Sunday, October 31, 2010

DOA PENGASIH (PEMBETULAN)

Salam semua....

Untuk readers blog ini yang selalu singgah kerana ingin mencari Doa Ilmu Pengasih tu... I nak minta maaf sebab ada sedikit kesalahan ejaan.......... dan sekarang telah pun dibetulkan di entry berikut :


Terima kasih kepada Ustazah S.A.... (actually dah lama suruh beliau check tapi baru hari ni berkesempatan berjumpa beliau).... Tgh minum2 teh dgn beliau di rumahnya ni.... jemput semua.

Semoga dpt memberi manfaat kepada semua...

Untuk memudahkan anda, saya copy paste semula :

ALLAHUMMARZUKNI IZZAU
WA SUROFAU
WAJ ALNI MUKMINATAN
SHOLIHATAM... MAHBUBATAN
INDAKA WA INDANNAASI JAMI'A

Segala kesulitan amatlah dikesali.

Saturday, October 30, 2010

Doa Orang-orang yang dizalimi


#Janganlah bersedih : sentiasa yakin dengan janji ALLAH bahawa tiap musibah atau kejahatan makhlukNYA terhadap kita pasti akan memberikan kebaikan buat kita di dunia dan di akhirat apabila kita sentiasa bersyukur dan redha atas kehendak dan ketentuanNYA. Berbaik sangka terhadap ALLAH, Pencipta kita.


#Allah menguji bukan bermakna Dia membenci, bahkan itu tandanya org itu sedang dirahmati kerana diberi perhatian. Sekurang-kurangnya orang itu ada peluang untuk bersabar. Sabar itu yg dikatakan ibadah.


 
"Dan jgnlah engkau (wahai muhammad) menyangka ALLAH akan lalai akan apa yg dlakukan oleh org zalim; Sesungguhnya DIA hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yg padanya terbeliak kaku pemandangan mereka ( kerana gerun gementar melihat apa yg berlaku ) "
-Surah Ibrahim: 424




Allah akan hadiahkan pelangi selepas turunnya hujan...



Tertarik dgn kata-kata satu forumer ini :

"Ini apa yang dikisahkan daripada lecturer saya. Bila kita selesai solat, dan kita berdoa, malaikat akan turut mengaminkan doa2 kita. Tapi, kadang2 oleh sebab dosa2 yang kita dah buat, doa kita telah terhijab untuk dimakbulkan, begitu juga malaikat tidak turut mengaminkan doa kita.
Namun, bila kita mendoakan diri kita dan kesejahteraan orang lain, yang mana mungkin hatinya lebih bersih daripada kita, yang amalannya lebih banyak dan yang sentiasa dirahmati Allah, malaikat akan mengaminkan doa2 kita tu.. Bila malaikat mengaminkan doa kita kepada orang lain tu, secara automatik doa kita untuk diri sendiri akan turut teramin oleh malaikat."

"Ya Allah, limpahkanlah rahmat-Mu ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W sebagai selawat yg mendatangkan keredhaan dan memenuhi semua hak keutamaan baginda". Nama yg Engkau sebutkan dlm kitab-Mu atau nama yg Engkau ajarkan kpd sesiapa shj dr kalangan makhluk-Mu atau yg Engkau rahsiakannya dlm ilmu ghaib di sisi-Mu (aku mohon) agar Engkau menjadikan Al-Quran yg maha agung sbg sumber ketenangan bg hatiku, cahaya penglihatan (mata hatiku), menghapuskan perasaan dukacita dan sbg penghalang kpd perasaan sedih dan gelisah".


Sedang menelaah entry2 di :-
2) Doa orang yang dizalimi - kesal mendoakan kematian (Seeloknya jgn la kita mendoakan sesuatu yg buruk sehingga melibatkan kematian.... ada sesiapa boleh ulas, saya ada diberitahu jika mendoakan kematian dosanya seumpama kita membunuh org itu?)

Tuesday, October 26, 2010

Berkabung 3 Hari 3 Malam.....

Dulu time kecik2..... bondaku sangat marah kalau kami beriang ria membuka radio kuat-kuat kalau jiran tetangga sedang dilanda kesedihan, apatah lagi kalau melibatkan kematian atau kesakitan...

