Showing posts sorted by relevance for query Kain samping. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query Kain samping. Sort by date Show all posts

Wednesday, July 10, 2013

Kain Samping Raya - Perlu ke beli tiap tahun?

Assalamualaikum w.b.t  and afternoon great people!

Tampak segak bila lelaki berkain samping.  Samping ke sampin?.   Apa2 je la kan, as long you all paham apa itu kain samping.  

credit to google



                        




kain samping kanak2 tak mahal mana...  RM10 - RM15 dah bleh dapat.  (gmbr atas :  baju raya Shashal dan Qistina taun lepas).


Tapi kain samping org dewasa yg diperbuat dari tenunan songket bukan la murah, paling2 mencecah hingga RM200.  Kalau nak yg murah pun paling2 RM35 jenis macam kain pelikat tu.   Oleh itu, nak tanya ni....  tiap taun ke you all perlu beli kain samping baru utk menyuai padan dgn ton kaler pada tahun tersebut sedangkan diorang pakai tak sampai beberapa minit sekadar untuk bergambar pastu bila panas diorang bukak.


Selera memasing la kan, ada certain orang just mengenakan baju Melayu dgn jeans... tapi kalau aku, aku memang suka  "paksa" laki aku pakai satu set dgn samping (kalau boleh siap bertanjak... hahaha) sebab bukan selalu pun nak berhensem dgn pakaian tradisional melainkan di pagi raya.

elok kalau jadi macam Arwah Bang Sudir ni, senada semua from top to toe..


Untuk menjimatkan, kita kena beli kain samping yg agak berwarna warni, so boleh masuk untuk semua kaler dan tak perlu la kita kena  beli tiap taun.   Sebenarnya aku pun bukan beli yg mahal beratus tu (kedekut punya bini.. kah3),  dah pernah belikan mahal2 masa hantaran kawin  dulu2 tapi entah lesap ke mana... Aktiviti berpindah2 rumah punya pasal kot.


Cara menjaga kain samping sebaiknya hantar dry cleaning... tak kan nak masuk dlm mesin basuh plak kan?. Ok lah... nak sambung baca novel (misi mengurangkan bercakap sempena menghormati ramadhan).


p/s. :.   Oh suami, tapi kalau ai tak perlu bersamping.. sebab ai dah bahagia di SAMPING mu... wakaka..




Monday, March 3, 2025

Dapat Kain Samping Percuma Dua Helai

Assalamualaikum uollz! 

Masa zaman raya ai tak berapa best dulu (sekarang dah best ler, kan dah semakin purba 😂😂. Alhamdulillah), ai pernah buat entri bertajuk “Perlu ke beli kain samping setiap tahun?”. 

Jika soalan itu ditanya lagi pada tahun ini, jawapan ai ialah… 

“Tak perlu!!!” 

Sebab? 

Sebab kami dapat percuma je, 2 helai uollz!! 





Ni lah fadhilatnya beli baju raya lambat (lambat ler sangat kononnya), tup tup dapat free kain samping sekali. Rezeki my husband, dapatlah dua helai. Nyesal pulak belikan si bujang ai awal-awal sebelum puasa, masa tu tak ada pulak offer kain samping percuma ni semua. 




Beli 2 helai baju melayu di Jakel sebenarnya, lantas dapat kain samping sekali.  Tanjak je dia tak bagi.  Tapi ni sehelai baju lagi tak ada stock, dorang tengah tempahkan.  Mungkin “roy” sangat kot my hubby sampai baju pun tak ada stock dalam kedai. 😂😂



Monday, August 22, 2011

Dah buat checklist dah?

Dah packing untuk balik kg dah? Checklist dah buat? Kalau belum, biar Miss Mirror tolong buatkan untuk anda... (pesal la Makcik ni terlebih rajin padahal kain dari ampai tengah membukit depan I ni... Ya Allah.. sapa nak tolong ni??)





