Wednesday, December 31, 2008

CATATANKU UNTUK TEMAN-TEMAN

Assalamualaikum semua.
Miss Mirror (MM) terlalu sibuk dengan urusan peribadi hingga tidak berkesempatan untuk mengemaskinikan blog ni.


MM ucapkan Selamat Bertemu kembali kepada sahabatku Jen.. Hai Jen!!! InsyaAllah jika berkesempatan MM akan copy paste buku hadiah Jen dulu yang berkaitan Amalan Sepanjang Hayat. Ianya sangat MM hargai dan InsyaAllah akan MM perturunkan kepada anak dan cucu.


Kepada KN, teruskan usahamu untuk berbisnes Kuih Peneram tu. MM sentiasa menyokong dari belakang tabir. Mulakan kesempatan yang diberi oleh-Nya itu dengan sebaik-baiknya semoga langkah yang seterusnya KN akan lebih bersemangat lagi. Mana tau ada kawan2 kat sini yang berminat nak order.. siapa tahu kan? Bio-asli pulak teruskan dengan cara enjoy!! Kita berbisnes dengan cara enjoyy!!!! Opps terlebih sudah. Umur kita semua dah nak masuk 36.
Terima kasih yang baru sahaja mendaftar menjadi ahli tu.. MM tak nak glamerkan nama makhluk tu kat sini sbb nanti glamer sangat susah pulak. Semoga dapat membina empayar yang lebih luas lagi nun di Penang tu ya Mat..


Ok... MM juga mengambil kesempatan ini untuk Mengucapkan Selamat Tahun Baru 2009. Azam baru? Sebagai muslim seelok-eloknya kita berazam menjadi muslim/muslimat sejati, tanya kepada diri adakah tanggungjawab kita kepada suami dan anak-anak semakin ke arah yang positif atau sebaliknya, ibadah kita semakin consistent atau semakin teruk. Bukankah itu yang lebih baik? Semoga terus sukses.
Anda boleh tinggalkan message di ruangan komen di bawah ni jika sudi.. MM akan jawab bila berkelapangan nanti sebab hari ni MM ingin meluangkan sedikit waktu untuk persediaan anak-anak yang bakal memulakan persekolahan. Sedih MM bila cuti dah nak berpenghujung ni sebab jerit pekik anak-anak tu dah merupakan satu melodi di waktu pagi. Tinggal si bujang yang tidak habis-habis dengan koleksi kereta toynya tu. Nanti MM uploadkan gambar koleksi keretanya tu. Mungkin juga anda ada koleksi2 atau hobi yang ingin dikongsikan pada MM, silalah email ya. Kita berkongsi hobi di sini ok.
You know what, sebut pasal gambar ni hari tu MM berbual dengan seorang pemandu pelancong, dia kata pernah bawa seorang artis ni (tak payah sebut nama la tapi terkenal la kat M'sia ni), dia kata artis tu enggan ditangkap gambar sebab takut kena mandrem. Ish.. ish ish... tak paham la MM, habis selama ni gambar dia terpapang kat media tu apa cerita.





Saturday, December 27, 2008

DOA AKHIR DAN AWAL TAHUN (1430H)

Doa akhir dan awal tahun ...
HARI NI YA DOA-DOA DI ATAS KENA BACA!!!!Doa akhir tahun dibaca sebelum Maghrib pada akhir Zulhijah, bersamaan 28hb Disember 2008. Selepas itu selesai sahaja Maghrib, anda hendaklah membaca doa awal tahun pula.

Friday, December 26, 2008

LEPAK-LEPAK DI ORCHARD ROAD

Ronda-ronda Singapura....














Gambar kereta berhias dan Kedai 7 Eleven tempat kami membeli jajan-jajan untuk stok sebelum menonton Niang Rapik. Oh ya yang pertama tu... sudah pasti koleksi yang tak pernah miss untuk si bujang MM. Kalau ke mana-mana tak sah kalau tak order satu mainan kereta untuk dia. Kali ni dia memilih Ferrari berwarna hijau. Cukup la tu untuk membuat dia tersenyum sepanjang hari.


Hotel penginapan :   

Orchard Hotel Singapore
442 Orchard Road
Singapore 238879

Reservation   :   +65 67348595
Tel.              :   +65 67347766
fax.              :   +65 67335482
email            :  enquiry@orchardhotel.com.sg


Gambar ni MM tujukan untuk COMEI dan Kawan-kawan

LOUIS VITTON SALE  90%












Comei.... di Kota Singa, sewaktu MM melintasi bangunan kat gambar atas tu, serta-merta MM teringatkan Comei dan kawan-kawan. MM ketawa sendiri sampai hubby MM kata : "Apa ni tersenyum-senyum sendiri?"
Sudahnya kan Comei... MM beli la satu hand bag ni... tapi.... tapi... jangan menangis pulak. Relakss, belum habis cerita lagi ni...... Ha Ha Ha.. tapi Louis Miton da..(ada Ton Ton jugak hujungnya tu kan)... ha yang gambar kedua tu la.... Cantik tak? Boleh la kan... Murah je. Ada terjual betul-betul depan bangunan tu. Di depan bangunan tu ya Mak Cik.. diulangi...bukan di dalam bangunan tu, tak payah nangis-nangis. Actually tak singgah pun bangunan tu, sekadar lalu dan terkenangkan wajah korang mengenangkan cerita "lawak" kita tu. Lawak LV.

