Thursday, March 28, 2019

Hantu Di Balik Tingkap

Sian ai... pagi ni cuma sarapan tumpi je.
Ni semua gara2 "hantu" malam tadi..
Sebenarnya di kalangan anak2 dan suami..
Ai ni "terkenal" dengan sifat berani...   tapi malam tadi suasana agak menyeramkan..
Hingga pagi ni ai jadi terkurang sihat untuk main masak2.






Ketumpi...   bila makan ketumpi ni teringat my son,  Mr.  Shasal selalu salah sebut ketuk ketampi (denda ketuk ketampi)  dia kata  "ketuk ketumpi".   Orang makan paru... dia suka sebut "paru2".    Suka hati la Nak..  janji bahagia.


Creepy Sound

Senja semalam..  suasana agak bingit di luar.    Sekali sekala terdengar suara esakan tapi tak pasti datangnya dari mana.   Terkeliru antara suara manusia atau lolongan anjing jiran belakang.

Suara itu muncul sekali sekala.  Terdengar juga bunyi serin ambulan. 

Senja berlabuh,  tingkap pun semuanya telah kami turunkan bidainya.   Usai magrib,  aku ke dapor (bertukar jadi "aku" untuk effect2 seram...).   Mutakhir ini aku rindu masakan teman2 dari pelbagai negara...  dan malam semalam aku rindu lempeng brazil resepi Jamilie Alberto.  So aku buat lah sebesen.   Mkn ptg... aku dah masak nasi goreng India resepi Shita.  Awat tah tetiba aku rindu masakan dorang lately ni?.   Mungkin tragedi Christchurch  tu buat dorang teringat aku kot  sbb aku je kawan muslim dorang?.  Keh3.....  don't flatter yourself Sam.

Masa masak, jantung aku tetiba macam dag dig dug keseraman.   Tak pernah pun sebenarnya aku ketakutan.  Tapi aku teruskan jugak melengser adunan ke kuali hingga selesai.

Selesai makan... aku dan Qistina berehat2 di bilik.  Anak2 aku memang clingy.   Apatah lagi bila ayah mereka outstation, kepada mama la tempat mengadu segala hal.  So, untuk hilangkan bosan kami pun selfie welfie syok sendiri sambil baring2 ditemani Joco yg juga sama2 clingy macam kakak dia, asyik terlompat ke sana ke mari.

Tetiba......  tetiba.... jeng jeng jeng!!

"Scrattttfttttttt...... scrattttttttttttt..."




Satu suara cakaran tepi tingkap.  Terkenangkan yg Joco tak keluar pun mlm ni.. aku jadi takut dan seram.  Selalu Joco je suka buat macam tu kalau nak masuk umah.  Mr.  Shashal meluru ke bilik.. sama2 terkejut.

Tetiba Qistina mendakwa senja tadi pun bilik dia ada cakaran yg serupa.   Ahh... aku jadi semakin takut.

Apa lagi  kuasa badass harus digunakan  dan aku pun menjerit lah  dgn harapan "mahluk" tersebut lari. 

"Whoiiiiiiiiiiiii!.   Who are you?!!!!!".   Suaraku agak keras.

Hua hua hua...


Ku cuba intai di balik bidai.... krik krik krik... tak ada apa.

Entah la.  Waallahualam.    Kucing jiran nak ngorat Joco agaknya.   Tapi mereka tak pernah melepaskan haiwan2 peliharaan mereka.

Ketakutan  hilang ditelan waktu,  cuma pagi ni ai rasa tak sedap badan.   Kena nyahkan semua anasir2 negatif ni.   Kena masak yg best2... sebab ai tau.. ai bukan jenis yg lemah semangat.  Yessss Sam... way to go!.



Older post  :  Grammar  :  beza pengunaan ON and IN 


Wednesday, March 27, 2019

Apa beza ON dan IN untuk kenderaan?.

Apa beza ON dan IN untuk kenderaan?.
Ok untuk senang faham ai uploadkan gambar2 kenderaan ni ye..    Pic lama2 je ni..  Lately ni impian ai tak mo guna pic google... semua nak pic sendirian berhad yg memang dah ada dalam galeri... so senang tak yah mintak izin.   


Mula2 kita cerita pasal ON...

ON diguna untuk public transport, yg mana kita berkongsi kenderaan tu dengan orang awam.




On a train



On a plane

On a bicycle

-On a ferry
-On a ship


On a bus.



So selain photo2 yang diberikan di atas bermakna gunakan IN contohnya  :-

-  in a car, in a helicopter, in a boat, in a limo, in a truck dsbnya.. dan  kesimpulannya 
di sini ialah
semua pengangkutan yg kecik2 yg kita tak boleh dok jalan kulu kilir depan belakang kat dalam dia...
sampai lenguh kaki.. itu semua guna IN..
Atau erti kata lain... IN diguna untuk private transport  ( tapi ini juga termasuk teksi.).

Ada juga yg tanya..

"Sam... bagaimana dengan bike tu kenapa ON?.".
    
