Monday, February 28, 2011

RESEPI ROTI BERSANTAN

Dah terlalu lama I mengidamkan roti homemade ni.... bukan mengidam nak makan je.... tapi mengidam nak buat...

Resepi ini telah menghasilkan sebanyak 9 ketul roti, tapi sekarang tinggal 3 sebab terlalu sedap..... panas2 baru keluar oven dan makan bersama butter dan kopi panas untuk tea time... memang sangat menyelerakan.


tak sempat nak tunggu roti ni lebih berwarna keemasan lagi sebab Shashal
dah pulang dari sekolah... merengek minta mandikan dan
meminta I mengajar dia menulis...




secara live - ianya memang gebu dan lembut sepanjang hari, camera I maybe
terlalu cikai untuk menjadikan ianya lebih fotogenik..




Nak resepi ke? Untuk lebih adil, biarlah I creditkan resepi ini kepada pemilik asal iaitu Onigiri dari My resepi walaupun I sebenarnya tidak mendapat resepi ini direct dari sana, sebaliknya melalui penjelajahan dari sebuah blog ke sebuah blog masakan, di mana mereka juga hanya copy paste dari Onigiri (menurut apa yang mereka tuliskan dlm n3 mereka).

250 gram tepung roti (boleh je guna tepung gandum mcm I ni)
80 gram nasi putih
100 ml air
60 ml susu segar (u tau tak.... I guna santan kotak sebab susu segar kat rumah ni dah expired).
1/2 dari sebungkus mauripan atau 4 gram (malas nak menyukat, I bahagikan 2 je mauripan yang sepaket tu)
2 sudu gula
sedikit garam
20 gram butter, majerin pun boleh


Cara

1) Aktifkan yis (mencampurkan sedikit tepung, yis, 1/2 sudu teh gula) ke dlm air suam - air dlm lebih kurang 1/4 cawan - biarkan hingga ia berbuih.
2) Blendkan nasi bersama dgn santan (uoll guna susu segar kay! Ikut resepi asal) campur 2 sudu gula dan 100 ml air mengikut sukatan yg diberikan di atas. Blend sampai hancur dan sebati.
4) Masukkan tepung ke dalam mangkuk
5) Masukkan nasi yg telah berblend tadi ke dlm tepung, diikuti dgn yis, garam dan sedikit gula (kalau I plak.. I dah blendkan gula - sebagaiman dlm step no. 2, so takyah bubuh gula lg). Pastu masukkan butter..... uli hingga tak melekit.... jika masih melekit, tambahkan sedikit tepung (jgn overdos plak, nanti adunan menjadi keras).
6) Perapkan selama 1 jam hingga adunan naik.
7) Tumbuk2kan dengan tangan untuk mengeluarkan angin.
8) Boleh diuli dan dibentukkan mengikut kesukaan (mengikut resepi asal, ianya perlu dilipat tiga).... tapi untuk resepi I tadi, I bulat2kan. Masukkan ke dalam acuan yg telah disapukan mentega.
9) Perap selama 1/2 jam.... bakar pada suhu 170 darjah hingga kuning keemasan... (dlm lebih kurang 30 - 45 minit)
10) Sapukan butter setelah ia dikeluarkan dari oven untuk mengkilatkannya....


Silalah mencubanya.... I nak blogwalking lagi, sebab blogger2 tengah ada cerita panas sekarang ni.... syyyyy!!!! Tak mo crita... mengumpat tu tau!





Sunday, February 27, 2011

RESEPI UMAI UDANG

Menu kami di rumah MIL siang tadi...

antaranya : Masak lemak ikan merah pucuk buas2...

umai udang...

RESEPI UMAI UDANG

Udang kecil dibuang kulit dan urat belakang

6 - 7 biji limau purut atau cuka

Cili merah

cili padi

bawang merah

bawang putih

sedikit belacan

halia dlm seinci

garam, gula

perasa

Kacang tanah digoreng dan dikisar

Daun kunyit atau daun ketumbar

Cara

1) Perap udang yang telah dibersihkan bersama dengan perahan limau purut (boleh juga menggunakan cuka). Biarkan hingga udang memutih.

2) Tumbuk cili merah, bwng merah, bwng putih bersama belacan dan halia - sukatan dlm lebih kurang kita buat sambal belacan. Masukkan bahan2 yg telah ditumbuk ini ke dlm udang (setelah dlm lebih kurang 1/2 jam udang diperap bersama perahan jus limau).

3) Hiriskan bwng besar, cili padi dan daun kunyit/daun ketumbar

4) Masukkan bahan2 hiris ke dlm perapan udang tadi, taburkan sedikit gula dan garam serta perasa

5) Selepas itu, taburkan kacang tumbuk (boleh juga menggunakan kacang goreng yg dibiar seketul2 mcm kita makan ABC...).

Saturday, February 26, 2011

6 Cara Tradisional Membuang Parut

Cara-cara tradisional membuang parut...


Dah kat kampung dah ni.... kampung MIL.... dgn wajah yg masih berkerumping-kerumping, langsung tidak memeranjatkan orang-orang di rumah ini. Apakah ini bermakna wajahku tidak seteruk mana?

Oh tak, masih kategori teruk maybe.......haha... sebab semalam masa I gi kedai menjual bedak sejuk tu, wanita manis yang selalu I beli produk-produknya tu menegur dengan kehairanan....

"Eh... kenapa dengan muka kamu?". Soal janda muda itu kehairanan.

Setelah I jelaskan.... beliau memberikan beberapa tip iaitu di antaranya :


"Hari-hari bubuh madu kat muka kamu ya... kamu jual madu pun kan? InsyaAllah, nanti lambat laun parut2 tu akan hilang". Wah! good idea tu... tak tau plak I.