RONDA-RONDA DI KOTA SINGA

Assalamualaikum semua..
Sebaik saja Miss Mirror (MM) menyampaikan berita kepada anak-anak untuk ke Singapore, anak MM yg kedua, Qistina tu dah menjerit dah.. Bukan menjerit happy tapi...

"Apa Mama? Singapore? Takutlah Mama.. nanti ada hantu.... macam Cerita Hantu Singapura.." anak dara MM yang berusia 5 tahun tu sedikit merengek.






Ha ha ha. Ketawa MM dibuatnya. Tak kan anda tak tau..cerita Hantu Singapura di Asro Ria tu. MM minat sangat tengok cerita lakonan Hamidah Wahab tu. Bukan kerana fanatik dgn  cerita seram tapi suasana perkampungan yang ditonjolkan dalam drama tu menarik minat MM. Suasana ibu-ibu memasak nasi lemak, pokok pisang. Seolah-olah mengimbau suasana kampung MM sendiri. Teringat bonda tercinta ketika mengelap daun pisang untuk membuat kuih, kuih koci, kuih abuk-abuk atau pun lepat. Sekarang drama-drama kita dah jarang menayangkan kisah di perkampungan. Tapi sewaktu di hotel, MM sempat menonton drama TV3, Niang Rapik.... Ada unsur-unsur perkampungan. Itu pun hanya dapat menonton di penghujung cerita sebab malam tu kami ronda-ronda di Orchad Road... (ha gambar kat atas tu.. gambar kereta berhias).


Bersempena Perayaan Chistmas, pihak kerajaan Singapura mengadakan pameran kereta berhias. Memang meriah. Pelbagai bangsa memenuhi ruang jalanraya yang ditutup sementara. Lampu pelbagai warna bergemerlapan di sana-sini. Masyarakat tak kira tua muda menari berjoget, tarian pocho-pocho kot.. MM pun tak pasti. Mereka menari seiringan mengikut gerak lagu yang dimainkan.


Makanan? MM tak sempat ke Gelang sebagaimana yang direkmenkan oleh teman-teman untuk menikmati Murtabak Singapore sebab perarakan kereta berhias tu dah menarik minat anak-anak untuk menontonnya. Kesudahannya kami makan di kedai yang berhampiran hotel penginapan.



Sepanjang di Singapura, apa yang terbayang di mata MM ialah susah payahnya warga Johor yang pernah berhijrah ke Kota Singa untuk sesuap nasi menyara keluarga dgn bekerja kontrak membuat bangunan sedikit masa dulu. Semoga Allah memberikan mereka kehidupan yang lebih baik di masa kini.


Wednesday, December 24, 2008

PENYAKIT MISTERI

Miss Mirror (MM) amat bersimpati kepada seorang sahabat yang menderita penyakit misteri. Untuk itu hari ini MM usulkan beberapa doa pendinding di antaranya :

Baca doa ini setiap selepas solat Subuh dan Solat Asar
A'U'DZU-BIKALIMAA-TIL-LAA-HIT-TAAM-MAATI MINSH-SHARRI MAA KHOLAQ (3 kali)
"Aku berlindung dengan kalimah-kalimah (ayat) Allah yang sempurna dari semua kejahatan yang diciptakan-Nya"

Dan Doa ini :
BISMILLAA-HIL-LADZII LAA YA DTHURRU MA ASMIHI SHAI'UNFIL ARDI WA LAA FIS SAMAA-I-WAHUWAS SAMII-UL-ALIM (3 kali)
"Dengan nama Allah yang dengan-Nya segala sesuatu yang ada di bumi dan langit tidak sekali-kali akan membahayakan. Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
(sila dapatkan tunjuk ajar orang yg arif utk mendptkan bacaan dengan harakat yg betul, MM tidak dapat menyiarkan bacaan bertulisan jawi disebabkan ada sedikit masalah dengan scanner).

DAN ZIKIR INI 100x PAGI (LEPAS SUBUH) DAN PETANG (LEPAS ASAR ATAU MAGHRIB)
LAA ILAHAA ILLAULAAH WAHDAHU LAA SHARIIKA LAH LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU WAHUWA 'ALAA KULLI SHAI-INQ-QODIIR
"Tiada Tuhan selain Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, hanya Allah yang mempunyai semua kerajaan dan semua puji-pujian dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu."
P/S: Perkataan yang mengandungi 2 huruf seperti LAA, QODIIR hendaklah dibaca panjang selama dua harakat.

LAIN-LAIN :
Mengamalkan membaca ayat kursyi dan 3 ayat terakhir Surah Al Baqarah juga sangatlah digalakkan setiap pagi dan petang. Begitulah nasihat seorang Pak Imam yang MM kenali sebagai pendinding diri.


KESABARAN SEORANG PEREMPUAN YANG DIRASUK

Ata' bin Abi rabah berkata, Ibnu Abbas r.a telah bertanya kepadanya,
"Mahukah aku tunjukkan kepada engkau seorang perempuan ahli syurga ?"
Jawab Ata, "Bahkan, siapakah perempuan itu ?"
Ibnu Abbas berkata, "Perempuan hitam itu telah menemui Rasulullah s.a.w mengadu ia telah dirasuk."

Sabda Rasulullah s.a.w kepada perempuan itu, "Jika engkau tahan dan sanggup bersabar maka syurga bagimu, sekiranya engkau tidak tahan dan tidak sanggup bersabar aku akan mendoakan engkau supaya engkau pulih segar."