Ok kalau basikal tu sayang... kita menunggang dia, bukan kita masuk ke dlm basikal tu kan jika kita nak kayuh?..  Ada ke orang kayuh basikal masuk dalam bakul?.   Haha.. ok.bai.

Moga ini membantu.





Wordlez Wenz day....


The more I learn about people..
the more I love my cat.




#Kidslunchbox

Monday, March 25, 2019

Jangan sampai jadi awan

Assalamualaikum and hi..
Ribut Veronica?.
Kawan ai hantar ni tadi, bertanya betul ke ni berlaku kat tempat ai ni?.





Ok.... setelah ai belek2 dan bermuzakarah dengan ahli mesyuarat cermin, kami memutuskan  ni mungkin kejadian yg berlaku nun kat Pilbara sana.    Ada terbaca amaran kat paper on line tu "penduduk dan pelancong diminta berjaga2.   Seeloknya duduk je dlm umah." 

( Walaupun berupa bencana alam, lawo plak pic2 ni,  sayang plak nak buang.   Credit pada yg mengirim ye).




Cantik kan langit kemerah2an....  tetiba teringat satu  madah...

"Ada orang umpama awan...
Bila dia tiada.. hari menjadi indah".

Hahahaha....

Aduhai... zalim sungguh madah pujangga  ni ye.   Sapa kat sini umpama awan sila angkat tangan?.

Sibuk bertanya orang,  entah2 ada je orang yg menganggap ai seperti awan2 larat atau awan kelabu hari nak hujan?.   Khe3...   ok bai. 


P/s   :   Selamat Hari Polis untuk semua polis di Malaysia.   Pssttt...  Polis2 kat Perth ni hensem2 uollz...  syyhh dah diam2.


Sunday, March 24, 2019

Branded Items - cara sebutan yang betul

Assalamualaikum gaiz..
Hau ar ya?. 
(Let's write in our own way... "jawanese way" but still in correct pronunciation).
Kah kah kah
I jaz don wan diz blog bikam dal widaut ani apdet.



So gaiz...  befor everiting sing intu obliwion, let fokez on de topik..   Don go off on er tanjen hokay. 


Tudey  awe topik iz ebout "pranunceeashun".   Say again....  PRANUNCEEASHUN.

Let sey U gaiz going tu er branded syop...   U gaiz nid to pranun de wods kerek'li rait?.  Don emberez yosef or emberez yaw kantri.  No mater how kampung iz yaw plaze, or in de midel of nowey,  yu nid to spik kerek'li.


Items

Christian Dior   =  kris-cheen dee or
Nike   =  Nai key
Louise Vitton  (LV)  =  loo-ee-we-taahn
Hyundai  = Han day
Chevrolet  = shev-ro-ley
Puan Sam  =  Puan Sem

Ahhhh  don temptz me intu soping anoter henbag  I m sepoz to bi zeroing in on soting maisef aut... hokay Miss Mirror.   Letz tok about oter topik.. vegetables.





Ohya... by de wey  if U gaiz wanted to bai henbag bai de lejit wan.   Du U no whoat iz "lejit"?.  L.E.G.I.T...   


Vegetable   =  Vej tebel
Jalapeno  = hah lah peh nyoh
Lettuce  =  let-tis
Cucumber  =  kyu kum ber
Ghoti  =  fish

Subtle  =  satel
Women =  wi men
Wednesday  =  Wenz day
Plumber =  plumer
Approximately =  a prok si metli
Chaos  = kay-yoz

Place
Christchurch  =  kraizcej





Perkataan bawah ni semua buang P...
Tak mo sebut P.. anggap dia tak wujud

Pneumonia  
Coup
Psychic
Psychiatrist
Raspberry
Psychology
Psychic
Psychotic



It mite tek U a wail bat U wil get de heng of it after lots of praktiz gaiz.   Bat don kompay yaw 10 capte wit dos who alredi in hundred capte hokay.  It jaz mekz U daun.

Seem like I hef bin riting en speaking without respite, so I nid tu stop now.   My son is ravenous... it's time for preparing dinner.  Ok. Bye.   See you again.


Nota  amaran  :-

Sebutan dan spelling yg betul hanya di bahagian item2 itu sahaja ye...  selain itu adalah sekadar tulisan my own style.. amat bahaya untuk ditiru oleh pelajar2.





Friday, March 22, 2019

Melayan Ubi Ganyut dan kopi O

Assalamualaikum and hai..



Terbeli ubi ganyut.. so lepas rebus kita nak goreng dia.. supaya keganyutan dia berkurangan.   

Black list kedai tu utk pembelian ubi.  Huaha.. Kedai yg satu lagi molek sikit.



Potong kecik2..  
Tumbukkan bawang putih + secoet chicken stok + garam + kunyit


Lumurkan bahan2 tu dlm mangkuk ubi rebus tadi... tambahkan oregano.
Tak yah pun tak apa.  Suka ati nak bubuh serbuk apa2 kesukaan.  Janji tak menyusahkan orang mahupun jiran tetangga.




Sepatutnya deep frying... tapi ni tadi saat akhir baru ingat nak snap.. jadi minyak pun dah surut sikit.   Ubi ganyut tak susah... dia tough dan degil.  Yg serap minyak selalunya ubi yg cantik jelita.