Sebelum tu, I ada gi survey satu beauty centre... Sekadar merayau2 tanya2 harga. Bila I belek2 muka beautician tu sendiri, mukanya pun tak la gebuz mana.. pori-pori terbuka dgn jelas dan wajahnya penuh dgn blackhead... Pelik la, mcm mana dia boleh menyakinkan pelanggan sedangkan wajahnya sendiri tak terurus? Terbantut sikit niat untuk buat treatment di situ... tapi masih memujuk hati untuk berbaik sangka ..
"maybe dia sibuk sangat melayan customer, hingga tak sempat membelai wajah sendiri".

"Oh scar chicken pox ke? Tak boleh hilang.. sampai bila pun tak boleh hilang.." Ujarnya lagi... menambah lagi kebantutan niat untuk "melaburkan" saham dlm lebih kurang RM500 untuk 3 kali treatment.

"Ha??? Ya ker?" . I masih tak bersetuju dgn jawapannya... Entah, naluri I berkata.. yg I tak perlu bersetuju dgn jawapan itu. Melihat wajah Qistina yg makin pulih dan tak berlobang spt yg I katakan tempohari.. I tak perlu setuju dgn jawapan beautician itu.

I tahu, cara-cara tradisional pun tak kurang hebatnya... I sebenarnya sesaja je nak menggedix buat rawatan kat situ sebab nak dapat result yg drastik ala2 artis kononnya... haha....tak sangka plak itu jawapannya... Hmmm..... apa da.... baik I hayati apa yg Uncle G suggestkan ni :


1) Tumbuk daun cermai bersama bedak sejuk...lumurkan di tempat berparut.

2) Bubuh ubat gigi - eh mcm pelik... klu tak biasa melecur plak nanti.

3) Kupas kulit pisang yang masak ranum... ambil bahagian dlm kulit tersebut dan sapukan pada tempat berparut.

4) Kulit kayu manis, kikis pada pasu - ni biasa gak I dengar, thanks pada teman blogger yg suggestkan itu ari....tapi terbaca semalam.. diorg kata kalau tak biasa, kulit jadi makin teruk kepanasan.

5) Ambil uncang teh yg telah digunakan.. sapukan pd tempat berparut.

6) Dituliskan juga begini oleh forumer tersebut : Cari pokok Bayam Duri* secekak, cuci tanah dari akarnya, baca apa yang patut (baca selawat la tu) dan rendam dalam kolah mandi kemudian mandi macam biasa. Kalau ia lecur kerana terendam terlalu lama, gantikan dengan yang baru. ---> apa tah bayam duri ni?.

Ok la.. I nak melumur madu kat muka I ni.... 




Thursday, February 24, 2011

Desperate Sambal Tak Berbelimbing Di Petang Nan Hujan Di JB

Haii dah makan malam dah?.   Makan awal2 sgt bagus ya puan2 dan adik2 cumil semua....thanks memfollow blog Makcik Mirror yg tak sepertinya ini.. moga ada sesuatu yg dpt uoll manfaatkan.



Petang ni, I mcm terliur nampak diorg masak sambal hitam belimbing buluh tu, I takde stok belimbing buluh pulak... jadi utk tak terus membiar I terbayang2, I masak la jugak sambal....tapi uoll tau je la.. I kan masih lagi berpantang "goreng menggoreng" (chicken pox), time I menumis bwng besar ni... I tutup rapat2 periuk tu..... pastu I tinggal.... dengar bunyi mcm meletup2 je I datang lagi... then campakkan pulak apa2 yg I dah blend (cili basah, bwng seketul dan 3 ulas bwng putih plus belacan dan ikan bilis).

Pastu I tutup lagi.... tinggal lagi, tutup pintu dapur rapat2... Dengar bunyi buzzer je terus tuangkan sunquick plus gula, garam. Heee cam pelik je kan, I tak bubuh pun asam jawa sbb nak lari dari kebiasaan, bubuh la sunquick (kira boleh ganti belimbing buluh pun kan? Hehe.. ada rasa masam2 tu kan)... tak tau la uoll suka ke tak... anak2 I suka je pulak.



kuih-muih mkn ptg - Qistina bwk dari sekolah

Catatan di bawah ini pula untuk sahabatku yg sedang menghadapi gelora hidup.... yg lain2 kalau nak baca pun boleh....

Gelora hidup kadang-kala amat menakutkan. Ia memukul insan dari sudut yang diduga dan tidak diduga. Maka membanyakkan istighfar adalah penawar hidup. Betapa banyak kisah insan-insan yang Allah berikan pelbagai kurnia disebabkan mereka membanyakkan istighfar. Betapa banyak hamba-hamba Allah yang diselamatkan dari pelbagai kesusahan, diberikan ketenteraman jiwa dan pelbagai pertolongan berkat keikhlasan istighfar mereka.

Setiap insan yang beristighfar dengan ikhlas sebanyak-banyaknya pada sesuatu hari akan merasai kesyahduan ruhnya. Allah akan membuka ufuk akalnya. Dia akan alami kekudusan jiwa, kesegaran minda dan merasai perdampingan dengan Allah. - diringkaskan untuk anda oleh M.Mirror dari sebuah artikel lengkap Milik Dr. Maza - sila baca artikel penuh di blog beliau : Mencari Penawar Duka, Pengubat Sengsara  (alamak!. link tu dah tak de lagi.. ).



Entry Sebelum Ikan Mencairkan Dirinya...

Assalamualaikum w.b.t.... and morning.