Jawab perempuan itu, "Aku tahan dan sanggup bersabar (maka baginya syurga) sekian tercatit dalam kitab sahih Bukhari dan Muslim. Dari sini dapatlah kita satu keterangan, bahwa penyakit sarak atau rasukan bukanlah ia sesuatu yang baru tetapi telah diketahui sejak zaman berzaman dan zaman Nabi dan sahabat

Friday, December 19, 2008

UDANG TEMPURA SOS SALSA

Resepi Udang Tempura Sos Salsa.... hmm sedap!
Terima kasih kepada pengujung blog Miss Mirror ni...kepada M.Poyo khasnya.. (he he he.. nama tu doa tau! Baik tukar nama lain..) Nasib la MM pilih Puansyurga je.. Mudah-mudahan Allah permudahkan jalan untuk ke Syurga-Nya. Amin..

Oh ya kepada pengunjung yang terlupa URL blog Miss Mirror ni... anda just google : type : Puansyurga ataupun Puan Cermin, ataupun MISS MIRROR... then akan appear kt situ... Miss Mirror, klik kat Miss Mirror tu. Ha kan senang..

Ok lah tanpa buang masa, ni MM kongsikan resepinya...


Bahan2:

Beberapa ekor udang harimau
tepung tempura n minyak utk menggoreng

SOS SALSA
20 gram daun ketumbar, dihiris halus
2 biji tomato, dipotong dadu
1 biji cili merah, dipotong dadu
2 biji bawang besar, dipotong dadu
garam n lada sulah, secukup rasa
20ml minyak zaitun

Cara menyediakan bahan sos salsa:

1. Utk menyediakan sos salsa,tuang minyak zaitun ke dalam mangkuk. Masukkan daun ketumbar,cili,bawang dan potongan tomato.

2. Masukkan serbuk lada sulah n gram secukup rasa sebagai penambah rasa.

3. Sementara itu, panaskan minyak penuh dlam kuali. Bancuh tepung goreng tempura n celup badan udang ke dalamnya

4. Masukkan udang celup tempura ke dalam minyak panas tadi. Angkat apabila ia bertukar warna keemasan

Sedia untuk dihidangkan bersama sos salsa.

Thursday, December 18, 2008

NASI PUNCA BANTUT?

Apakah punca bantut? Nanti kita bincang...

Sebagai membalas kebaikan kekasihku...oppss jangan suspen... kekasihku adalah suamiku, hari ni MM mencuba resipi KN iaitu Kuih Peneram kegemarannya. Tak la sesusah mana pun membuat kuih tu kan... tapi yang malas tu ialah memerapnya memakan masa yang panjang.

Penantian itu satu penyeksaan. MM memang selalunya akan setkan alarm kalau nak memerap bahan-bahan masakan ni sebab tak nak la nanti, penat-penat perap.. alamak terlupa pulak, esok pagi bukan jadi kuih peneram sebaliknya jadi cendawan pulak ya.

Satu masakan yang paling leceh pernah MM buat ialah Tandoori Chicken, memerapnya mengambil masa selama 8 jam. Lagi leceh kalau nak buat tempe kot? Ambik masa beberapa hari untuk menghasilkannya. Kalau orang-orang kampung MM, sekarang tak pasti ada lagi ke tak cara ni...sebelum mengadakan kenduri kahwin, diorang akan adakan satu acara yang dinamakan "Rewang Membuat Tempe". Orang-orang kampung akan berkumpul beberapa hari sebelum hari berlangsung untuk membuat tempe beramai-ramai.


Nasi Punca Bantut?

Masakan paling ringkas dan pantas untuk disediakan, MM rasa masakan ala Thai dan Cina kot. Tak perlu perap memerap ni, semua campak-campak je dan sedap dimakan ketika masih panas. Kalau kita lihat masakan barat, contohnya pizza, untuk menggebukan doh mengambil masa sekurang-kurangnya 1/2 jam. Tapi mungkin ada sesetengah mereka membeli kulit pizza segera yg banyak terjual di pasaran tu dan bila nak makan just bubuh je topping ikut citarasa sendiri. Masa MM kat oversea hari tu, pemilik chalet tu menyediakan pan cake segera. Dengan secepat kilat beliau menyediakannnya untuk kami sekeluarga sambil memperli isterinya dia berkata ..

"memasak ni satu kerja yang paling mudah" sambil  beliau tersenyum sinis.

Lelaki Mat Salleh yang sebaya ayah MM tu memberi pendapatnya, mengikut perkiraan beliau mengapa Mat Salleh bertubuh tinggi lampai, sebabnya mereka tidak mengambil nasi sebagai makanan harian mereka. Anda setuju? Adakah nasi punca manusia menjadi bantut? Waallahualam. Sehari tak makan nasi bagi MM bagai hidup tak jumpa PC. :D

Hari raya tanpa ketupat pun bagai raya tak bererti. Walau beraya di oversea, kami tetap menempah menu ketupat dari pihak agency.... jangan tak tahu. Tak kisah la nak jadi bantut pun MM ni... yang penting badan tak menggeletar kerana laparkan nasi. : D

Wednesday, December 17, 2008

Lembaga di chalet usang

Kisah Seram Yang Benar...

Assalamualaikum semua.

Wah semua orang sibuk bercuti nampaknya. En MS pun ke Melaka.  Mesti seronok bawa anak-anak berjalan makan angin ni kan.  Sebut pasal Melaka, teringat Miss Mirror (MM) akan kesedapan seafoodnya di Serkam tu. Butter prawnnya memang sedap. Melaka juga mengembalikan banyak kenangan dalam diri terutamanya kenangan indah zaman persekolahan, rombongan sekolah terutamanya.  