Wordless Friday


Front page of today’s Christchurch paper.


Wordless Friday tajuk ai hari ni?.  Hahaha..
Wordless memang OK je uollz... tapi jangan lupa berselawat dan berzikir di hari Jumaat nan mulia ini.

Idiom 14 - kena bertegas untuk mencapai sesuatu

"Cat with mittens catches no mice.."




Just kidding...  idiom sebenar  "Cat with gloves catches no mice..".     Kucing yang bersarung tangan manakan mungkin dapat menangkap tikus?. 

Kalau Joco suka keluar rumah sebab nak tangkap burung je.   Happy kemahen setiap kali dapat pelepasan gi "outing".    Tapi ok la... bila kami kata balik pukul sekian2... jam tu la dia dah tercegat kat tingkap minta bukakan pintu.  My boy is so smart!!.  (Eh.. puji kucing sendiri di khalayak tak apa kan?.   Bukan puji anak?.   Khe3).

Menurut kajian.. kucing sebenarnya memang faham pun arahan manusia cuma dia sesaja ignore.


 

IDIOM

Eh "I went off on a tangent" plak, so let's back to today's idiom... "Cat with gloves catches no mice"..  maksud yg sebenarnya ialah bila kita nak mencapai sesuatu kita kena grago!.  Kena badass!.   Tak mo lembik2.

Sbg contoh... let say dalam kelas..  orang suruh anda buat lukisan..  yg dibaginya penyapu.  Anda kena la bertegas.. katakan yg anda selalu lukis guna berus kecik je.. bukan penyapu.  Ini sekadar contoh saja lah ye puan2... bukan kejadian sebenar.

Atau maksud lainnya ialah... nak menjayakan sesuatu kena guna peralatan yg betul.  Sekian.





Thursday, March 21, 2019

Lakaran Pakis - Tribute Untuk Mangsa2 Di Christchurch

Assalamualaikum  and hai.

Silver fern - Beautiful tribute to Christchurch victims now goes viral...   terima kasih kepada kartunis The Cranberra Times, Pat Campbell yg melukiskannya ketika tak dapat tido di malam hari.  It is so cute!.    Boleh la menjadi idea untuk butang raya tahun ni... kan cute ni.





Meh kita zoom!.   Ia adalah lakaran muslimim dan muslimat sedang solat.  Mula 49.. pastu esoknya Pat tambah lagi daun pakis tu jadi 50.  Ni termasuk Arwah Adik Haziq tu ke yg 50 ni?.




Innalillahiwainnailayhirojiuun...  sebak nangis ai malam tadi atas pengesahan kematian Adik Haziq tu.  Takziah untuk family mereka.

Apa itu Silver Fern?.
Nama saintifik pakis  ni ialah  "Cyathea dealbata",  patut la pernah nampak orang jual brooch ni kat sini aritu.. nyesal pulak tak beli.  Tapi bukan pakis solat ni lah.. just bentuk daun biasa sbb masa tu blom berlaku kejadian ni lagi.

Lambang2 berbentuk silver fern ini sinonim di New Zealand untuk pasukan ragbi.. The Black..  dan kalau tak silap bakal dilakar juga di Opera House.. (bakal la kot... sbb masa ai melawat Sydney blom ada pun lakaran tu kat sana).

Hari Jumaat ni juga bakal dianjurkan "Hari Tudung" di NZ sbg tanda perpaduan.   Same goes to my kids... arini pun berlangsung hari berbaju2 ala2 berkabung di sekolah mereka.

Ok. Bye.


Tuesday, March 19, 2019

Mencabar kesabaran tak?.


I tod a tod.. but the tod I tod wasn't the tod I tod...  if the tod I tod I tod had been the tod I tod, I wouldn't  have to tod.


1).  Three thin thieves tought a thousand toughts.   Now if three thin thieves thought a thousand thoughts how many thought did each thief think?.




2).   If one doctor doctors another doctor... then which doctor is doctoring the doctored doctor? Does the doctor who doctors the doctor doctor the doctor the way the doctor he is doctoring doctors?.   Or does he doctor the doctor the way the doctor who doctors doctors?.


3).  How much wood would a woodchuck chuck if a woodchuck could chuck wood?. He would chuck, he would as much as he could and chuck as much wood as a woodchuck would if a woodchuck could chuck wood.


4). How many hair styles could Heri styles style if Heri styles could style hair style.


5). Miracle!.  Marry married Miss Mirror's maid at Murray Street next to the mural near to the mirror.

6).  Sam, pls be somebody who makes somebody feel like a somebody.

7).  No doubt it's a goat be debt for his gout.
(Sebutan dia mcm ni ye.."no dout, it's a goat be det for his gout..) .. silent B for doubt dan debt tu.



 If you notice this notice, you will notice that this notice not worth noticing and you'll get 24 hours notice.

So, don't trouble trouble until trouble troubles you.  If you trouble trouble, triple troubles will troubling you.

Ahhhhh!!.  I scream you scream.. we all scream for butter cream on the top of ice cream.