Ok ini senarai-senarai yg patut anda fikirkan sebelum menzip bag balik kg anda :
1) Baju melayu suami
2) Kain samping suami
3) Baju kemeja suami
4) Seluar suami
5) Songkok suami
6) Butang baju melayu suami
7) Baju basahan suami
8) Deodorant, berus gigi, bedak, sikat suami
9) Baju raya diri sendiri
10) Tudung-tudung raya, brooch, inner, serkup, pin tudung.
11) Hand bag, angpow raya... kasut2 raya..
12) Lipstik, compact powder, cleanser, toner, cream siang, cream malam, cream hilang kedut... :P Ubat-ubatan, pil-pil perancang...oppss! Saya cuma nk ingatkan je... salah ker?
13) Haaa.. BERUS GIGI jgn lupa! Ubat gigi, listerin dll.
14) Emas sebungkal buat melaram di pagi raya... ;)
15) Mangkuk tingkat untuk ibu mertua, kuih muih
16) Baju-baju anak
17) Pampers mereka
18) Susu dan botol susu mereka
19) Baju sejuk - kot la sejuk dlm perjalanan kan.... lagi bagus kalau bawak selimut and bantal sekali.
20) Dah semua benda nak dibawak ni, dapur gas tak nak angkut sekali???



"Bawalah saya bersama..." kata cermin..

Mode : mengantuk... tapi belum lipat kain, belum menanak nasi untuk sahur....

Thursday, April 21, 2011

Jom antar baju raya!!!

Uoll dah buat baju raya? Aritu masa I gi alter 5 helai baju kat butik tu kan... Mak Nyah tu tak nak ambik lagi dah... dia kata dah tak sempat nak jahit lagi sebab customer dah start antar baju raya... mak aiiiii semangat betul la uoll ni. I blom beli apa-apa kain pun....

Antara baju2 yang I baru ambik dari butik semalam. Yang hitam tu jubah yang Datin Z hadiahkan itu ari, alhamdulillah.. dah muat dah baju tu kat badan I akhirnya... nanti senang2 I peragakan ya Datin.

Sib baik la masih ada butik yang sanggup tolong I alter baju-baju ni semua ---> walau tak menepati kehendak, dah janji kata bubuh padding pun dia tak bubuh. Disuruh pasang butang mengerlip, dipasangnya butang malap... hmmm.... sabar je la..... dia terlupa agaknya yang dia tengah deal dengan seorang wanita yang cerewet particular bab-bab ni. :P

2 helai baju kebaya kemetot (spt gambar di atas) yang dah tak bleh nak ditolong lagi.. Moral of the story... lain kali kalau nak beli baju, biar yang betul2 menepati citarasa... kalau main alter-alter ni... kadang tailor pun malas nak buat.

I pun satu.... dah tau tak suka pakai baju kebaya kontot yang I beli tu buat apa la kan?






susah-susah I pakai je kain samping mcm ni...
hehe... ok ke?


Masih ada alternatif lain sebenarnya, baju kebaya kontot tersebut boleh dilabuhkan menjadi sehelai gaun ala barbie doll spt gambar di atas... Anggun kan?


MOTIF ENTRY INI : Sekadar ingin beralih seketika dari isu masak-masak..

Thursday, August 16, 2012

33 Checklist sebelum anda balik kampung

Sebelum you all balik kampung, meh la I tolong buatkan checklist...

1).  Baju raya diri sendiri
2).  Baju raya suami
3).  Baju raya anak 1, anak 2, anak 3 dan seterusnya..
4).  Present raya untuk MIL
5).  Present raya untuk ibunda sendiri
6).  Kuih raya dah susun atas meja...
7).  Kasut raya diri sendiri
8).  Selipar basahan utk kegunaan di kg


9).  Kasut raya suami, stokin dll
10).Kasut raya anak 1, 2,3 dan seterusnya
11). Selipar anak2 (tak kan takat nak main beskal laman rumah pun pakai kasut raya kan?).
12). Berus gigi, ubat gigi, sikat, cleanser, perfume dan yg seumpamanya...
13). Sepit kuku
14). Kain samping, songkok
15). Tudung2 utk si anak dan diri sendiri

baru aku terperasan - tiap kali beli sandal aku terbeli warna merah - ni yg last 2 years punya