Tapi untuk entry kali ini bukan kisah rombongan sekolah.. tapi kisah seram.




Kira ala-ala misteri nusantara. Kejadian ni berlaku semasa MM baru sahaja habis berpantang kelahiran puteri kedua si Qistina.    MM sebagaimana biasa telah ditugaskan oleh suami untuk menempah satu penginapan di sana kerana perlu mendaftarkan pengajian adik ipar.   Setelah kata sepakat dipersetujui, MM memilih sebuah chalet berbentuk rumah kampung (tempat dirahsiakan).  


Pic sekadar hiasan




Sebaik sampai, gembira bukan kepalang sebab chaletnya agak besar. Berdindingkan kayu, bercat putih tapi agak pudar ditelan masa.  Begitu juga dgn salir angin dan kekisi tingkap juga bercat putih. Kira memang selesa la untuk kami sekeluarga. Siang tu kami hanya menghabiskan masa dalam chalet dengan menonton tv, makan kacang rebus dan pisang goreng yang dibeli di jalan tadi.    Kami berkumpul di ruang tamu chalet yg luas dan lengkap dgn sofa usang.   





Tetapi bila malam semakin larut. Hujan turun dengan lebatnya. Kilat sambar menyambar. MM, Suami dan 2 orang anak tidur di bilik tengah sementara ibu bapa mentua serta seorang adik ipar (yg kami nak hantar ke Londang esok paginya untuk menyambung pengajiannya)  tidur di bilik belakang. 


Masing-masing dah say Good Night la utk tidur di bilik masing-masing dan memang tahu pun pasti mereka terus tidur sebab esok pagi2 dah nak gerak.


Tetapi...... tiba-tiba, sedang MM menyusukan si kecil yang baru lepas hari.. MM terdengar tingkap di ruang tamu dibuka orang. Krekkkkkkk......Seram sejuk MM.   Entah kenapa perasaan seram tu muncul secara tiba2.  Ditambah pula dgn lampu bilik yg hanya berbalam2, cahaya kekuningan. Suami dah lena dah ni kepenatan drive dari jauh. 

Berdegup jantung dan terasa pucat lesi muka MM ni.  Nasib la si sulung, Ain, 5 dah pun tidur dengan lenanya... kalau tak, tentu la lagi mengeruhkan keadaan. Hujan pula semakin lebat.


Bunyi derapan kaki satu lembaga berjalan mundar-mandir di ruang laluan (laluan antara bilik MM dengan bilik ibu mentua).  .


Tiba-tiba pintu bilik bagai digegar pula.  Ahhh apakah erti semua ini??!!.
MM tidak dpt menyembunyikan ketakutan lagi lantas segera mengejutkan suami. 

"Abang..  bangun.. seram lah. ".  





Di luar kedengaran suara manusia... 


Kussss semangat... lega MM.. bapa mentua MM dah terjaga.. rupanya mereka pun menghadapi insiden yang sama. Pintu bagai diketuk orang dan tidur terganggu oleh suara-suara yang menakutkan.


Ayah mentua menijau2 ke ruang tamu dan membaca DOA apa2 yg patut. Oleh kerana terlalu penat, akhirnya kami terlena juga dalam kepayahan. Esoknya pagi-pagi lagi kami terus mengemaskan segala barang untuk check out.  


Yang menghairankan, ibu mentua nampak banyak pohon cendawan segar bugar di sekeliling chalet, MM tak nampak la pulak.  Monyet2 pula melompat2 di sana sini.


Sebelum meninggalkan Chalet yang penuh misteri itu.. Kami sempat singgah ke Pondok Guard dan bertanya  adakah situasi seperti itu biasa berlaku di chalet tersebut. Beliau hanya tersenyum penuh makna. 

Itulah pengalaman paling mengerikan.  Ibu Mentua kata..

"Ya Allah.. waras warasan kita nampak kejadian tu kan?".   Maksudnya.. tak sangka kami diperlihatkan kejadian tersebut secara "live".   Alhamdulillah jadi pengalaman.

Sekian.. penulisan dari Miss Mirror untuk kali ini.

Lain2 kisah seram boleh baca di sini.

 Lain2 kisah boleh klik di latest entry.


Thursday, December 11, 2008

APABILA TEMAN-TEMANKU MENULIS... (X-SMSM)

Ni tulisan jejaka-jejaka idaman Malaya - Kalau perempuan kita panggil sweet 15, lelaki kita panggil Macho 15'.. MM pun dah tak ingat siapa yang tulis ni. Apa-apa pun MM harap moga you all berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Jadilah suami mithali. Janganlah goyah oleh tipu muslihat duniawi, cintailah isteri...

APABILA TEMANKU MENULIS (X-TIJB)


Awek cun yg tulis ni tau! Orang kg KN dia ni kan? Yus... MM tetap ingat segala kebaikan Yus dan Nawal sampai bila-bila. 

APABILA TEMAN-TEMANKU MENULIS ( X- TIJB)


Ha ha ha... MM nak buktikan apa pada Cikgu Kassim? Cikgu... Jasamu tetap kukenang sampai bila-bila. Setiap kata nasihat dan dorongan tetap terpahat dalam ingatan sampai bila-bila. Budimu tiada bandingan. Semoga Cikgu berbahagia di dunia dan akhirat. Amin.

APABILA TEMAN-TEMANKU MENULIS (X-TIJB)





Terima kasih kat korang semua atas segala dorongan dan nasihat selama di bumi TIJB. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala kebaikan. 


"A real friend is one who walks in when the rest of the world walk out"... 