Ok tounge twister challenge done. Bye 






Idiom 13 - Bang Selebu Kuali Sawa Hujan Gunung Mandi Katon

Eh mana geng idiom ai ni?.  Sila duduk dan jangan lari!.  Haha..
Penat je ai tulis ayat sebijik2 biar mudah mereka nak google translate in english... jangan la melarikan diri.  Ok kali ni ai ada idiom baru ye.

Pic - tiada kaitan dengan entry



"One thing after another" is a phrase to show that you are very angry or upset due to a lot of problems to deal with... especially in a day..   kalau orang Melayu cakap... "ibarat lagu bang selebu kuali sawa..".    Lepas satu... satu... masalah melanda.

Contohnya seperti fenomena yang melanda masa kini.    Lepas ujian kimia Pasir Gudang, kisah korban di Christchurch pula.. lepas tu.. kisah kematian rakyat Malaysia di Lombok.

Moga bertabah lah semua mereka...

Ok lah... itu je nak tulis.   Karang ai muncul lagi.     Penat... baru sampai rumah.






Putih Hitam Coklat Gemuk Kurus

Self reminder :-
No matter how big and badass you are..
You shall not carry yourself to grave.
No matter how tall you are..
You can't never see tommorrow..
So... be humble..
Low your tone..


It's ok to be ugly..
(But I don't want to... hahahaha).
Being ugly actually is a blessing..
Because... when you're ugly... and  people still willing to talk to you..  to be friend with you..
it's literally  for your personality..
not your looks..
And you should be so blessed.
So... stay blessed!.

It's ok to be less than perferct..
Because...
.
.
.
.
At the end of the day..



Why?.   Scarry right?.
So... in conclusion... doesn't matter if you were fat or skinny... or white or black. What does matter in this world  is the size of our heart and the strenghten of our character.  

Which category should I put myself under?. 🤔.
Pre-billionaire la kot?.  😄
(Law of attraction is always working.. guys).
Haha...k.. bye.

Sunday, March 17, 2019

Dah dapat berat yang ideal

Mood menulis tgh ke laut sebab sibuk membaca masalah2 seantero dunia..
Kadang sampai ke pagi addicted membaca..
Haha..



Cuma satu pesanku...
Jgn percaya sgt dengan apa yg dimanipulasi..
Hingga takut dan terpuruk..
Buatlah kajian sebelum share..
Contohnya kes ragutan tudung di Sydney pagi ini.. it wasn't racial attack... but he tried to steal the car and in the middle of her pulling him... her hijab came off.
Tapi telah ditwist cerita tu kononnya kebencian ke atas perempuan berhijab..
Masyaallah.  Bukan...



By the way... kisah di Christchurch...
Deepest condolences to them..
Itu insan2 yang terpilih.
Allah dah pilih sebaik2 cara kematian mereka..
Di hari Jumaat..  ketika solat.


Satu perkara disyukuri hari ni ialah...


Lama tak timbang... tetiba tergerak hati.  Eh!. Alhamdulillah.. dah dapat berat yg ideal.
Nampaknya kena teruskan minum cappucino..
Haha.... biarpun berkafien.. tapi susu di dalamnya tetap membantu..

Friday, March 15, 2019

Lupakan sehari berpesta, demi kemerdekaan berabad2 - Idiom 12

Assalamualaikum...
Congrats pada yg berjaya dlm SPM semalam. Pada yg kurang menyerlah.. cuba lagi.
Memang lah frust..  seandainya result tak seperti diimpikan, bohong lah kalau org gagal boleh balik rumah sengih2.. be realistic  lah kannn.....  tapi Allah sebaik2 perancang.    Every clouds has a silver lining uollz..

Btw...  bangkit lah dari kemurungan itu ye .. Pejamkan mata, pekakan telinga dari segala omongan kedengkian...

Bak kata orang yg berpengalaman :-


"Lupakan setahun keseronokan  berpesta... Demi kemerdekaan berabad2"








Kebetulan idiom hari ini macam sesuai...  Sesuai untuk difikirkan tika diserang dilema memilih bidang apa untuk dipilih di Uni dsbnya.   Supaya kelak tak menyesal.

"A dime a dozen"  -  seposen je sedozen... atau sedozen boleh dapat 10 sen..
Maksudnya tak de value sangat bila dah banyak sangat,..  ibarat macam cendawan tumbuh lepas hujan... bersepah2 di sana sini. 

So choose wisely.

The dime, in United States usage, is a ten-cent coin ye.


Ok lah bye.   


Thursday, March 14, 2019

Window2 shopping - idiom 11

Neither of these items is mine...
Sesaja try upload pic window shopping.. sebagai mengenal pasti betul ke kebanyakan social media pagi ni menghadapi kemerosotan kelajuan.

Patut la ada pic2 yg tak lepas bila ai upload kat wassap pagi ni..


Assalamualaikum and morning anyway!.




Lawo ke tak winter coat ni?.  RM300 mesti la lawo kan?. 