16).  Telekung
17). Laundry basket, plastik sampah (utk kegunaan laundry bila balik rumah semula)
18). Lappy, handset, camera dan yg seumpamanya.
19). Brooch dan aksesori2
20). Ubat-ubatan
21). Handbag2..
22).  Charger
23). Inner at least black and white
24). Baju2 basahan jgn lupa bwk .... tak kan nak tido dgn baju Melayu mcm si Ikram  ASMARADANA plakss...  hahaha... kagum aku ngan si Ikram, rajin bercekak musang sampai ke pagi. (tak sangka kan skrg aku dah TERtengok drama Melayu.... ni semua salah si tenet aku wat hal itu ari le).
25). Duit raya yg sudah bersampul
26). Hamper raya kpd jiran tetangga telah diagih2kan.
27). Peti ais telah diclearkan.... unless kau sgt confident tidak berlaku blackout (disambar bledek), kalau tak... membusuk la segala lauk pauk dlm tu, seminggu cuci peti ais pun tak ilang2 beb!.
28). Pokok2 bunga telah dikeluarkan ke ruang yg berhujan
29).  Anak2 kucing, rabit, tikus dan sbgnya  jgn dikurung dlm rumah plak... meninggal la plak nanti.
30). Segala pintu telah dikunci dan alarm dipasang (jika ada).
31). Homework anak2 telah disiapkan.
32). Bawa beg sekolah mereka jika perlu
33). Nombor tepon jiran jgn lupa simpan

Ok la itu je... semoga ceria di pagi raya.



Tuesday, September 6, 2011

Bijak dan tak bijak yg pernah kuperbuat untuk raya kali ini

Dah seminggu dah rupanya kita menyambut raya... maka Miss Mirror pun ingin muhasabah diri, ~ apa yg bijak dan tak bijak sepanjang raya 2011 ni yg telah aku perbuat :-

Nak senaraikan yg tak bijak dulu.... ngee.... ;)

1) Aku rasa... better next year beli je la selai baju ya Puan Sam a.k.a Miss Mirror. Yang aku ni beli sampai 3, 4 helai pun takde maknanya... bukan beraya ke mana sangat pun sudahnya. Ada selai lagi baju tu, sampai sekarang tak terusik lagi.

2) Aku tak tau la sama ada ini perasaan aku je ke atau apa.... dalam handbag aku ni ni kan....sebenarnya ada bermacam-macam alat make up.... dari toner, krim siang, maskara, pelentik bulu mata yg karen tu, blusher mahupun apa saja yg retis2 tu pakai... tapi ko nak tau... sudahnya bila raya menjelang, aku bukan pakai pun (kecuali lipstik and bedak tu wajib le kan)... perasaan aku macam berkata-kata, makin ku make up makin tak berseri je rasa muka aku ni (bukan nak perasan yg aku ni natural beauty... sbb kalau aku tak make up langsung dah cam mayat gak muka aku ni.. cuma tu la.. lately ni aku rasa macam tak selesa nak make up... nak kata pembawak budak, aku tak pregnant la pulak). Entah la kenapa aku jadi macam ni...hahaha. Mungkin nak suruh aku jadi kaya kot... berjimat cermat.


Make up remover ni tak terpakai sudahnya sebab
takde benda yg nk diremovekan dari muka aku... hehe
eh muka plak.. ni untuk MATA shj ya..

3) Lain kali kalau nak beli baju raya anak-anak, beli awal-awal.... jgn mcm aritu.... takde keselesaan langsung bersesak2, sudahnya beli pun pakai capai-capai je... menawar pun tidak, padahal banyak lagi baju2 yg jauh lebih cantik dgn harga yg jauh lebih berpatutan di luar sana.

4) Sampai ke arini tak berkesempatan lagi utk puasa 6..... memang kurang bijak.

5) Tahun depan pun aku tak nak beli kain samping untuk laki aku..... tahun ni punya la lawa aku beli, dia pakai tak sampai pun setengah jam (untuk ke surau solat raya) pastu balik terus gantung tukar dgn jeans.. blom pun sempat bergambar. Sayangku IRP... sampai ati kau laling.



sekadar gambar hiasan - ni semua anak sedara I..
yg I temui di pagi raya pertama

Yang bijak.....( dengan bangganya ingin menulis apakah perkara bijak yg telah aku lakukan untuk raya kali ni).

1) Kan aku cakap itu ari, kuih raya aku cuma 2 jenis je tahun ni.... ha bijak la tu, rumah aku ni bukan ramai pun orang datang... duduk kat kawasan "1 Malaysia" ni kan... mana ada marhaban2 macam kat rumah korang.. Tapi kan... tetiba aritu kuih aku ni bertambah jadi berjenis-jenis sudahnya... di penghujung ramadhan tak semena2 tetiba jiran-jiran aku ni bagi (diorang ni gaknya baca blog aku la... kot2 simpati bila aku cakap kuih aku cuma 2 jenis... lol). Pastu adik aku bagi jeruk Penang plak... sedapnyaa, then MIL bagi 2 bungkus kerepek-kerepak, tu pun sib baik bila MIL offerkan dodol, aku cakap tak nak sebab aku bukan pemakan dodol yg tegar... kalau tak.. jenuh gak nak mikir sapa yg nak tolong aku abiskan kuih2 ni semua.