Itulah korang semua di mata MM. Semoga Allah memberikan kesejahteraan dan kebahagiaan dalam apa jua yang kalian lakukan.

NOSTALGIA ZAMAN GEDIK - AUTOGRAPH SI MANIS 15


(SILA KLIK PADA KERATAN UTK MEMBESARKAN TULISAN)

MM dah rindu sangat dengan awek yang tulis kat auto MM ni... kali terakhir MM jumpa dia 11 tahun yang lalu semasa hari pernikahan MM. Tak tahu la kat mana awek ni sekarang, semasa zaman pemindahan banjir, MM banyak berkongsi suka duka dengan dia. Miss you so much L.

NOSTALGIA ZAMAN GEDIK - AUTOGRAPH SI MANIS 15'

(SILA KLIK PADA KERATAN UNTUK MEMBESARKAN TULISAN)

Yang ni tulisan seorang kakak super senior... dia ni satu batch dengan Alfa, Cipan, Mie... selalu nampak dia chat kt blog "kedai sebelah" tapi dia dah tak kenal Miss Mirror lagi... he he he...

NOSTALGIA ZAMAN GEDIK

Assalamualaikum...

Sudah sepekan Miss Mirror (MM) tidak menjenguk blog MM yang tidak sepertinya ini, semuanya gara-gara beraya sakan...hehe tak la, gurau je.. cuaca bagai tidak merelakan untuk MM keluar ke mana-mana raya yang lalu , memerap sajalah di rumah bonda tercinta. Malam raya aidiladha tu best sangat sebab hujan lebat, rasa seronok tidur di rumah kampung berdidingkan kayu, bunyi titisan-titisan hujan yang menimpa bumbung zink itu bagaikan satu alunan yang melenakan sesiapa saja yang dibuai mimpi. Memang lena sangat. Anak-anak la yang paling seronok. Apatah lagi bila sudah seharian penat berlari-lari di halaman rumah.

Oleh kerana aktiviti yang terbatas, bagi menghilangkan kebosanan MM pun menyelongkar almari lama pusaka ayahanda dan banyaklah khazanah yang MM terjumpa (tapi semua barang MM sendiri tau! yg memang sengaja MM tumpangkan kat rumah pusaka tu)... Dengar tu Fifi dan Siti, MM tak ambik barang-barang korang ya... Ada juga koleksi magazine kereta yang si bujang MM minat sangat, tapi since MM tak tau siapa punya MM letak balik dalam stor tu. Don't worry. Kalau korang dah tak minat meh bagi aku ni...

Hasil dari penyelongkaran tu MM terjumpa satu autograph lama yang sangat berharga... jom kita teliti satu persatu apa yang dah classmate MM tulis dlm auto tu, ada yang memuji dan yang paling banyak apa lagi... mengutuk la... Tak kisah la tu... MM tak kisah... MM maafkan je... Kutuklah lagi dan lagi dan lagi.... :P




Saturday, December 6, 2008

SEBUAH PENGORBANAN DI AIDIL ADHA


Ha ni la kucing MM... cute tak? Ada seorang member sepergaduhan MM tu request gmbr kucing comot MM, belum sempat lagi la nak capture.. Sorry ya. MM nak suruh dia posing tapi asyik hilang pulak dia... nama kucing kami Jenab. Buruk je rupa... tapi dah beranak-pinak. Dah 3 jenerasi dah tapi kami biar je dia stay luar rumah dengan anak cucunya... susah la nak maintain. 

Si Jenab ni tak berapa suka makan "makanan segera kucing" yang banyak kat pasaran tu.. tapi kami paksa je sebab tak kan hari-hari nak gorengkan ikan untuk dia. Lagipun kadang kami balik kampung. Jenab ni memang kerja dia lapar je, mungkin sebab anak dia ramai sangat nak menyusu. Semua ikut rupa dia sampai kadang tu tak kenal yang mana satu si Jenab. Yang peliknya anak Jenab yang baru ni boleh pulak breast feeding dgn kakak sulung dia yg kita namakan Kak Long... pelik pulak ya..itulah pengorbanan seorang kakak kepada adik-adiknya padahal Kak Long ni belum pernah beranak. Cuba kita ambil ikhtibar dari cerita kucing ni. Mungkin ada insan-insan yang telah banyak berkorban untuk anda, silalah beri ucapan terima kasih anda kepada mereka. Silalah... silalah.

RESIPI MEMBUAT MEE KUNING

Resepi Mee Kuning...
Anda sangat suka makan mee bandung, mee hailam tetapi anda malas untuk ke kedai membeli mee kuning? Hari ini MM sertakan resepi membuat mee kuning untuk anda cuba. Resepi ini juga satu penyelamat kepada salah seorang blogger yang tegar bernama Norman Hakim (bukan nama sebenar dan bukan yg artis tu) yang "was-was" sangat untuk memakan mee.

Anda nak tahu, dia ni datang la rumah MM
Punya la exited MM sediakan juadah mee seawal pagi menyediakannya, yang memang sedap sangatlah (anak MM je yg puji.... orang lain tak de punnnnn..), tapi si Norman ni terkulat-kulat la pulak nak makan. .. dia cakap dia dah lama tak makan mee kuning... Mungkin dia ada alasan tersendiri yang kita tak tahu. Jadi apa kata kalau kita mencubanya sendiri di rumah. 