Ai jarang suka kan benda... tetapi kasut yg ai belek semalam memang sedap betul lah kat kaki... dan bebas hinzir.  Eh!.  Bukan yg dlm pic ni... tapi kedai yg satu lagi... taksub sgt mencuba sampai tak sempat selfie.  Tapi RM600 lah pulak.. 




Belikan Mr Shashal kemeja batik which is now trending.   


Idiom pagi ni...
"Sink into oblivion"


"He has promised to buy  a jacket for me but once he saw his beautiful shoes...his promise sunk into oblivion"..  

Ini contoh ayat saja ye... tiada kait mengait dgn IRP atau sebagainya.  Ai tak suka menyusahkan suami... kalau nak... kumpul duit dan beli sendiri.



Maksud idiom :
*tenggelam atau ghaib jatuh ke dasar...  atau erti kata lain "lupa" ... selalunya tentang janji, duit hutang dsbnya.  Ditelan arus zaman.





Wednesday, March 13, 2019

"Anak Awak Terlampau Genius"

Tangan yg menghayun buaian mampu menggoncang dunia. 

Seorang anak kecil comel pulang dari sekolah...

"Ibu... ibu...  nah surat.  Cikgu suruh ibu  baca surat ni.."

Ibunya pun membuka surat tersebut dan membaca isi kandungannya.. sejurus air matanya berjejeran...

"Napa ibu... kenapa??.   Kenapa?.   Apa yang Cikgu tulis dalam surat tu?" .  Tanya budak naif tersebut.


"Tak de apa...  Cikgu cakap anak ibu terlampau genius.. sehingga pihak sekolah tak mampu untuk menggajikan guru yang sesuai untuk anak ibu.. jadi ibu kena ajar sendiri di rumah.".   Ujarnya sambil memeluk dan mengusap anak lelakinya itu dalam tangisan.


Sejak itu... budak lelaki itu pun belajar lah di rumah, home schooling atas tunjuk ajar ibu.  Sehingga lah ibunya jatuh sakit dan meninggal.

Masa pun berlalu....  budak itu pun besar.   Keinginannya membuak2 untuk melihat apa yg ditulis oleh gurunya.


"Kehadapan ibu Thomas...
Anak kamu mengalami kekurangan mental.. pihak sekolah tidak mampu untuk mengajarnya lagi... maka kami mencadangkan kamu mengajarnya sendiri di rumah..".


Tahukah puan2... siapakah Thomas Edison?.
Seorang usahawan berjaya Amerika Syarikat yang lahir di kurun ke 18.   Antara rekaannya ialah : phonography,  bulb (walau bukan org pertama membuat penciptaan ini) dan 1 lagi.. Makcik Mirror lupa ler plak...  tapi memang genius!. 

Kesimpulannya...   kita jadi ibu ni tak usah cepat mengalah.   Set otak kita untuk selalu mengatakan anak2 kita GENIUS!. 

Kesudahan dari cerita ini,  si mendiang Thomas telah menulis...

"Thomas A. Edison was a mentally deficient child whose mother turned him into a genius of the century."

Haha..


So... to "alpha mom" out there.... keep encouraging your kids and stay strong.   Jangan pernah sekali-kali mengatakan anak anda bodoh mahupun hodoh.




Tuesday, March 12, 2019

Idiom 11 - Pray For Pasir Gudang

Pernah tak uolz "tertinggal keretapi"?.
Sedang asik bercanda ria dengan kengkawan kat hostel... alih2 esok pagi nama kena panggil sebab tak pegi ceramah motivasi misalnya.  Lantas.. padan lah muka kena denda cuci toilet beramai2..

Rupa2nya telinga dah dikaburi syaitan...
Tak dengar pengumuman kat HEP pada hari sebelumnya..
Tu yang "tertinggal keretapi"..
Tak pe... itu kisah zaman hingusan..


Out of the loop..
You May Be Out of the Loop!.

Idiom kali ni... "Out Of The Loop".


Hola hop...
Hola hop... oh lala la.. hola hop..
Eh ni lagu P.Ramlee..

Walaupun loop tak berapa nak loop.. tapi effort utk menggunakan pic sendiri tanpa bantuan google  haruslah diberi pujian ye..


Macam mana nak elakkan dari tertinggal info.
Atau company misleading?.
Banyak cara... antaranya newsletter, white board, berkawan dgn "makcik radio" (yg rajin bagi info)..  dan sbgnya.


Kisah Bahan Kimia Metana Di Pasir Gudang

Apa khabarnya orang2 Pasir Gudang?.   I totally out of the loop... cuma dengar2 gitu je tentang ramai yg pengsan akibat pencemaran sisa kimia.   Kesian ye mereka...   dengar ada yg kritikal semua.
Moga Allah permudahkan..

So... I don't want to be out of the loop again... I want to put in the loop and here is the latest news...


JOHOR BAHRU 12 Mac - Jumlah mangsa pencemaran ekoran pembuangan sisa toksik ke Sungai Kim Kim, Khamis lepas, meningkat mendadak kepada 207 orang setakat pukul 11 malam tadi susulan berlaku insiden gelombang kedua tengah hari semalam. 