Uoll tengah buat apa? I tengah sibuk menggoogle ni puan-puan..



Puan2.....Apa-apa pun message yang kita terima dari sesiapa, (semalam dpt msg di atas kat FB - click photo to enlarge), ada baiknya kita google dulu sebanyak-banyaknya sebelum kita sampaikan kepada umum, sementelaah pula benda2 yg melibatkan hukum hakam agama. Tapi pastikan anda menggoogle di saluran yang betul.... contohnya website pak ustaz2 dan ustazah.

Sambil menggoogle bendalah di atas, I bersarapan..... jemput makan kek yg sedap ini!!!



Eh! IRP macam tau-tau plak, bininya teringin nak makan kek. Malam semalam menonton 123 Tukar di astro ria yang dihoskan pengacara jelita kita, Sarimah Ibrahim, pastu sorang chef kek (yg menjadi "mangsa" penukaran imej) menghidangkan kek ala2 gambar di atas ni pada penyanyi pujaannya Amy Mastura.... terus I terliur rasa nak makan kek.... tak sangka, mlm tadi tetiba en hubby belikan plak..... heee.... miraclenya... thanks Dear. ---> padahal dia belikan utk anak-anaknya pun.... Mamanya tumpang sekaki.

Best gak rancangan tu rupanya... imagine kalau kita yang kena buat make over, apatah agaknya imej yang I nak pilih? Emmmmmmm..... (sambil berfikir) Maybe I serahkan bulat2 pada Sarimah untuk pilihkan baju2 yang of coz I nak yang cantik2. Yang vouge, yang stylo. Haha berangan... Jgn haraplah I akan dapat pelepasan....

Takpe..... takpe.... silalah berangan wahai Makcik Mirror.... sebelum ikan yang you rendam terus mencair.


nak tudung yang dia pakai ni... boleh? Sheila Rusly...
kau makin "dewasa" semakin ayu.. apakah rahsia?

Pastu... wahai Sarimah.... kalau u nak suprisekan I...
(dlm rancangan tu ada sessi suprise-mensuprise)

U please... tolong suprisekan I dengan kehadiran Makcik sorang ni...



Huhu!!!




Ah dah la.... berangan tak abis.... baik I sambung menyiang ikan. Jumpa lagi yea!!!

Wednesday, February 23, 2011

Salahkan saja ibu bila tak cantik... Begitu ke?


Bukannya tak nak update.... semalam dah menaip, tapi tiap kali nak publish ada saja gangguan makhluk halus sampingan.

Rutin hidup sebagai seorang ibu memang lazimnya sibuk. Tambah pulak sekarang ni I masih dalam proses memulihkan wajah putera dan puteriku itu supaya kembali ke asal setelah serangan chicken pox itu ari. Ada satu petang tu, lepas Qistina mandi, dia menghampiriku...

"Ma... parut kat pipi dah tertanggal Ma!" I pun membelek la seraut wajahnya yang dikatakan rakan2 seiras wajahku itu. Ya Allah! Dah berlubang dah pipi anakku... Sedih I seketika... Mungkin dia mengelap mukanya kuat sgt tadi. Orang kata, biar ianya tanggal sendiri... jgn tanggalkan sebelum kering, abih nak wat guano.. tiap kali I basuh muka.. mesti satu2 tertanggal. Mujurlah I dah "dewasa" & dah kahwin .. tak kisah la tu kan.. ni skrg, si Qistina plak.

"Tak kisah la Ma, kan Qistina pakai tudung" Pujuknya bila mengetahui I sedang bermuram durja. Segera I menggeledah drawer dan menjumpai bio oil yg dah lama tersadai... itu la rutin I sekarang, pagi ptg siang malam membelai mukanya yg berparut tu.. I tengok memang ada perubahan sikit.

Parutnya tak la sebesar mana pun, sekadar diameter lidi penyapu.... tapi I rasa sangat berdosa jika membiarkan ianya begitu. Tugas kita sebagai ibu ni bukan setakat menjaga keselamatan, kesihatan malah kecantikan anak-anak pun sebenarnya satu tugas penting yang harus kita titikberatkan supaya bila besar nanti mereka tak akan menyalahkan kita.... macam sorang hamba Allah tu... ada ke sering menyalahkan ibunya sebab giginya rosak sebelum menginjak remaja. Entah2 ibunya dah pun berpesan pada dia supaya gosok gigi tapi dia yang tak mau kot. ;D Malam2 makan gula2 lepas tu zasttttt zzzzzzzzz......

"Tak la... emak aku memang tak belikan aku berus gigi pun, abih aku nak gosok gigi pakai apa"

Pulak dah... gosok la gigi pakai arang.. Hahaha.

Ya la kan... orang zaman dulu kan adakala tak menitikberatkan hal itu. Apatah lagi bila anak-anak pulak ramai sampai berbelas-belas orang.


Nak salahkan ibu ke kalau tak cantik? Itu artis-artis yg kulit gebu ala2 Miss World tu ibu diorg mesti selalu bagi makan pulut, tak bagi main panas... iyakah?



p/s : Anak-anak I pun tiap hari nak kena jerit untuk menggosok gigi.



Monday, February 21, 2011

FACEBlog

Jom join bendalah ni plak...



Mari baca apa kata mereka :

Selamat Datang diucapkan kepada semua yang sudi hadir ke THE FACEBLOG. Tujuan faceblog diwujudkan ialah atas dasar untuk mengumpul dan membina satu komuniti blogger khususnya di seluruh Malaysia dan dunia amnya. Marilah kita bersatu dan bekerjasama dalam membantu rakan-rakan blogger kita di seluruh Malaysia.