Tu la yg I rasakan sekarang.....Terasa ingin "berkabung" dari berblog je rasanya.... tapi bukan sebab kematian.... ianya melibatkan kesedihan yang tak tertanggung oleh beberapa orang sahabatku mutakhir ini... Tragedi Oktober telah melanda mereka...(Status mereka di laman sembang popular itu mengiyakan). Wey.... apakah yg telah membuat korang asyik bersedih je mutahkir ini ha?? Penat aku berteka-teki....

Sedih sungguh bila I tak dpt sedikit pun "membantu" dlm saat2 menghadapi kepayahan mereka itu... I tepon pun tak diangkat.... maybe keadaan terlalu mendukacitakan hingga tak dapat membezakan bunyi telefon dgn bunyi hon kereta kot? Hahahaha... eh pehal aku ketawa plak ni??

Sedangkan saat I berdukalara.... merekalah insan2 yang menyapu air mataku.... cehhhh...

Jadi..... sbg tanda "perkabungan" atas kesedihan mereka itu, hari ni I cuma nak cerita apa yang I telah masak je.... tak mo crita yg grand2.... ala2 divas... itu kena KIV dulu!.... Lain kali je crita bila kengkawan I semua dah kembali normal...

Menu2 semua.... ibarat kata Cik Mat Gebu.... "Menu Berprofil Rendah..."


eh ni bukan menu... cuma nk crita kat MS....
(rahsia antara aku dan dia... pssttt MS.... ko pakai ni ke?)


ayam pedas - sebab apa I masak bendalah ni?
sebab teringat si Comei kata Mr. L pernah masakkan
untuk dia..... so spicy tapi sedap!




this is my fav.!!! Mkn dgn nasi panas mmg sedap!



Leek and macaroni....


p/s : Berkabung selama 3 hari 3 malam.... hari keempat dah boleh crita ala2 divas!!!

Monday, October 25, 2010

Janganlah Kahwini Lelaki "Gila" Tapi Kahwinilah Lelaki Yang Tergila-gilakan Anda...

Status I di FB baru-baru ini :

"Buat adik2 manis semua, temanku berpesan : " Kahwini dan Cintailah kepada lelaki yang mencintaimu bukan lelaki yang kamu cintai " : maksud dia... kahwinilah lelaki yg tergila2kan anda bukan yg anda gilakan...pasti anda akan bahagia.. Tip yg bagus utk anda... hehe.." ~ Puan Sam.

Post ini mendapat feedback yang agak meriah di wall I tapi tak mampu nak copy paste di sini... Ada yg setuju dan ada yang tidak.... Bagaimanapun I tertarik dgn beberapa komen kawan I iaitu di antaranya : 
 Puan A : jodoh di tangan Allah tapi kita berhak memilih, pinjaman semata pasangan kita, yang kekal abadi hanya Allah.. kasih, cinta boleh berubah2 terhadap manusia.. so cinta la Allah dan kahwin biar la kerana Allah... amacam Sam? ada gaya ustazah norbaya? hahahaha 

 Puan B : wah sam..berkobar2 tui..he.e..tapi aku rasa tak adil gak klu kawin ngan orang lelaki yang betul2 gilerkan kiter....kot kiter tak der hati langsung..wuih makan hati tuuu....abih tu klu dah kawin..ader lagi lelaki yang tergiler2 kan kiter lagi camtu..eh.e. 

  Tuan C : Tapi andainya satu hari tu, dia sembuh dari kegila2an nya... camne lak? Puan Sam : hahaha... 

Tn C ~ masalah gak tu... itu dah mcm terkena mandrem je sampai boleh expired plak kegilaannya tu?



Apa2 pun jodoh itu unik. Seringkali yang dikejar-kejar menjauh. Yang tak sengaja mendekat. Yang seakan sudah pasti menjadi ragu. Yang awalnya diragukan menjadi pasti. Yang selalu diimpikan, tak berujung pernikahan. Yang tak pernah difikirkan, bersanding pula di pelaminan.
Memilih pasangan untuk menumpang kekayaan, kelak kehinaan yg kau dapat.