Mangsa pencemaran tersebut dilaporkan mengalami pedih mata, loya, muntah, pening, sakit dada dan sesak nafas. Kedua-dua SK Taman Pasir Putih dan SMK Taman Pasir Putih kini telah ditutup semula.  

  





"I have a lot on my plate " - idiom 10

"I have a lot on my plate.".

Blog titles are the first part of our blog post that our readers will see and the part that’s responsible for getting them to click through and read the rest... but you know guys,   I have been shooting myself in the foot lately by not putting any hot headline to attract more traffic due to my new hobby ~ colleting idioms.


It's alright!. I love to be unique.  I love to  be myself.... we were born original... don't die a copy.... let the world copy you!.   Kah!. Kah! Kah!.





"I have a lot on my plate"   bermaksud  saya sibuk.  I am busy!.    Bayangkan kalau orang yang pinggan mereka penuh makanan... begitu lah analoginya.


Contoh ayat  :-



"Mr.  Shashal... could you please prepare all the documents bla bla bla...  ".





"Sorry Puan Sam...  I have a lot on my plate.".


Ha gitchew.   Ok bai.


p/s   :    Buruk naw tak ai dengan baju kaler biru tu??.   I literally not fond of blue colour.


Older idiom  :  Shoot oneself in the foot








Monday, March 11, 2019

Shoot oneself in the foot - idiom 9

Assalamualaikum and afternoon uollz...

Ai terbaca aritu... di sebuah sekolah di Jepun membenarkan pelajar declare makwe mereka dengan memberikan satu butang jaket sekolah kepada pasangannya.    Well itu negara masing2. 




Sementara di Indonesia pula... satu usaha murni telah dibuat dengan "upacara memutuskan cinta" di kalangan pelajar.   Ini bagi mengelakkan salah laku zina.  Ikrar putus cinta dibaca di hadapan guru or ustaz kot tu?.  (Ai kurang pasti.)  Dengan menyebut nama pasangan.   Wah!.  Ada yg cool... ada yg nampak sugul... tapi ai memang salute lah usaha2 mereka tu semua.    Tak dapat ai bayang kalau ini dilakukan di zaman2 kita sekolah dulu.    Kwang3...


Ok lupakan hal itu.   Apa idiom kita hari ni?.
Idiom ni tak de kena mengena dgn post di atas.



"Shoot oneself in the foot"  

Maksudnya sengaja cari padah.   Sengaja berbuat onar terhadap seseorang atau diri sendiri dengan melakukan beberapa perkara yg boleh merosakkan reputasi.  


Contohnya  :-

"He shot himself in the foot by telling everything  in his blog."


Dia sengaja cari padah dengan menceritakan segala-galanya di dalam belog.


"Shot in the dark" pula bermaksud... meneka dalam kesamaran atau main serkap jarang je.


  






Sunday, March 10, 2019

"Don't put all your eggs in one basket." - idiom 8

"Don't put all your eggs in one basket."

Jangan fokuskan usaha2 kita untuk satu benda sahaja,  perlu ada plan A, plan B dan C.   Kita pun tahu sifat telur itu rapuh,  jika diletak hanya di dalam satu bakul sahaja, kebarangkalian untuk bakul itu bocor pasti ada.   Begitu la maksud idiom tersebut.    Pesanan ni sebenarnya untuk para usahawan2 di luar sana.  Boleh juga utk kita.. khasnya dlm berhadapan dgn dunia yg kian mencabar ini.  Terlalu bergantung pada si polan dan si polin amatlah membahayakan.   Pendek kata... hilangkan saja pergantungan pada makhluk.

Teringat  ai satu pesanan....   bina lah hobi untuk 3 perkara  :-

1). Yg boleh menjana income.
2). Yg boleh membuat badanmu cantik.
3). Yg buat kita kreatif.

Dan... ai nak tambah yg ke 4...  " bina hobi yang boleh menjadi teman tidurmu di alam kubur".   Ok itu semua boleh rujuk pada yg lebih pakar bab agama. 





"Don't egg her on" pula bermaksud... jangan galakkan dia..  don't encourage her..





Ok. Bye...  tetiba teringat ada set gelas fragile dlm bonet blom masukkan lagi.   Don't put them just in one cabinet... :P .    IRP... Can I have more kitchen cabinet for all the glassware pls..  Huhu..  just kidding.


Saturday, March 9, 2019

Idiom 7

Baru masuk idiom ke 7, target ai 1000 idioms sebulan ye uollz...


"A wet blanket" ialah orang yg suka menspoilkan keriangan orang lain..
Contohnya kat majlis2...
Jgn begitu ye uollz... nanti dibenci org..


Lagi 1...  ada satu kod rahsia jika seseorang cuba untuk bagitau sesuatu kepada anda..

"Pssstttt....  XYZ...".

Apa itu XYZ?.

.
.

.
.
.
XYZ ialah  eXamine Your Zipper!.   Mungkin zip baju or seluar anda tercabut... atau mungkin terlupa zip.





Tapi sekarang ni... baju2 kat jemuran dah kehujanan, cemana ni Dik Non?.