MEE KUNING 
6 cawan tepung gandum 
1 cawan air 
1 sudu besar garam 
1 biji telur 
1 1/2 sudu air abu (waaaa....sorry ya MM tak tahu pun apa tu air abu...tanyalah orang-orang tua ya.. hahaha) 

CARANYA:
  • Satukan garam, air abu dan air di dalam satu bekas
  • masukkan ianya ke dalam tepung dan gaul rata
  • Uli sehingga sebati dan ketul-ketulkan
  • Gelek dengan mesin 5-6 kali
  • Potong dengan mesin
  • Rebus dalam air mendidih hingga terapung
  • gaul mee dengan minyak sepenuhnya.
Selamat mencuba dan berbisnes!.

BIBIKMU BUAT HAL??? LOH APA SIH PUNCANYA??

Asslamualaikum kepada semua pelungsur setia blog Miss Mirrror (MM) ni..
Hari raya haji kat Johor ni tak berapa meriah sangat kan? MM pun menyambutnya ala kadar je.... tak pasti lagi la nak masak ketupat ke tidak, tapi standby jugak la sehelai baju raya... walaupun bukan nak ke mana tapi apa salahnya... lagipun bukan selalu kita mengenakan baju kurung ni. Lain la career2 woman di luar sana. Ke you all kerja pakai over coat? Nasib la dulu masa zaman MM kerja, pihak syarikat dah menyediakan uniform. 

Uniform ni sebenarnya memainkan peranan penting, selain menyerlahkan kredibiliti sesorang anggota pekerja tetapi menjadikan seseorang itu lebih patuh akan tanggungjawab yang sedang digalas. Cuba anda bayangkan jika seorang Pembantu Rumah diwajibkan untuk memakai uniform, sudah pasti akan mengelakkan diri mereka dari berpakaian yang tidak senonoh yang kita tidak mampu mengawalnya. Bukan ke kita pernah dengar keluhan seorang isteri yang mana pembantu rumah mereka suka berkembanlah, berseluar pendek lah.. Sungguh memalukan bukan. 
 
Seperti yang telah MM nyatakan tadi, pemakaian uniform juga mampu menjadikan mereka sentiasa ingat bahawa mereka sedang bertugas... so, tak ada la menyimpang kepada niat lain. Tak perlulah MM sebut apa dia..faham-faham sendiri la ya puan-puan. 

Semasa MM nak ambik satu kontrak dari Cleaning Service untuk mencuci rumah MM ni, pemilik syarikat pencucian tu siap bagitau MM...

"You jangan takut, itu amoi ha...semua pakai uniform punya maa". 

Pada mulanya MM tak faham kenapa Madam tu cakap macam tu, ingatkan  nak bagi tahu yang MM tak perlu supply baju ke apa... ooo sekarang baru MM paham apa yang dia maksudkan.

Selain dari kelebihan-kelebihan di atas, MM rasa pemakaian uniform juga menjimatkan perbelanjaan sebab sudah pasti uniform ditaja oleh syarikat tempat kita bekerja. Tak payah la kita nak berbelanja membeli baju-baju baru untuk ke pejabat. Ok lah... MM terpaksa berundur diri buat seketika.  Thanks baca. 


p/s Anda tidak memakai uniform? Bila kali terakhir anda memakai uniform? Mungkin anda ingin menyangkal pendapat MM? Anda berhak untuk mengemukakan alasan-alasan anda di sini.

Thursday, December 4, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Merenung kembali jejak-jejak sirah para nabi, Aidil Adha lebih sinonim dengan kisah Nabi Ibrahim a.s dan anaknya, Nabi Ismail a.s.

Catatan sirah kedua-dua nabi ini, menjadi satu inspirasi kepada jutaan umat Islam ke arah rasa taqwa kepada Allah s.w.t. tanpa berbelah bagi. Malah ia juga menjadi gambaran simbolik kasih sayang yang kukuh antara seorang nabi kepada Tuhannya, seorang suami kepada isterinya, Siti Hajar serta kasih antara ibu dan anaknya. 






Terdapatt tiga peristiwa penting yang boleh dikutip daripada catatan sirah ini. Pertama, peristiwa Siti Hajar dan anaknya Ismail a.s diperintahkan oleh Allah s.w.t. agar Nabi Ibrahim meninggalkan mereka di satu kawasan padang pasir yang tandus. Ia kini menjadi tumpuan jutaan umat Islam menunaikan rukun Islam yang ke lima, Mekah. Peristiwa kedua merupakan ujian Allah s.w.t. ke atas Nabi Ibrahim agar menyembelih anaknya, Nabi Ismail a.s yang berakhir dengan penyembelihan seekor kambing biri-biri sebagai ganti kepada anaknya. Peristiwa ini menunjukkan betapa patuhnya Nabi Ismail a.s dalam memenuhi arahan yang diberikan oleh Allah tanpa rasa ragu-ragu mahupun curiga: 

Nabi Ismail a.s. berkata:`

`Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insya-Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.''(Ash-Shafaat:102) Dan ketiga, pembinaan semula Kaabah oleh kedua-dua nabi Allah yang mulia ini. ``Dan (ingatlah), ketika Kami menjadikan rumah itu (Baitullah) tempat berkumpul bagi manusia dan tempat yang aman. Dan jadikanlah sebahagian maqam Ibrahim tempat solat. ``Dan telah Kami perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail:``Bersihkanlah rumah-Ku untuk orang-orang yang tawaf, yang i'tikaf, yang ruku' dan sujud...''(Al-Baqarah:125) Al-Quran memberikan gambaran yang jelas tentang keperibadian Nabi Ibrahim di dalam surah Al Nahl ayat 120-122 bermaksud:``Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang imam yang dapat dijadikan teladan lagi patuh kepada Allah, dan seorang yang selalu berpegang kepada kebenaran dan tidak pernah meninggalkannya.``Dan sekali-kali bukanlah dia termasuk orang-orang yang mempersekutukan (Tuhan),(lagi) yang mensyukuri nikmat-nikmat Allah, Allah telah memilihnya dan menunjukkannya kepada jalan yang lurus dan kami berikan kepadanya kebaikan di dunia. ``Dan sesungguhnya dia di akhirat benar-benar termasuk orang-orang yang soleh.'' (An-Nahl:120-122). 