Suddenly tadi terbaca kat paper tentang KENCING (sorry... memang itu pun tajuk dia) KAT MUKA ISTERI LAFAZ TALAK..... Aduhaiiii..... tak nak komen banyak sebab terlalu menyentap perasaan....... Ya Allah.... apalah nak jadi.... Entahlah.... apakah dulu masa bercinta, si suami ni kurang " tergila2" kat si calon isterinya? Ataupun seperti yang Tuan C risaukan tu ada kebenaranya ??? (sila rujuk dailog Tuan C di atas). Oh entahlah.... betul la spt kata Puan A : "pasangan kita pinjaman semata, yang kekal abadi hanya Allah.. kasih, cinta boleh berubah2 terhadap manusia."

KUALA LUMPUR: Hanya kerana masakannya tidak menepati selera, seorang isteri menerima deraan kejam dan tidak masuk akal apabila dibelasah, dicukur kepala hingga botak dan lebih mengaibkan, mukanya turut dikencing suaminya.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam Khamis lalu itu, suami terbabit yang berusia lewat 30-an turut menceraikan isterinya dengan lafaz talak tiga ketika kencing ke atas mangsa. Berita selanjutnya klik sini... p/s : Don't Let Someone Become Your Everything Because When They're Gone You Have Nothing!!


Saturday, October 23, 2010

ZERO NEGATIVITY DAY


Zero-Negativity-Day-The-15th

Wah 15hb??? Of course saya suka tarikh itu............ sebab my birthday juga 15hb kan.... Secara tak langsung dengan menyertainya anda akan ingat birthday saya selalu. ;). Jangan lupa hadiah birthday utk I tau..... tak susah.... GUCCI SUNGLASSES RM1k je.... (e'eh... tercakap plak... ingatkan nak cakap dlm ati je tadi).

Jadi apa sebenarnya Zero Negativity Day ini ya? Klik di
Zero-Negativity-Day-The-15th untuk join di FB. Thanks Izawati Ahmad.

Justeru itu..... mari kita sama-sama untuk selalu berfikiran positif dalam menjalani kehidupan di dunia ini mungkin dengan cara berikut -

1. Selalu berfikiran positif kepada Allah SWT dengan terus mendalami Al-Quran dan mendekatkan diri pada-Nya.
2. Selalu berfikiran dan berprasangka baik/positif kepada sesama manusia
3. Jangan sekali-kali memikirkan sesuatu yang negatif yang belum terjadi.
4. Selalu mengeluarkan kata-kata yang positif ketika berbicara
5. Jangan lagi mengeluarkan kata-kata negatif ketika berbicara
6. Berusaha dan berfikir yang positif sehingga dapat menghasilkan perkataan, pemikiran dan perbuatan yang positif.

Kalau dah susah sangat untuk selalu positif... apa kata hanya pada 15hb tu kita USAHA sehabis mungkin untuk melupakan niat mengeluarkan status2 negatif sama ada di wall FB mahupun di blog.... break sekejap untuk menjadi orang yang palinggggg positif. Begitulah matlamat utama page ini. So kalau 15hb tu rasa nak negatif je... kita tundakan pada hari esoknya... :D..... masalahnya I ni selalu lupa tarikh... hopefully admin akan selalu ingatkan I ya!


p/s: Tetiba I jadi positif pulak kerana menulis entry ini.... miracle kan!!! So, anda bila lagi...


Thursday, October 21, 2010

TIP MEMASAK KAMBING DAN RESEPI CHILI CRAB

Salam..... Apa khabar sayang-sayang semua??.
(amboiiii bersayang-sayang....... ) I nak tujukan pada teman-teman anakanda I la.... yg baru terjumpa blog auntie ni lalu tertanya2 di sekolah mereka :

"Eh itu blog mama awak ya?? Kita rasa itu blog Mama awak la... Kita nampak gambar dia".....

Hmmmm.... entah ya... blog sapa ni agaknya?. Auntie pun tak tau... Hahaha... gedix betul auntie ni... Apa-apa pun hari ini auntie nak ajar uoll cara-cara memasak KAMBING yang sangat marvelous!

Oh ya... kepada teman-teman I yang terlalulah mengidam dengan chili crab tu.... sila direct ke
CHILI CRAB RECIPE... pun sgt marvelous!!!