Friday, March 8, 2019

Idiom 6

 Today's idiom is "Curiosity killed the cat" 

Perasaan ingin tahu yg berlebih-lebihan adakala membahayakan. Ibarat macam kucing, fitrahnya suka nak explore tah ke pelusuk kebun mana tah dia pegi... last2 terjatuh longkang.    

 Bila dah terjatuh longkang, terpisah lah ia dgn ibundanya yg tercinta dlm usia tak sampai beberapa bulan... menangis lah ia seekor diri di dalam longkang tersebut, sekonyong-konyong ditemui oleh seorang insan mulia, berambut perang... hidup lah beliau dgn penuh kasih sayang bersama seekor anjing,   terdidik penuh disiplin.  

Oleh kerana beberapa faktor peribadi, beliau terpaksa dijual... dan dibeli oleh kami.   Dan sekarang ini lah dianya kucing tersebut...  



Our "farouche cat"...  Joco



"Courisity killed the cat"..  begitu juga manusia, adakala banyak perkara yg kita tak perlu ambil tahu.. demi menjadi awet muda.  Contohnya jaga tepi kain orang.  





Sekadar pic hiasan..






Membaca Fikiran Orang

Assalamualaikum uollz..
Mari belajar "membaca fikiran orang" especially anak2 kita atau boleh juga anak2 org lain akan kenapa mereka jadi begitu.. hihi..
Bukan kerana kita ajaib,  jauh sekali wali..
Tapi ilmu pembacaan..
Tapi.. perlu ditekankan.. tak semua kerana salah parents, adakala faktor persekitaran, sekolah dsbnya...

Ok here we go!


1).  Jika anak mudah iri hati dgn orang lain mungkin petanda  anda suka membanding2kan mereka dgn orang lain atau  anak2 org lain. 


2).  Jika anak2  mudah marah2, mungkin anda kurang memujinya. 




3).  Jika anda dah belikan mereka pelbagai hadiah tapi masih juga mereka memunya barang org lain... itu kemungkinan anda tidak pernah beri mereka peluang untuk membuat pilihan sendiri.  Lain yg diidam.. lain yg anda beli.

🤔... kalau "PELAKOR" pun mcm tu la agaknya kot?.   TERcuri somi org sbb somi sendiri bukan pilihan sebenar.. hik2... jgn mare!.  Miss Mirror gurau je k.


4).  Jika anak anda kurang keyakinan diri.. ada kemungkinan anda lebih banyak menasihati dari memberikan mereka semangat dan perangsang.

5).  Jika anak anda penakut,  mungkin sejak kecil anda manjakan, (cepat memberi pertolongan) ..  ni Ain tak terkecuali, takut labah2... takut lipas.. abah dia manjakan la kot.. hihi.   Jgn marah ye IRP.


6). Jika anak anda suka BERBOHONG, ada kemungkinan anda mudah overeact kesilapan2 mereka di masa silam.   Mereka jadi takut untuk bercerita kisah benar lagi.


So mommies...  I would love to emphasize the second point,  "kurang memuji".   Words are impotent to eulogize their kindness... so,  puji lah mereka tiap kali dapat result apa2 pun atau time siap menolong anda kemas umah ke.... "you are beautiful", "you rock.. man",  "good job", "great work", "you are fantastic", "you did it", "cracking job"  and bla bla bla..

Ok. Bye.



Thursday, March 7, 2019

Idiom 5

Assalamualaikum...





Idiom

Moon light

Maksud dia membuat kerja sampingan... atau duit tepi, selalunya dibuat secara rahsia2.   Ni bagi yg terikat dgn kontrak keja la kot..

Cerita pasal moon light tapi gambar lampu jalan plak.. haha..   malam ni bulan tak timbul la uoll.. dah masuk Rejab.

Contoh ayat  :


"Some actress also earn additional income by moonlighting other jobs, such as modelling, brand ambassador etc."






Idiom 4

"Dan bila kau hadir bagai satu misteri
Ternyata diriku bagai sudah diJAMPI...
Dan bila kau hambakan hatiku kembali...
Ternyata hanya kau harus aku cintai.."


Hello... anda fikir saya ada masa nak menjiwang?.    Tak de... tak de.. takde..
Ini Makcik nak cerita tentang perkataan JUMPY... di mana bunyi dia macam lagu jampi tu lah ye murid2..






"My cat gets very JUMPY when he's alone in the house."




Jumpy ialah nervous, gubra...  ser ser ser...
di mana jantung pun berdegup2 keseraman...


p/s   :   cemana nak masuk Guiness Book Of Record... dah ptg baru masuk post ke dua.. haha..   btw.. ni vocab tapi boleh la masuk kategori idiom kot?.   Sukati kau lah Sammm..

Idiom 3

Assalamualaikum guys...

Binge blogging today to post more idioms.  I could write "until the cows come home"... guys.   Hope to be listed in The Guiness Book of Record... haha.

I craved the cookies my "Ah Soo lao ban" made in her cake house 28 yrs ago but I don't have a recipe, so I just "winged it " last week.  Emmm... it was not bad.   Yummy and crunchy.

"Lao Ban" in mandarin means "boss" or taukey.
"Ah so" is auntie...





