngan Ain punya, merah..

Mana la tau arini MP3,  esok2.... IPad.... lusa sebuah keta plak... kannn.. Eh mana tau....  Korang  jgn la kedekut nak doakan aku.  Sian aku cuma dpt MP3 comel ni je, orang lain dah dpt beli rumah dah ngan duit blog mereka.  Maka, marilah puan2 mulai hari ni kita rajin2 cari duit di alam maya yg bagaikan lubuk emas ini.

Aku ni bukan penggila gadget mcm anak2 aku yg hari2 merengek ngan abah mereka nak itu nak ini, jadi takde la handset canggih macam korang, maka MP3 ni amat bermakna bagi aku terutamanya bila laki aku outstation...  Nak tau sebab apa?

Bila aku pasang earphone dia ni, serta-merta aku akan lupa donia.   Tak dengar la segala hantu bagai, penanggal dan sebagainya di luar sana..  Ya la kengkadang benda2 ni menumpang teduh atas pokok ketapang depan rumah kita, kita yg dengar pun naik ngeri... Eekkkkkk ekkkkk bunyi dia... Itu la gunanya MP3  ni.    Bleh tekan volume kuat2 dan kita tido mati sampai esok pagi.

**Acah je.. cerita seram ni hanya rekaan semata.   Aku pun tak tau apa itu pokok ketapang...Sebenarnya itu hanya ilusi dan keparanoid'an aku bila laki aku takde je...  Motif entry hanyalah untuk memotivasikan anda supaya rajin2 carik duit.




Friday, April 6, 2012

Donate to RUMAH AMAN with just a click!

Donate to RUMAH AMAN with just a click!

First sekali, thanks JS, sebab bagitau I tentang kempen anjuran Nuffnang ni.  Melihat gambar anak-anak yatim ni, walau pun mereka berwajah ceria tapi tak pepasal.. boleh pulak I huaaa.... sob sob sob.. menangis meleleh2. (Sib baik la IRP takde - keluar ngeteh ngan kwn sekolah lama dia), kalau tak, tentu dia ketawakan I mcm ptg semalam (sebab menonton filem "Di Bawah Lindungan Kaabah" kot tajuk dia, tak tau plak I).

So Nuffnanger, jika masih ada saki baki duit dlm account Nuff anda... dialu2kan untuk menderma.  RM1 pun diterima...yg penting ikhlas.




Utk sahabat2 blogger - boleh rujuk NUFFNANG utk info selanjutnya.

Friday, March 30, 2012

DIGI WWWow Award!

Contest apakah yg menarik ini?  Wowww!! Nyum.. nyum nyum!!
Disebabkan saya memang suka makan, suka jalan-jalan cari makan , suka ambik gambar2 makanan,  suka masak ... maka "tanpa melihat cermin dan mengukur baju di badan sendiri",  saya nak join la cabaran Nuffnang DIGI WWWow Award  ini! :D.    Good luck for you Kak Mirror! ;D

Untuk pencerahan sila klik entry2 saya yg terdahulu :

2)  Recipe 

Antara RESEPI-RESEPI dari blog ini yang paling mendapat tempat di hati pelayar-pelayar internet di luar sana ialah resepi MACAROON.. hingga mendapat 273 share/like di FB sehingga tarikh entry ini ditulis dan resepi apam dot-dot  yang lebih lembut yg mendapat 41 like/share di FB buat setakat ini.  Menurut mereka, resepi tersebut adalah jujur, lebih sedap  dan mudah untuk dicuba.


Untuk entry jalan-jalan cari makan pula, ianya meliputi tempat-tempat makan menarik yg kami kunjungi sama ada di dalam mahupun di luar negara. Semua tempat makan yg saya  paparkan di blog ini  hanyalah yg terpilih dari segi mutu rasa dan layanan.  Saya juga mengambil kira dan mengenalpasti  siapa pembaca/follower blog ini dan memastikan  tempat2 makan yg saya kunjungi  tidak terhad hanya di hotel2 ternama dan restoran2 terkenal  sahaja sebaliknya gerai2 biasa juga, (even ABC tepi jalan sekalipun)  turut mendapat paparan di blog ini kerana saya tahu tidak semua pembaca berkemampuan untuk mengunjungi tempat-tempat makan yg mewah especially hotel bertaraf 5 bintang.