Seperti Facebook, kami juga mempunyai tujuan yang sama iaitu menjalinkan hubungan yang lebih erat di antara para blogger di seluruh Malaysia selaras dengan tema yang kami gunakan iaitu seakan-akan teman FACEBOOK.

Sertailah kami dan bersama kita memeriahkan dunia blog Malaysia.

Terima kasih.

Klik sini untuk join.


Sunday, February 20, 2011

Aku memang dah tak giat berFB.... cari saja aku di sini..

Menu malam ni...

Kali ni mencuba resepi sorang adik blogger tu (perap ayam selama 3 jam bersama sunquick, blackpepper + madu) tapi I tambahkan sedikit halia. Then bakar.

(Sorry ya Dik... akak terlupa plak URL blog u)


Ok.... dah siap dah pun... I nak makan bersama dgn nasi jagung campak2 ni, tak menumis pun.. haha (kan I tgh pantang menggoreng), so semua ingredient I campak je dlm rice cooker macam orang masak nasi lemak... tak tau la apa rasa, yg pasti ada rasa butter tu dah buat I selera nak makan...

tapi ayam BBQ tu rasa dia terkurang umphh la.....maybe sebab ayam tu terkurang perap kot (perap sejam je sbb anak2 dah merengek nak makan... rasa dia kurang meresap plak... klu nak sedap kena makan dgn sos BBQ).

Pastu...


I buat " fruit jelly bodoh2" ni..... eh tetiba teringat sorang kawan I bila sebut menu ni... Sorry ar Mak Neng.... sekarang aku memang dah tak giat berFB sangat. Jgn la rindukan aku sampai kata aku dah mati, aku memang belum mati lagi (teruk ek kitorang bila bergurau senda cakap mati2 plak.... nauzubilahiminzalik... I nak panjang umur, sian anak2 I sapa la nak jaga).

Resepi untuk fruit coctail campak2 ni ada dlm entry yg lepas2... cuma kali ni I tak guna sumi jelly sebab IRP cari sumi kat JJ tak jumpa2 so, yg warna merah tu I ialah Jelly segera dari sebungkus jelly serbuk yg telah dididihkan. Kuah dia I bubuh ais krim soda setin.... memang segar dan sesuai untuk diminum ketika cuaca panas, badan panas dan hati panas.

Akan tiba waktunya.....

Suka plak membaca apa yang ditulis oleh si Serol ni.... oh tak kenal Serol? Tak kenal takpe, dia pun tak kenal I dan I pun tak kenal dia....

"Semasa kamu diam dan bersabar mendengar cacian orang, malaikat bersama denganmu yang mana sedang menjawab caci maki orang itu bagi pihakmu, tetapi apabila kamu menjawabnya semula (membalas caci maki), malaikat itu meninggalkanmu, dan syaitan telah datang di antara kamu." (Hadis Riwayat Ahmad)

Apa kata...... lepas ni kalau ada orang mencaci maki kita, kita wat dekkkkkkkkkkk je! Diam2... tunduk2 buat muka sedih sambil beristigfar panjang-panjang, bayangkan syurga yang indah dan penuh dengan pelbagai kenikmatan. What say you?

sob sob sob..

sabarlah... Allah bersama-sama orang2 yg sabar..

Kata-kata ni sebenarnya I tujukan buat temanku Eliza (nama samaran), yang sering kebuntuan kerana hidup sering dihina oleh ibu mertua kerana perkahwinan antara 2 darjat, Eliza ni kalau nak dibanding dgn suaminya, belajar pun tak tinggi mana.... harapkan muka je la cun - tu pun ibu mertuanya kata mukanya tak cun. Biasa ler tu kan... kalau dah tak berkenan, muka secantik Celeopatra pun dikata macam Turinem. ---> sesuka buat anak orang, tak takut ke kalau benda tu berbalik pada anak sendiri ya?

Sudah-sudah la menangis tu Eliza... tu la, dulu I suruh u kawin dgn si Jehan anak yatim piatu tu ko tak mau. So, sekarang.... ko ubatilah hatimu dengan apa yg si Serol ni tulis.... begitu mendalam maksudnya dan kau pasti dapat ubat di balik kata-kata ini :

Apabila ujian/dugaan menimpa kamu.. apabila kamu mendapat/menghadapi sesuatu yg tidak kamu sukai, maka berbaik sangkalah pada Allah.. jangan mengeluh, jangan marah, jangan menyalahkan takdir.. Allah akan naikkan darjat kamu, ampunkan dosa malah tambahkan nikmat yg tidak terfikir dek akal jika kamu bersabar dan bersyukur....


Semoga kau selalu tabah Eliza...






Saturday, February 19, 2011

Entry Malam

Sedap-sedapnya uoll masak hari ni I nampak... Capcai la, lepat labu la, Ayam Bbq, Kerabu Perut dan mcm2 lg hinggakan I nak update blog pun bertangguh 1/2 jam stuck kat dashboard sebab terlalu asyik menghayati gambar-gambar makanan yg sedap2 tu.

I tak de la nak crita apa pun... tapi dah terlogin kan, I update la blog... ;) sambil tu nak menghargai pemberian Ustazah yang mengajar anak I mengaji ni.



Thanks Ustazah, sedap-sedap nampaknya kek-kek yang beliau bagi ni.... ada kek pisang, kek gula hangus dan kek coklat kukus (semua resepi untuk ketiga2 kek ini ada di dalam entry Miss Mirror yg lepas2 ya puan2... sila google search under label RECIPE). Memang rasa sgt berharga bila seseorang memberikan kita sesuatu time kita tak dapat keluar rumah macam ni. Thanks so much! Moga dirimu terus dilimpahi rezeki.




pastu kuih goyang ni... ranggup dan sedap.