Baitullah yang juga dikenali sebagai Kaabah, merupakan arah kiblat bagi semua umat Islam bersembahyang untuk mengabdikan diri kepada Allah. Kaabah pada mulanya telah dibina oleh Nabi Adam, bapa kepada sekalian manusia. Apabila banjir besar melanda Mekah, Kaabah telah rosak. Nabi Ibrahim membinanya semula di atas tapak yang sama. Baginda meminta Nabi Ismail mencari sebiji batu bagi menandakan penjuru bagi Kaabah. Maka Jibril memberikan Nabi Ismail petunjuk untuk mencari sebiji batu yang diberi nama Hajarul Aswad. Semasa batu itu diletakkan, mereka berdoa,` `Dan (ingatlah) ketika Ibrahim meninggikan (membina) dasar-dasar Baitullah bersama Ismail (seraya berdoa):`


`Ya Tuhan kami, terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah yang maha mendengar lagi maha mengetahui.`Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada-Mu dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada-Mu dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji kami, dan terimalah taubat kami.`Sesungguhnya Engkaulah yang maha penerima taubat lagi maha penyayang.'(Al-Baqarah:127-129 )

I Know What You Did Last Raya

Tuesday, December 2, 2008

AKU TERPAKSA WINDOW SHOPPING NI

Sorry ya kawan-kawan... anak aku dah merengek-rengek nak berjalan ni.. So, I got to go... apa-apa just leave your comment. BB... ko kata ada pengalaman nak share... ko tulis la kt ruangan komen tu panjang2... balik nanti aku check. Jumpa lagi...

Monday, December 1, 2008

BAGAIMANA UNTUK MEMBANTU SUAMI MEMBUAT PENJIMATAN

Bagaimana membuat penjimatan di rumah anda?
Assalamualaikum Ahli Kelab "Mem Besar"...
Apa khabar anda hari ini? Miss Mirror (MM) harap, anda semua berada di dalam keceriaan hendaknya. MM nak ucapkan ribuan terima kasih kepada yg telah sudi mengunjungi blog ni.

Terima kasih dan tahniah kepada yang telah mendaftar menjadi ahli bisnes on line ni. Sorry lambat sikit MM balas email-email dari anda semua. Bagaimanapun MM tetap akan membalasnya satu persatu.

Topik kita pada hari ni ialah BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT PENJIMATAN?

Ada beberapa tip yang MM perolehi dari pelbagai sumber tetapi jangan menyangka MM praktikkan semuanya ya... MM cuma berkongsikn info-info ni untuk anda baca atau membuat komen..:

JIMATKAN BIL API DAN AIR

Mem Besar semua.... - anda pasti tahu lampu mempunyai watt yang tinggi, jadi pandai-pandailah membuat penjimatan. Kalau anda mempunyai pekerjaan yang boleh anda siapkan di waktu siang, selesaikanlah di waktu siang contohnya kerja-kerja melipat kain dan sebagainya. Buat kerja di ruang yang sama dengan anggota keluarga yg lain. Contohnya jika suami anda sedang menonton, apa kata anda melipat kain di ruang yang sama. Bukankah ini juga akan mengeratkn lagi hubungan. Tetapi jgn la pula sampai kedekut hingga anak anda yg ingin membuat kerja rumah pun anda paksa belajar di ruang menonton... nanti buku entah ke mana... sebab mata asyik memfokus ke arah cerita yg sedang anda tonton.

Ringkasnya, jangan terlalu kedekut dan jangan terlalu membazir hingga menjadikan rumah seperti padang bola atau orang-orang tua kata.... macam orang buat kenduri kawin pula, setiap ruang dinyalakan lampu hanya kerana takutkan benda-benda tahyul... he he he.. siapa tu??? Anda ke? Biasa la kan... lagi-lagi kalau suami outstation tu, perasaan takut memang susah nak dikawal.

Jimat air? Jangan pula sampai mengurangkan mandi. Menjimatkannya ialah dengan cara mengitar semula air yg telah digunakan contohnya air untuk membasuh pakaian, anda boleh gunakan untuk menyiram tanaman.... harus diingat, sabun apa yang anda pakai... klu menggunakan sabun yang biasa di pasaran tentulah pokok akan mati. Gunakan sabun yang boleh dikitar menjadi baja pokok. Sorry ya MM bukan penjual produk ni... MM cuma bagi idea je. Lagi satu air basuhan beras. Anda boleh menggunakannya untuk membasuh muka anda agar kelihatan mulus dan putih melepak. Tak percaya cubalah.

MEMBELI BELAH KETIKA DISKAUN

Ini semua orang tahu kan... beli la pakaian-pakaian anda atau anak-anak ketika sedang diskaun besar-besaran. Pegi la waktu pagi-pagi lagi... jgn tunggu tengahari atau petang sebab masa tu orang-orang bekerja sedang rehat tengahari atau balik dr kerja... keadaan sesak tidak memungkinkan untuk anda membeli dengan selesa.