Tagline : 

"Belum Mencuba Sudah Terbayang..... Sudah Dirasa, Tak Nak Pulang"


vote for my blog please..

Wednesday, September 7, 2011

Nuffnang - thanks... cek you I dah terima

Hujan turun mencurah-curah di JB dan I sedang menikmati kuih muih pemberian "beberapa orang" yg I crita itu ari. Nyum nyum... jemput. Sebelum tu tadi I cek kat mail box.. rupa-rupanya ada cek dari Nuffnang. Thanks Pakcikku.... kau memang hensem.


Motif menulis entry ini, saja je nak bagi semangat pd kengkawan
bahawasanya Nuffnang bukanlah "seorang" pendusta..




Link

Wednesday, March 23, 2011

Sementara Nuffnang mengkawantirikan I ni... boleh la I uploadkan video ni...

"Jangan berpusatkan pada material untuk mencari kebahagiaan... kebahagiaan boleh dicari dari pelbagai sumber, asalkan anda tahu bagaimana untuk mensyukuri nikmat pemberian-Nya, insyaAllah... kebahagiaan akan datang dgn sendiri".
Ini sekadar intro motivasi, tiada kena mengena dgn yg hidup mahupun mati...


Hari ini Miss Mirror sharekan video "How to Minimize Pore" yg mana I pun tidak terkecuali dlm permasalah pori-pori terbuka ni... tu yg I sibuk pakai SKII.. kalau tak kerana tu, maybe I just pakai mosturiser je pun dah cukup.

Mungkin lepas ni I nak cuba plak guna BAKING SODA ni ... mana la tau kan.. boleh menjimatkan kos "maintenance" yg semakin meningkat selaras dgn pertambahan usia ni.


AMARAN KERAS : Diakui di sini yg I blom pernah mencuba baking soda ni di muka I ya puan2... so, sebarang kecelakaan/kecacatan yg bakal menimpa adalah di bawah tanggungjawab sendiri.. :D tapi, hari tu I pernah mencubanya pada gigi - konon utk menjadikannya bersinar-sinar bak mutiara... baru je cuba sekali... (tak boleh guna selalu... once a week la kot).

Sementara Nuffnang asyik mengkawantirikan I ni... boleh la I sesuka mengupload YOUTUBE utk uoll dgn sekehendak hatiku... konon katanya Nuff ni elergi dgn youtube utk dptkan BE... entah ya entah tak... ada la I pernah terbaca sorang blogger tu tulis dlm blog mereka.

SELAMAT MENONTON!!






Nuffnang - sampai ati you mengkawantirikan I tau!!!! :(

Sunday, January 23, 2011

Kerana Membebel Iklan Pun Lari?


Bertambah jugak ya income Nuffnang (huuuuu tersangatlah banyaknyaaa ;) --> (boleh percaya ke??) walaupun iklan-iklan BE tu macam dah tak menari-nari je kat tapak iklan tu 2,3 hari ni, ( terkejut kot sebab tuan punya blog asyik membebel je.. hehe).

Ya ke kalau asyik membebel BE pun lari? Follower lari tu maybe la kot. Tapi rasa-rasanya takde kena mengena entry bebel dengan keengganan iklan-iklan tu menjelmakan diri.

Kalau kita lihat, blogger-blogger popular pun suka membebel. Tapi still riban-riban jugak kan. Oh ya....
tahniah la pada blogger-blogger popular yang berjaya menjana income puluhan ribu ringgit sebulan (sebagaimana statement beliau di dalam Berita Harian semalam).

Usah ditanya apakah rahsia mereka, yang pasti itu semua dah rezeki pemberian Illahi. Seperti kata En. Matsomherbs... makin berkahwin, rezeki makin bertambah... so, marilah cepat-cepat kahwin. Mana tau nuffnang korang makin berlipat kali ganda plak! Hehe..... Orang lelaki, bila dah kahwin... nak kahwin lagi (lagi satu), itu la tanda betapa menyesalnya mereka tak kahwin selama ni.

Alamak! Orang cerita pasal Nuffnang, tercerita bab nikah kawin plak...... ok la, sebelum terus melalut, baik I sudahkan kerja-kerja meng"iron" baju.