2) Peti ais aku pun sangat bijak tahun ni.... dulu2 peti ais aku pernah tak jadi bijak sebab time aku tinggalkan balik kampung ... blackout... habis semua ayam itik yg ada kat dalam tu. Itu satu hal la... tang bau dia yg susah nk hilang tu.. memang makan ari nak ilangkan. Dan lebih bijak lagi sebab lauk pauk pun kami dah clearkan sebelum balik kampung aritu.

3) Aku tak beli kasut raya baru tahun ni.... memang sangat bijak.

4) Aku tak beli baju raya sedodon dgn IRP and Shasal tahun ni dan takde pun orang menegur... nak kata bijak sangat tu tak la.. tapi rasa berbaloi sebab aku rasa tertekan bila terpaksa mengenakan kaler2 yg aku tak berapa suka hanya semata2 memenuhi tuntutan warna senada. Tapi yg penting, baju2 aku senada dgn anak2 perempuan. Kira ok la tu kan.....

Mudah-mudahan menjadi pengajaran buatku untuk raya-raya di tahun hadapan..

Sunday, July 31, 2011

Kacaknya Lelaki Bila Mengenakan Baju Melayu...

Persediaan untuk solat terawih. Jangan lupa masukkan ke dalam beg balik kampung...


Baju raya IRP tahun lepas - Baju Melayu Teluk Belanga
siap-siap untuk dibawa pulang...



Jubah Shashal yg dah ari2 pakai ketika mengaji
dan solat Maghrib.. Maghrib je anak bujang I tu solat..
hehe.. budak tgh baru nak belajar katakan..





"Pah... mana butang baju melayu abang Pah" Kata Abang Jamil ;) Jika tetiba suami anda mengulangi dialog ini kepada anda di suatu malam yang hening? Adakah anda akan ser ser ser?

Jarang kaum Adam ni nak pakai baju Melayu untuk hari-hari biasa kan? Kadang menghadiri majlis perkahwinan pun mereka lebih selesa mengenakan kemeja mahupun t.shirt. Alangkah ruginya mereka.....

Rugi? Kerana kalaulah mereka tahu... betapalah hensemnya mereka bila mengenakan baju Melayu. Serious!! Ish ish memang hensem...

Ya Allah, kacaknyaaa, tampannyaaa, segak. Kenapa la kau kacak sangat?? (Tetiba ku menjadi gedix plak). Yang selalu nampak tak kacak pun kelihatan sungguh perkasa bagaikan Hang Tuah. Apatah lagi bila dikenakan dengan kain samping songket. Memang kacak gilalah!!! Baguslah kalau korang malas nak pakai... nanti ramai plak gadis-gadis gedik tergoda, susah pulak nak buat pilihan.

p/s : Tetiba teringat time raya2 ketika remaja... opppsss.... IRP lalu kat sini plak... tak jadi nk crita. ;D

Sunday, August 4, 2013

Upkan balik CHECKLIST BALIK KAMPUNG

Upkan balik checklist balik kampung   ni untuk rujukan diri sendiri...

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN BUAT SEMUA dari Puan Mirror sekeluarga.... especially buat teman2 blogger, followers dan silent2 readers..


1).  Baju raya diri sendiri
2).  Baju raya suami
3).  Baju raya anak 1, anak 2, anak 3 dan seterusnya..
4).  Kuih raya dah susun atas meja... (huhu... mcm la byk sgt, siannn aku taun ni xde buat kuih raya pun)
5).  Kasut raya diri sendiri
6).  Selipar basahan utk kegunaan di kg
7).  Kasut raya suami, stokin, songkok (blom beli lg) dll
8).  Aksesori2
9).  Kamera
10).Kasut raya anak 1, 2,3 dan seterusnya


mempacking baju adalah saat paling membosankan... apatah lagi bila ruang kereta adalah terhad.. :(