Jumpa lagi... nampaknya IRP dah sampai - membawakan makanan utk dinner kami hari ini.

** (baru kuarantin beberapa hari.. dah bersugul sakan mcm ni.... kalau orang duduk kat penjara tu tah macam mana lagi seksanya kan... nauzubilahiminzalik)

Entry tengahari

Hari ni anak uoll sekolah tak? Si Shashal kena sekolah plak... sib baik dia tak kisah pun. Sementara dia belum sampai tadi, I masakkan muffin. Qistina yg masih lagi dalam tempoh MC, sgt happy bila I kata nak buat muffin.... maybe sebab dia pun bosan kot lama sgt kena kuarantin. Nak keluar makan muffin kenny rogers pun... tak kan nak keluar pakai mask plak kan, dan lagi... alangkah tak patutnya kalau kami sesuka keluar di tempat awam dan menyebarkan lagi virus2 chicken pox kepada mereka yg tak berdosa di luar sana.


Menjarakkan diri dari oven sejauh mungkin (suhu kepanasan yg tinggi amat tidak sesuai untuk pengidap chicken pox, sbb tu tak leh menggoreng2... gitu eh teman2 blogger ckp semalam), once dah masukkan je acuan ke dlm oven yg telah dipanaskan.. I pun lariiii....zoommmmm dan 20 minit kendian.... siaplah ianya...



Abaikan ttg 2 acuan yg telah kosong itu.... ada la tu crita di sebaliknya...
Walaupun entah apa rupa dan bentuk muffin ini (tak beli kertas muffin pun).. anak2 sgt sukakannya. Tip mengadun muffin - jgn lebih dari 15 minit.

p/s : Untuk resepi2 muffin yg lazat, boleh la tanya Kak Asma, pembuat muffin yg tegar (sila rujuk bloglist).

DR HALINA YANG JELITA...

Begitu ramai yg cari gambar DR. HALINA BERTUDUNG, ok kay... aku dah update dekat sini (click here)... manis dan anggun!  Bertuah kau Muzzafar..


 
Dr. Halina dan Dr. Sheikh Muzaphar


Kerana kau oh Muzaffar..... I beli majalah ni tau! I sebenarnya dah terlalu lamaaaa tak beli majalah sejak berblogging ni. Bukannya apa, adakala membaca coretan pengalaman teman-teman blogger sendiri dirasakan dah cukup untuk mengisi masa terluang. Blog2 mereka dah umpama gedung ilmu yg menyajikan apa yg I impikan.....Tu yg dah lama tak beli apa2 majalah tu......tapi entah mengapa bila balik dari klinik (masa sakit perut itu ari) terpandang muka jejaka pasangan pengantin baru yg sama cantik sama padan  ni... terus I terpaut hati untuk membeli.


Curang?????




Aiiiii!!!!  Minat gitu gitu je pun bleh dianggap curang???
Sib baik I terminat dgn kedua-duanya sekali (si Muzaffar plus Halina2nya sekali), kalau cuma Muzzafar sensorang, amatlah tidak baguzzzz you know....... Arakian  tadi I terbaca komen seorang komentar tu (tak perlu la I bagitau I terbaca kat mana)... dia kata..... (AMARAN : belum sahih lagi... I pun tengah berusaha untuk mendapatkan kepastian dari Ustaz/Ustazah bertauliah or maybe nak google je la jap lagi untuk memastikan benar atau tidaknya hukum ini).


"Bila kita selalu berhubung dengan seseorang itu (tak kira la guna medium apa pun) dan hati mula teringatkan orang tu (teringat siang malam terbayang2), hatta celebrity/pelakon/penyanyi sekalipun dan kita hanya ingat dalam hati... kita dah boleh dianggap curang di dlm islam - beliau terbaca di sebuah buku" - Huh????!!!!!! Curang???? Minat2 gitu je dah dianggap "CURANG"??? Seram tu! Bagaimanapun pengkomen sempat juga meminta maaf sekiranya fakta ini salah dan ini bermakna ianya menjadi tugas kita untuk "menggali" lagi isu ini.

Jom kita google untuk kepastian lagi. Bab2 curang ni bukannya boleh dibuat main2... kalau tak sempat tobat...

p/s : Apa-apa pun Majalah Aniqah tu memang best... byk info2 keibubapaan yg kita boleh perolehi.



Friday, February 18, 2011

RESEPI TEH TARIK KAYU MANIS

Oleh kerana ada cik adik manis yg berminat untuk mencuba teh cinnamon yg I critakan tadi, di sini I sharekan cara-caranya :
Boleh jugak buat macam ni....


Bubuhkan 1 setengah sudu teh serbuk kayu manis ke dalam secawan air panas dan campurkan sedikit madu untuk menambah perisa.

ATAU : Buat teh tarik/kopi tarik/milo tarik macam biasa - taburkan serbuk kayu manis ke atasnya.

* Buat teh tarik tau kan?

• According to researchers at the UGA College of Family and Consumer Sciences, cinnamon lowers blood sugar by slowing the emptying of the stomach which reduces a sudden rise in blood sugar after meals and also improves the effectiveness of insulin. Insulin plays a role in the levels of bad cholesterol so when blood sugar levels are lowered, bad cholesterol levels may also lower. Sumber :  brighthub






Sabun Bidara





*SET RAWATAN SAKIT KULIT GELENGGANG*




Daun Gelenggang telah digunakan zaman-berzaman oleh nenek moyang kita dalam mengubati penyakit kulit seperti *panau*, *kurap*, *kudis*, *ruam*dan *kulat air* Kini gelenggang telah dikomersialkan dlm bentuk krim dan sabun gelenggang.