Idiom

"Cast Iron Stomach"


Maksudnya perut yang kebal... makan apa-apa pun tak mendatangkan kemudaratan atau keracunan. 

Macam cast iron pan... kan mahal beratus2 tapi tahan lama.

Wednesday, March 6, 2019

Idiom 2

Assalamualaikum..

Hi again!. Thanks for sticking around.


It's cloudy out side..






IDIOM

"Every cloud has a silver lining".

Awan gelap selalu disulami dengan jalur-jalur keperakan..

Maksudnya setiap masalah, kesakitan dan dugaan-dugaan yang Allah beri di dalam hidup kita... pasti ada fadhilat2nya yang tersendiri.



Fadhilat2 tu kadang tak nampak sekarang.. tapi masa akan membuktikannya. 



p/s   :    bila scroll balik entry... laa baru 2 je rupa2nya koleksi idiom yg ai tulis selama ni.   

Kalau Muka Tak Cantik Macam Mana Nak Cari Jodoh?.

Bukan pengikut  Lady Gaga,  malah  tak pernah ambik pot pun pasal beliau... tapi disebabkan video ucapan dan tangisannya masa menang OSCAR kemarin asik lalu lalang dan ayat-ayatnya agak menginspirasikan.. maka gigih ai paterikan kat sini..

                                  Pic tiada kena mengena.. sekadar hiasan



"......all I have to say is that this is hard work. I've worked hard for a long time, and it's not about, you know...it's not about winning. But what it's about is not giving up.  If you have a dream, fight for it. There's a discipline for passion.  And it's not about how many times you get rejected or you fall down or you're beaten up. It's about how many times you stand up and are brave and you keep on going. Thank you!"






Ya la kannn....  If you have a dream.... fight for it... gurlz.    There's a disipline for passion.  Soal   jodoh  pula usah dipikir sgt..  serahkan kepada Yang Maha Esa je.   So selagi uollz muda belia ni... kejar je lah cita2 dlm pelajaran sehingga mampu membahagiakan orang tua.


Pebenda tetiba cerita pasal jodoh plak ni?.   Oh sebab aritu ada kawan ai minta bincangkan topik ni...  tapi berhubungkait dgn anak beliau. Sorry lah ai blogkan kat sini plak..  sesaja k!.  Kot ada yg ingin memberi buah fikir... kita raikan perbezaan.  Lagi pun bukan anak you je yg pernah suarakan dilema ni...  kawan ai pun ada sorang yg inferiority complex sgt macam ni..  sokmo ngadu.


Topik dia.... "kalau muka tak cantik, macam mana nak cari jodoh..?".

Kami belek2 pic.   Hidung mancung.  Cantik!.  Kulit hitam manis.   Remaja sunti lagi.  Emmm... btw,  elok juga kalau tak perasan cantik,  di situ dah timbulnya satu kecantikan.

"Kenapa boleh terasa macam tu?".  Soal kami sebagai panel "hakim".

"Mungkin sebab kawan2 lain dah ada boy friend kot?".

Ohh  I  see.    Kasihan ye.    Lagi pun muda sgt.

Well.   Ada boy friend bukan penanda aras KECANTIKAN..  tak ada boy friend bukan petanda tak cantik.    


Lagi pun cantik itu kan subjektif.  Boleh jadi kecantikan mu tidak "diiktiraf" oleh masyarakat sekolah mu atau kampung mu...  tapi.. mungkin di negara lain kau umpama ratu.  Ha gitchew..

Yang pentingnya... asli.  Tak pakai susuk atau seumpamanya.   Jika redho atas apa yg Allah kurniakan apa adanya... inshaallah ada la tu jodoh yg baik menanti.  Optimism is a happiness magnet, if we stay positive.. good things and good people will be drawn to us. 

I have seen beauty in people who were call UGLY and I have seen the devil in the most angelic faces.




P/s  :

Jodoh kdg2 muncul dlm situasi yg tak disangka2...   tak semestinya cuma dlm ruang lingkup kita sahaja..  dunia ini luas.   Dan bila ia muncul... kadang2 tak sampai seminggu berkenalan pun tetiba meminang... begitulah keajaiban Allah.



Tuesday, March 5, 2019

Lunch Box

All these lunch box menus need to be featured in here...  untuk kenangan mereka.   Selalu bawakan juga mereka duit poket sorang 5 dollar.. tapi kalau mama dah bawakan bekal,  duit tu boleh la simpan untuk masa depan.




Ni kalau mamanya dah busy and ketandusan idea sgt!.  Tak koser nak buat bulat2. 



Mee hoon  "pandai".   Walau tak sempat beli tauge atau seumpamanya ... tak gamak nak sebut sbg "mee hoon b***h".  Haha..



Speghetti aglo olio.   Ada extra 1 box sebab Ain pun ada kelas pagi ketika itu.



Ok lunch box arini.  Tortilla  -  jenis malas nak marinate ayam.  Kita "bakar" ayam dlm kuali je.. lepas bubuh mix herbs.   Pastu hiriskan salad dan bubuh la sos kegemaran or mayonese.


Ok lah... assalamualaikum... bye