MEMBELI BELAH KETIKA PERUT KENYANG

Kalau anda lapar... sudah pasti anda akan terbeli makanan-makanan yang bukan keperluan.

MEMBELI BARANGAN DI KAMPUNG HALAMAN ANDA SENDIRI

Bagi yang tinggal di kota, apa salahnya anda gunakan kesempatan balik kampung tu untuk membeli barang-barang asas yang bukan sahaja lebih murah, malah lebih segar dari ladang.

Barangan keperluan seperti pakaian, tudung, kain ela MM rasa lebih berbaloi kalau anda beli saja di daerah-daerah kecil. Tetapi buat survey harga dulu... sebab MM pernah terbeli sehelai tudung ala Ekin (tiruan) di sebuah daerah perkampungan dengan harga RM35 sedangkan di Johor Bahru ianya cuma berharga RM 25... itu pun belum ditawar lagi.

Tetapi lauk pauk dan barangan asas rasanya lebih menjimatkan kalau anda beli sahaja di kampung. Tengok la jarak kampung anda dengan tempat tinggal anda skrg.... klu dah kg anda di Trengganu anda pulak memborong ikan di sana untuk dibuat stok di rumah anda di Johor Bahru... agaknya apa jadi dengan ikan-ikan tu, melainkan ikan masin la kan. Anda juga harus mengambil kira, lebihan muatan di kereta anda juga boleh menyumbang kepada lebihan tenaga seterusnya menaikkan kadar petrol anda. Pendek kata berbelanja la secara bijak.

Kalau yang rajin tu boleh la tanam sendiri lada dan ulam-ulaman, daun pisang, daun pandan...tetapi jangan pula sampai menternak ayam, lembu, kerbau....heee mengamuk la jiran you all terbau sesuatu yang wangi tu.

MEMBELI SECARA ON LINE

Membeli secara on line mampu menjimatkan petrol anda? Ya sudah pasti... anda hanya klik dan membuat pembayaran dan tunggu di pintu rumah anda. Anda tidak perlu memikirkan bagaimana untuk sampai ke lokasi penjualan dan seterusnya perlu membayar duit parking.

Sudah pasti membeli secara on line sesuatu yang bijak... maka belilah di :Kedai Barangan Penjagaan Diri  hehe.. promo jgn tak promo.

MEMBUATNYA SENDIRI

Anda ingin berkebaya cantik, berbaju kurung? Apa kata anda menjahitnya sendiri. Bayangkan kalau anda menghantarkannya ke tailor. Berapakah wang suami (ya la kita kan Mem Besar) anda yang telah anda dermakan kepada tailor tu... kat JB ni paling koman pun RM70.

He he he.... sanggup tak menjahitnya sendiri? Ringan-ringankanlah tulang tu ya....

Kalau sebelum ini anda menghantar ahli keluarga anda ke salon untuk memotong rambut mereka, apa kata kali ini anda sendiri yang memotong rambut mereka. Hu hu... tak terbuat MM... alamat tokal takil la rambut husband I...

Anda juga boleh mengurangkan belanja untuk mengunjungi spa dengan melakukannya sendiri dengan kaedah-kaedah semulajadi. Banyak petua-petua yang diperturunkan oleh orang-orang tua terdahulu antaranya menggunakan buah tomato untuk mengurangkan muka berminyak. Putih telur untuk menanggalkan tompok-tompok hitam di muka.


KITAR SEMULA

Anda boleh membuat penjimatan andai anda tahu bagaimana untuk mengitar semula apa yang anda dah terbeli tapi anda sudah tidak berminat untuk memakainya lagi.. Tip-tipnya ialah :

Dye Semula

Dye semula Jeans lusuh anda. Sorry ya jgn tanya MM kt mana nk beli dye tu... MM pun tak tahu. Ini info yang MM baca.

Jahitkan Semula Sebagai Bentuk Baru

Jahitkan apa yang terkoyak, tukarkan butang-butang yang berkarat... sudah pasti ianya akan kelihatan baru. Ingat... butang sahaja yg perlu ditukarkan... jgn segalanya hendak ditukar, klu mcm tu lebih baik beli sahaja yg baru.

Jahitkan labuci pada Jeans yang anda sudah berasa muak untuk memakainya. Jahitkan dengan rekaan bunga atau apa sahaja mengikut kreativiti anda. Kain renda juga mampu menyerikan jeans anda jika anda tahu caranya. Sorry, MM tidak sekreatif ini.

Antara tips lain sebagai bentuk penjimatan kepada yang bekerja terutamanya yang ingin bergaya tu.....apa kata andai anda hanya mampu untuk membeli sepasang kasut, beli la yang paling berkualiti dan sedikit mahal. Adalah lebih baik anda beli sepasang kasut yang agak mahal daripada anda beli 10 - 20 pasang tetapi tidak berkualiti dan murah. You know.... MM pernah mengalami satu insiden di mana kasut MM tercabut tumitnya.... Ya Allah malunya.... nasib la kawan MM cover sampai kedai kasut lain... terus MM beli kasut baru. Masa tu zaman syahdu di Kuantan... pakai pun kasut murah je.

Beli la aksesori-aksesori tambahan - Jika anda tidak mampu menambah jumlah pakaian di dalam gerobok baju anda, aksesori pun mampu memberikan kelainan kepada setiap penampilan anda. You can dress up or dress down an outfit with the right accessories.

Ok then sekarang bila anda dah berjaya membuat penjimatan... boleh la kumpul2 duit utk pegi haji plak ye...