Harga Set Gelenggang ini ialah:
*RM45 SM/ RM49 SS* iaitu yang mengandungi 1 unit Sabun Gelenggang dan 3 unit Krim Gelenggang termasuk kos pos laju.


Harga pakej tersebut adalah termasuk postage/kos penghantaran.
Contact 

www.wasap.my/+61470105263

Jgn Mengoreng-goreng dan Jgn ber**** (18sx)

Alhamdulillah pagi ni I dah boleh memandikan anak I, dah tak perlu menyusahkan IRP membeli sarapan seperti semalam, maybe berkat doa dari ibunda tercinta yang I telefon malam tadi ,bisa-bisa tu dah hilang.

Penulisan I terhenti seketika tadi sebab cleaner2 I dah sampai.... sangkakan mereka akan terkejut dgn wajah baruku yang bak Hantu Mak Limah ni... tapi sebaliknya makin mengajak I berbual-bual, satu nasihatnya yang ternyata mengejutkan I ialah :

"Puan, puan tak boleh menggoreng-goreng, setakat masak nasi takpe... nanti chicken pox tu akan menjadi-jadi malah boleh jadi benda lain plak" kata wanita indonesia itu membuat I berfikir.

Iyer ke? Kalau macam tu, uoll kalau terkena chicken pox, masak la guna microwave ya. Microvawe I memang dah lama masuk ICU.

Mungkin cleaner I malu untuk memberikan satu lagi nasihat yang berunsur kelucahan melampau ni. Untuk 18 tahun ke bawah sila jgn baca. Memula I dengar pun, macam pelik je bunyinya dan tak masuk dek akal. Mereka kata, kalau anak terkena chicken pox, emak ayah kalau boleh elakkan dari ber**** (18sx) suami isteri. Tu la yg peliknya tu, anak yang kena chicken pox, apa plak hubungkaitnya dgn ********.   Tak logik la plak kan?.

I rasa la kan... petua-petua orang dulukala ni, tak semestinya betul, apa yg berlaku sekadar kebetulan. Kebetulan dia buat benda tu jadi benda ni, then they came to that conclusion.

Walaupun petua-petua dulukala tak semestinya betul, tapi petua panjang umur yang I baca di blog seseorang ni maybe betul kot..... Kulit kayu manis untuk pemanasan badan, melancarkan peredaran darah. Tu yg pagi ni, I buat teh tarik plus cinnamon. Alhamdulillah, badan I yg memula sejuk-sejuk bangun subuh tadi dah kembali panas.

 
Tu la... I dah tergoreng-goreng benda ni plak pepagi tadi... patutlah makin teruk chicken pox I ni :P Ah anggap je la, makin keluar banyak makin bagus. Think positif kay! Orang kata, selepas seseorang itu terkena chicken pox, virus-virus itu akan meninggalkan antibodi yang kuat pada badan kita. Wah! Bestnya.

Thursday, February 17, 2011

Kalau romantik sangat je tu.. ada la yg mencurigakan..


Wahai remaja-remaja single... sila berhati-hati dengan teman FB yang anda baru kenali. Apatah lagi yang terlebih caring, menjanjikan pelbagai kemewahan.... handsome plak tu.


"Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN)Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, Facebook adalah taktik terbaru dikenal pasti digunakan oleh sindiket dadah antarabangsa untuk merekrut rakyat Malaysia bagi dijadikan keldai dadah". ---> berita lengkap sila klik sini.

Sendiket ini dipercayai menggunakan warga lelaki tempatan untuk memperdayakan gadis dan janda bagi tujuan untuk mengkeldaikan mereka. Oo I see... sangkakan menggunakan warga asing, kalau tidak.... naik curiga gak la I dgn teman2 warga asing I kat FB tu... hehe jahatnya berburuk sangka... Mana taknya tetiba je lately ramai plak warga asing seantero maya request fren atas alasan...ingin mengenali lebih rapat dan selalu singgah blog I... bla bla bla. Macam musykil plak aku.... guna google translate ke apa baca blog I ni Madam?


Untuk YATIE TIJB : Kalau ko nampak muka aku sekarang, ko mesti terkejut.... tersangatlah "CANTIK"nyaaa........ huaa pedih, sakit mencucuk-cucuk... dah masuk hari ke 4 ni baru rasa bisa2nya. Patutlah Allah turunkan hanya sekali sahaja penyakit chicken pox ni bagi tiap individu sbb bisanya Ya Allah..... hanya Allah dan mereka yg pernah mengalaminya je tahu situasi aku masa ni. Thanks ya tepon aku tempohari.








Wednesday, February 16, 2011

Wanita Cantik Selalunya Selfish?

Sedang merendam ayam untuk BBQ (oven BBQ je). Tetiba terlintas di kepala satu statement yang I terbaca semalam pastu ingat nak tanya uoll.

"Wanita Cantik Selalunya Mementingkan Diri Sendiri", apa komen uoll? Jika tanya I, bermakna jawapannya ialah "Kurang bersetuju". Bukan apa, best fren I semua cantik-cantik belaka. Nanti kecik ati plak mereka. Terus plak I dipulaukan.... dah la tgh sakit-sakit... kena pulau plak.... sedey T __ T.

Baiklah... kita bincang perkara ni dari sudut kebenarannya ya. Apa yang dimaksudkan oleh penulis tersebut ialah berkenaan sikap gadis-gadis jelita yang tergamak melukai hati wanita lain asalkan dirinya mendapat apa yg dihajatkan. Janji dapat kemewahan, tak kisah la suami orang ke, tunang orang ke.. sapu je. Kat sini macam ada betulnya pendapat penulis tersebut. Emm... ya ke?