11). Selipar anak2
12). Berus gigi, ubat gigi, sikat, cleanser, perfume dan yg seumpamanya...
13). Sepit kuku
14). Kain samping suami dan anak bujang
15). Tudung2 utk si anak dan diri sendiri (termasuk juga tudung2 basahan)
16).  Telekung
17). Laundry basket, plastik sampah (utk kegunaan laundry bila balik rumah semula)
18). Lappy, handset dan segala gadjet
19). Brooch2
20). Ubat-ubatan dan supplement
21). Handbag2..
22).  Charger
23). Inner at least black and white
24). Baju2 basahan (baju2 kelawar, tikus dsbnya)
25). Duit raya yg sudah bersampul
26). Hamper raya kpd jiran tetangga telah diagih2kan.
27). Peti ais telah diclearkan (mungkin x sempat abis kot... tawakal je la, harap2 tak blackout)
28). Pokok2 bunga telah dikeluarkan ke ruang yg berhujan
29).  Anak2 kucing, rabit, tikus dan sbgnya  jgn dikurung dlm rumah plak... meninggal la plak nanti.
30). Segala pintu telah dikunci dan alarm dipasang (jika ada).
31). Homework anak2 telah disiapkan.
32). Bawa beg sekolah mereka jika perlu
33). Nombor tepon jiran, pak guard jgn lupa simpan utk saat2 kecemasan.


Harap2 takde yg tertinggal.



Tuesday, July 1, 2014

Checklist rayaku..

Tajuk memang tak mesra SEO langsung...  dan aku percaya takde sapa pun nak google ..hahaha. Maklum.... ku bukan sang diva bak Tok T mahupun bangsawan terkenal bagaikan Kate Middleton.    Tapi aku tetap syok sendrii nak tulis checklist2 ni semua supaya senang nanti aku nak budget.


Baju IRP dan Shashal dah settle aku belikan itu ari.  Bagus deal dengan org lelaki ni.... dorang tak cerewet... redho je apa2 kaler aku belikan. Alhamdulillah.  T.kasih suami dan anak di atas sikap redhomu.


Bebudak pompuan je yg cerewet sikit, maka ada beberapa kelengkapan yg masih blom settle lagi.... antaranya :-


  1. Nak beli sehelai lagi  baju Ain - mungkin baju kurung moden kot.. utk first raya..  sebab dah belikan dia sehelai itu ari, berhimpit2, berpeluh2 menunggu giliran semata2 nak dapatkan jubah itu ko tau!, tetapi demimu anakanda tercinta, kugagahi jua.  Dengar tu Ain!.
  2. 2 helai baju Qistina - patut dah beli dari hari tu.... tp dah sampai kedai dia tak mo... cerewet anak aku yg sorang ni.
  3. Beberapa helai baju kasual utk kanak2 tersebut.
  4. Kuih  - kalau rajin nak ajak bebudak tu buat kuih sejenis dua sekadar buat happy2... (dah order sebalang dari Pakcik Aim TIJB - bangkit cheese).
  5. Mentua aku request - dulang tingkat ala2 inggeris style..  tlg ingatkan aku utk beli... kang terlupa, jatuh plak kredibiliti aku sbg menantu mitahli..... ngeh ngeh ngeh..... gulp!.  
  6. Kasut nak beli ke tak ea?.   Mcm malas plak la nak beli kasut.   Maksud aku.... kasut aku.  Kasut bebudak tu - wajib beli, tak baik kan kedekut ngan anak.   Nanti tua2 anak2 plak kedekut ngan kita..... (haha..saja gurau).   
  7. Kain samping Shashal + tudung2 Qistina & Ain.
  8. Entah la... tak tau la nak belikan apa utk emak aku?.   Kalau dibagi duit pun dia selalu pulangkan balik..  pelik dgn org2 tua zmn skrg ni, dah banyak duit gamaknya. Hahaha..  Korang beli apa utk mereka?. 
  9. Lain2 - rahsia........... krik krik krik.

  
       
SQA Toi Galery  pun ada jual jubah  sedondon utk mummy and daughter -  berminat nt bleh roger2 ai kay!







Thursday, July 28, 2011

Bersantai-santai..

Menghadap sebakul kain yang belum berlipat sambil mendengar lagu raya.. si Shashal bergolek-golek di atas tilam meminta I mengeja itu dan ini. Penat gak nak melayan dia mengeja, hampir semua perkataan yang ingin dibualkan semua nak dieja. 