Tapi I rasa, orang berwajah buruk-->( ishhh tak patut la I kata mcm ni..).. pun mereka ada melakukan perbuatan-perbuatan seperti di atas. Alkisah, sorang kawan I pernah terkejut bila mendapati suaminya berskandal dengan wanita yang 7 kali ganda lebih buruk dari rupanya. Kira selfish jugak la tu kan, dengan muka tak malu... mengusung suami kawan I tu ke sana ke mari. I tegur pun buat dekkk je.

Bagaimana pula dlm kehidupan berumahtangga, adakah jugak selfish? Asyik nak menang sendiri? Nak balik rumah emak sendiri?

Eh entahlah... makin dibincang makin menakutkan plak isu ni. Uoll kalau nak komen jangan plak menulis nama2 individu plak ya.... seram I, tak mampu bayar saman... You all bayar la sendiri kalau TER.

Tuesday, February 15, 2011

Entry seorang wanita yang kena kuarantin

Sedang mencari-cari keindahan di hujung kebosanan. Alhamdulillah masih ditemui.... Dari raut wajah ceria anak-anak menghadapi hari cuti, wajah simpati dari sang suami yang berjanji untuk membawaku makan di tempat yang best2 jika kusembuh nanti... menjadi satu semangat untuk aku segera sembuh.

Ibuku pun dulu waktu aku kecil-kecil sering berjanji sesuatu tiap kali aku sakit...

"Lekas-lekas sembuh ya, nanti nak pegi tengok pengantin rumah si polan dan si polan". 

Ah zaman tu... apa je yang menjadi hiburan orang-orang kampung kalau bukan keramaian majlis kawin. Bukan ada pesta air, pesta itu dan ini. Itu pun dah menjadi satu semangat untuk aku menelan cortal agar segera sembuh sebab nk tengok pengantin punya pasal.


Teman2 blogger yang rajin mengupload gambar makanan yg sedap2 pun menjadi pencetus untuk aku segera sembuh.... huh! takpe... nanti aku dah sembuh... aku cari semua makanan tu!




kesian I... cuma makan speghetti meatball je hari ni...
maybe menu ni sampai ke petang... (kalau rajin
petang karang I masak sambal telur hancur)
takde kudrat la tgh sakit2 mcm ni I nak masak pelik-pelik..
sib baik IRP yg selalu tak suka speghetti, sudi jugak
makan, maybe ada meatball tu kot yg buat dia suka.


Kerepek ubi dan kurma merah
ni baru dapat dari Uncle hujung taman....
ada byk lg sebenarnya.. tp tinggal 2 item ni je
sbb yg lain2 dah dimakan si Shashal yg pantang jumpa coklat..

Untuk renungan bersama :


"Barangsiapa berselawat ke atasku satu kali, nescaya ALLAH SWT akan melimpahkan Rahmat keatasnya sepuluh kali ganda".(HR Muslim)

Semoga kita semua dapat memperbanyakkan selawat ke atas baginda, Nabi Muhammad S.A.W dalam kehidupan kita seharian. Lagi banyak lagi bagus.... Ok mulakan sekarang...


Monday, February 14, 2011

Alangkah indahnya kalau...

Saat-saat macam ni.... alangkah indahnya kalau..



berpicnic di tepian pantai....

pastu makan puding....


makan ABC...

Sedapnyaa....


p/s : tak sabar nak sihat... chicken pox membuat I terasa seperti wanita dalam pantang... sib baik comei ada inbox I tadi.... sangkakan kengkawan semua dah lari sebab takut terjangkit... hehehe....


Intan Berlian

Oh! Chicken Pox!!!
Bukannya I tak nak update entry.... tapi takut ada yang bosan.... tak habis-habis cerita tentang sakit. Tapi sejak semalam, I dah boleh buat kesimpulan mengapa I aritu tetiba  diserang demam, sakit perut, badan mengigil2 kesejukan.... rupa-rupanya I nak dapat "intan berlian" kat muka I ni. Wah! Kaya!!!!.  

Sekarang ni I sedang menghayati bagaimana serangan "intan berlian" a.k.a chicken pox yang orang kata.... makin tua kita dapat, makin sakit, lebih baik kena masa kita kanak-kanak. Betul jugak la kan.... kalau kita kanak-kanak, mana kita nak pikir masak ke, buat kerja rumah ke, kalau kita sakit, kita duduk diam-diam rehat. Bestnyaa. Kalaulah bondaku ada di sisi ketika ini, pastu beliau masakkan I sup panas-panas. I baring tido... baring tido. Berkelubung.. kan best.
Qistina yang telah mendapat serangan itu beberapa hari lebih awal dari I nampaknya dah berlari-lari. Kesian dia, habis penuh mukanya. Terpaksa cuti sekolah 7 hari kerana dibimbangi menjangkit pada teman2 yg lain.

Teman-teman menasihatkan I, jangan memasak. Amboiii....... tak semudah itu. Abih anak-anak I nak makan apa? Entah la... I pun tak suka menyusahkan IRP untuk tapau makanan2 dari luar. Teringat dulu time I mabuk pregnant, hari-hari makan nasi lemak... hee muaknya. Kalau sehari dua, takpe la. Ni pun tadi dah muak makan soto Mak Bedah (bukan nama sebenar).

Eh napa ha orang cengkering tak bleh masak? Tak paham la I? Tapi orang kata, jgn makan kicap, nanti parut menjadi hitam... hai terpaksa la kami puasa makan kicap.

That's why, selama tempoh I sakit cengkering ni, I masak resepi-resepi yang simple je. Janji ada benda untuk dimakan. I cadangkan beberapa resepi simple untuk uoll masak ketika sakit :-

1) Kalau beli lauk, pastikan yang telah dibuang kulit (fillet), senang nak proses... boleh buat menu di bawah atau sup.

Gambar dr google

ii) Buat je kambing/daging bakar - beli yang telah siap dipotong
 

iii) boleh la masak singgang ke, sup dll.

1v) Masak je sardin.

v) Jgn lupa penuhkan fridge dgn menu-menu instant spt donut, pizza dll... at least kalau anak-anak lapar... tinggal panaskan je.

Tapi minggu ni memang tak boleh la nak cerewet-cerewet sangat makan, semua kena makan apa yang ada je. I tak akan memasak lebih dari satu jenis. Kepala pun berdenyut... ya Allah macam nak tercabut. Macam gini rupa-rupanya sakit cengkering. Sib baik la belum merebak ke 2 belah tangan. Kalau tak memang tak boleh buat kerja kot. Kalau sampai ke stage tu, bermakna I terpaksa la order pizza je.

Ello uoll, ada menu lain tak yg lebih simple yg boleh uoll cadangkan? Sian I... time macam gini... takde pulak kengkawan yg singgah rumah, antar lauk ke?? :P........... sedih T __ T.

Saturday, February 12, 2011

Memang Kena Rajin Taip Nama Sendiri Di Google

Baru selesai menonton crita Ampunkan Daku TV3......... terus bukak pesbuk.. terkejut jap.

Giliran kaum kerabat I plak kena copy paste account FB?? Baru siang tadi terbaca kat blog si Hany tentang permasalahan kawan beliau yg I kira sgt mengaibkan. Sangkakan artis je yang selalu ada masalah diklonkan spt ini.

Untuk Aduan kes-kes seumpama ini : Sila rujuk SKMM

I rasa.... ada baiknya kita kena rajinkan diri buat ujikaji atas nama2 kita di "search" FB tu ataupun di google. Taipkan nama penuh kita atau apa-apa jua nama2 timangan kita , kot2 la ada yg cuba buat pengkelonan dan menyalahgunakan gambar-gambar kita macam kes kawan si Hany tu, at least kita boleh detect dari awal.

Now baru la I terfikir, mengapa ada sorang kawan I tu suka sgt add fren orang-orang yang sama nama dengan beliau. Rupa2nya sgt bagus untuk menangani kes2 seumpama ini.

Sesuka diorg je kan nak klon2 identiti orang lain, mencuri-curi gmbr org lain... dah terlebih-lebih duit kot utk byr denda RM50k tu.

Alhamudulilah, sebagai wanita yg tak glamer, ;) I tak pernah ada pengalaman menghadapi masalah di atas.... kalau ada pun di FB tu I terperasan ada satu nama "MISS MIRROR" milik seorang minah saleh yang tak berapa aktif berFB....( itu bukan I punya akaun ya puan2, jgn plak ada yg request fren).. Sib baik la makcik tu tak melakukan kegiatan tak bermoral... Kalau tak, I pun terpalit sama menerima contengan arang macam kes si Awal Ashaari yg mendakwa.....ada jejaka yg mengklonkan identitinya di FB dan sesuka mintak2 no. tepon awek dlm senarai frenlistnya.







Thursday, February 10, 2011

Psstt....I dah jadi Minah Saleh Sekarang...

"No Milk, no fruits, makan saja bubur untuk 2,3 hari ni..." Pesan Dr.


"Air Kelapa ok tak Doctor?"

"Can.."

Teringat my late dad dulu pernah ter... termerokok dlm keadaan tgn beracun (baru lepas meracun rumput, then lupa nak basuh tgn). Pastu... apa lg... minum la beliau air kelapa sebanyak2nya sebagai penawar. Alhamdulillah sihat beberapa hari kemudian..

Sebenarnya I bukan la terminum racun.... cuma dah 3 hari sakit perut (dah sembuh demam... sakit perut plak). Gara-gara makan nangka. Tak byk pun... sekadar semangkuk pengat yg bibik masak.


" Tu la I kan dah cakap, I dah jadi minah saleh sekarang, tak bleh makan itu nangka... Itu nangka sudah buat perut saya sangat sakit .... you know? Itu petai pun saya sudah tak boleh makan. Saya hanya boleh mkn itu fish and chip" - (murid-murid - sila jgn percaya tatabahasa rojak yg digunakan.)






Tu la... sanggup I dlm kesakitan perut yg amat I gi JJ siang tadi sebab cari jambu batu. Petua org2 tua zmn dulu... makan pucuk jambu batu or buah jambu batu yg masih keras.. InsyaAllah... sakit perut tu akan hilang. Tak sangka plak Dr. nasihat elakkan mkn buah hingga benar2 sembuh.

Lagi satu, mak nenek I pesan... makan ciku mentah yg masih kelat.

Apa-apa pun, Dr. kata... esok insyaallah I akan sembuh sebab tadi dah makan ubat-ubat yg dibekalkan.

p/s : Aduhh.... boring la asyik crita sakit2 tak sudah kan.. kejap demam, kejap sakit perut..... kalau nak komen uoll crita lain la plak kan.... crita isu2 terkini... apa dianya? Cuba habaq kat I di ruangan komen di bwh. Skrg ni blogger2 tgh hangat bincang pasal isu Iframe ... psstt sib baik I dah pasang anti Iframe kat blog I pagi tadi.