"Ma.. cuba Ma eja TOMMORROW NO SCHOOL"



Syyy diam-diam. Mama nak mengeja lagu-lagu ni plak.. 

Duhaii Bonda 
Duhai Ayahanda dengarlah rayuan anakanda yg jauh di mata 

Tanpaa kusedari air mata ku mengalir terdengar ayat paluan seruan takbir 
Betapaa daku gembira jika di samping keluarga di pagi mulia hari raya 

Kann ku sujud di kakimu 
Bila kita bertemu 
Kan ku cium tanganmu 
Ku pohon restu 
Oh maafkan daku kesalahan diriku 

Walauu jauh di mata namun kau tak dapat ku lupa doaku sepanjang masa agar kau bahagia 

ku pohon restu darimu oh ayah dan ibu agar tercapai citaku membela nasibmu 

Kann ku sujud di kakimu bila kita bertemu kan ku cium tanganmu ku pohon restumu oh maafkan daku kesalahan diriku (2x)


 
Salam Ramadhan buat semua muslimin dan muslimat, pohon maaf Miss Mirror pinta andai ada kata-kata yg pernah menyinggung perasaan, termasuk bakul, tergedik2 dan apa-apa je yang mengganggu pandangan anda di ruang blog ini. Nampak gaya mcm ramai org tgh sibuk membuat kuih je sekarang ni.. (mana I tau ni?).. Ada la..... I bleh nampak... "CCTV" I kan bleh berkata-kata. Hmm ajaib kan?

Monday, November 17, 2014

kemurungan

Syyhhh diam.  Jgn kacau ai.
Ai tgh kemurungan ni Dik Non..
sebab tetiba, tak semena2..
ternampak
emas 916 ala pandora kat kedai
tadi.. cumil2... mcm ai.  Selalu cuma nmpk kat fb  je..
 Haih...kalaulah apek tu pakcik ai....
mau ai pujuk dia bg diskaun 90%.



Arrgghh. Tu semua donia semata!
Dunia makin dikejar makin berlari.
Jom kita "kemurungan"kan benda yg
lebih berfaedah sikit. Tentang markah dlm solat.  Telekung lycra rupa2nya
camtu hukumnya erkkk??. (Google
sendirilah.. ai malas nk ulang tayang).

Ai pun nak jugak markah lebih dlm solat mcm korang.. ada telekung tebal,
kain yg sedap.. Ai akui.. mmg telekung ai lycra pun.. tp ai solat bukan kat depan non muhrim mcm korang rajin gi mesjid gitu kan?. Ai ni homely type.  Tapi nak la jugak markah byk dgn telekung yg lebih proper sikit.

Jadi!!.  Pekata korang hadiahkan sehelai.. mudah2an sirna kemurungan ai ni... di samping korang pun dpt pahala.  Wassap ai tau... 0143832069.  Kekeke.  Niteeeeee.





Friday, May 28, 2010

SUKARNYA MEMBUNUH KENANGAN ........(pahit)

Mengapalah dikenang
mengapalah difikir
dia yang telah pergi
biarkan ia pergi
ku rela jadi pengganti..



Wah wah wah................ apa menjiwang2 pepagi nih!!!? Alahai.......... jgn la salah sangka. Malam tadi masa dlm keta, tetiba je I teringat Herman Tino si kain pelekat tu..... (artis 80an).... so, I pun menyanyilah lagu ni untuk menghiburkan hati si machoku yg sedang drive di samping nak menguji tahap memory I yg I rasa ada potensi macam nak lupus je akhir-akhir ni......... sebab apa.......itu ari kawan2 I kat FB ada mengimbas kembali kenangan zaman persekolahan, tetiba je ada satu memory yg diorang sebutkan tu macam terdelete plak la dari kotak ingatan, nak recall2 pun still tak ingat..... kalau terdelete sama memory hati I disakiti oleh satu minah terlampau tu kan ke bagus...... ni tidak.... asal nampak minah tu je hati I sakit......... asal ada org suggest frenz keluar nama dia je hati I sakit..... cemana lahaiii..... tak baik tau............ sedangkan Nabi ampunkan umat.







Macam mana tak sakit hatinya I ni puan2......... luka dilukai...... bukan sebab dia kebas cinta monyetku pun... cuma I pelik napa la dulu makcik ni suka busy body ngan I.... tu yg memory tentang minah tu susah nak dilupakan tu........... kalau busy body sikit2 tu takpe la..... ni busy body terlampau mengalah movie ANDARTU TERLAMPAU.... pendek kata dah ibarat "jarum peniti di tudung orang lain nampak, paku kat tengkuk sendiri dia boleh tak perasan".... begitu la bidalannya yg I boleh ungkapkan tentang Cik Minah sorang ni.... sampai mengganggu pembelajaran I tau tak, hingga I menangis siang malam, pagi petang.... memang terlampauuu!!!..... heeeeeee tu yg kenangan pahit tu masih terpahat hingga kini mengalah memory I pada lagu2 Herman Tino..... macam nak operate je hati I ni I keluarkan....cuci2 dalam air zam-zam.....then agaknya baru I boleh lupakan tragedi luka itu.







Tu ler yg I nak pesan pada adik2 kat sekolah tu, especially yg duduk asrama reramai tu ler..... kalau kita nak menegur seseorang tu pun... tegur la dengan cara berkhemah........ fikir dalam hati tu :-


1) "aku nak tegur dia ni... sebab aku rasa aku sayang dia ke atau sebab sebenarnya aku jelous dengan dia?.   Kalau niatnya mulia tak begitu caranya.. sebab ni sampai menghina begitu teruk sekali."


2) "dia tengah tensen study... agak2 kalau aku tegur ni.... mengganggu tak study dia?"


3) "aku ni dah perfect sangat ke nak tegur dia?"


4) "kalau aku buat kat anak aku macam ni anak aku happy tak agaknya? Anak aku dapat study tak? Anak aku boleh senyum tak? Anak aku pindah sekolah tak ?". Cuba la imaginekan kalau2 benda tu orang buat kat anak korang!!!! Sakit ati tak kau???!!!!!!!!!!.




Itu je yg akak nak pesan kat you all ya adik2..... budak2 nak gi sekolah nak belajar.... bukan nak tensen dan disuapkan dengan permasalahan remeh temeh, ini tak kena, itu tak kena, hello!! Very de busy body!!!


Sib baik tau berbelas tahun dulu I takde blog.......... kalau tidak...... Uncle Nuff pun tak akan sudi tinggalkan iklan2nya kat blog I ni sebab penuh luahan perasaan geram I atas sikap minah terlampau yg I sebutkan di atas tu.  Napa terkebil2 bila I sebut tentang Uncle Nuff........ tak logik ke?


Ya ler.......secara logik pun...... ada patut ke kalau kita ni asyik melepas geram je kat blog pastu blog kita jadi pilihan pembaca? Ada logik ke? Lain ler kalau kita ni artis......... contoh kalau kita ni si Nora Danish ke Ina Naim ke..... meluah rasa geram kat blog..... tentulah makin berduyun orang nak tahu...


Ni takat ai-ai ni nak luah kesal dengan minah yg sorang pun tak kenal dia kat alam perBLOGGERSan ni... mcm mana org minat nak baca. Menjatuhkan ranking alexa I jer tau!!


Ini ler N3ku yg paling merapu abad ini........ sorry.......sebab pepagi ni tetiba ada org suggest fren dia lagi... tu yg emosi I kurang stabil tu... hilang selera nak makan... please la ..lain kali suggest la nama org lain yg glamer sikit. Sorry eh.. I hanya accept orang2 yg glamer je jadi fren I... psstt!!!... kan ke dulu minah ni jugak yg mencanang kat semua orang bahawasanya....








"Sam tu hanya pilih kawan yg GLAMER je".


Fitnah!!!!!!!!!!!!!! Enjoynya kau memfitnah orang tanpa memikirkan reputasi orang yg kau fitnah itu.


So what??? Kau dah glamer ke tak sekarang? Tak glamer takyah cari aku!!!!! Dipersilakan mem'block aku dari FB kau tu dgn segala hormatnya. Go to hell la kau Kak!!!!. Macam bagoz!!!. Meluattttt!.


P/s :.

Eventually, I come to a point in life where I don't care any longer about proving or finding myself because I know who I am and so busy doing my own business that I don't give a darn what anyone else thinks. The truth is that we're here to honor our body and our soul. Be ourself. Love ourself. Love Allah. Live the best way we can.