Kalau sayang-sayang nak bagi kambing tu supaya hilang bau kambingnya dan rasanya lebih UMPHH... jgn lupa didihkan kambing tersebut lepas tu buang airnya, then gantikan air baru lantas bubuhlah daun pandan... masak macam biasa mengikut resepi yg anda suka. Memang sangat marvelous!

Terima kasih kpd Datin Zete atas tip ini.... Zete adalah pemilik Restoran Baseer Puchong... (jgn lupa singgah ya!).



Tip kedua datangnya dari teman I... Kak Lin namanya, seorang pengusaha katering di KL... thanks K.Lin.... untuk membuang lemak pada kambing itu... caranya ialah ketika merebus jgn lupa masukkan air kelapa sikit...

Tip2 lain...

Kalau masak kari daging kambing elak guna bawang merah kisar. Banyakkan buah tomato. Sebelum tumis bawang putih dan halia, goreng biji sawi dulu. Lepas tu baru masuk rempah kari daging. Dah  naik bau, letak buah tomato yg dicincang. Masukan daging. Gaul hingga rata lepas tu masukkan air. Masak hingga daging empuk. Akhir sekali masukkan yogurt. Jgn guna santan.

Cara lain  utk hilangkan bau kambing, boleh pilih juga antara berikut : - 
- Buang buih rebusan. 
- Lumur dgn kunyit.
- Lumur dgn halia.



Ha.. ini la yg I sibuk kat dapur arini... masak kari kambing!!!


rebuskan dalam sejam then barulah angkat dan
buatlah masak kari..


kari yang telah sedia dihidang.....hasil kombinasi tip-tip dari
teman-teman tersayang....





Ok...jgn lupa tip2 yang auntie kongsikan ni ya adik-adik... belajar rajin2 tau!

HAYATI SETIAP INCI RUMAH ANDA JIKA ANDA BOSAN

My MIL pesan.... kalau bosan...

"KITA KENA HAYATI SETIAP INCI RUMAH KITA...." So, sekarang Miss Mirror sedang menghayatinya....

...sedang menghayati mee hoon sup cendawan ini...
walaupun biasa2 saja... tetapi tetap menyelerakan si Shashal.



rindu dengan kehijauan desa.... menghayati ruang belakang rumah...
....pokok kunyit ini
mengimbau kenangan silam..

cekur ni belum sempat besar lagi I dah selalu kutip hasilnya...
sgt sedap menu berasaskan cekur...memang my favorite dari
kanak-kanak lagi.. hmmm tak tau la kenapa...


apa lagi yang ingin I hayati di rumah ini dengan penuh penjiwaan??

?
?



Oh... bunga yg kugubah sendiri ini... ada nilai2 estetika tak??
Mcm tak je kan.... takpe... belum penuh penghayatan lagi tu....
Just sembrono2 ala melepaskan batuk di tangga. Uhuks...
esok2 bila mood dah ok.... akan I gubah jambangan bunga yang
sangat MELETOPPPS....


hayati keindahan seni biskut tembikai ini...
jelita.... tapi kalau dalam tu berinti kacang...tentu lagi sedap!
Anyway... thank MIL kerana biskut ini...
dah hampir habis kami makan sambil melengkar2 depan TV...


So, what else you ask for? Semua yang ada di dalam dunia
ini indah2 belaka jika kita tahu menghayatinya...
So, jangan ditanya lagi sama ada I bosan atau tidak
tinggal seharian di rumah...

Segalanya bergantung pada apa yang ada di dalam diri anda!

Tuesday, October 19, 2010

Oh Baru Aku Tahu Kenapa Kawan2ku Makin Beranak Semakin Berseri....

Sangat tak de mood utk bercakap banyak arini... so I copy artikel dari blog seseorg masa I blogwalking tadi ya... (maksud I baca yg I highlightkan itu untuk anda kupas tajuk di atas). Sebab2nya artikel ini dipilih ialah.... sebab macam ada hubungkait dengan permasalahan kawan I yg bertanya :

"apatah istimewanya aku ni? aku pun tak tau la Sam.... pening aku terjebak begini" - begitulah kata-kata seorang ibu beranak 5 yg musykil dengan diri sendiri... apakah kemusykilannya.... nanti kita baca sama-sama ya....


Kelebihan isteri-isteri yang menjaga anak-anaknya…

“ Menjahit pakaian anak-anak, Allah mencatitkan perbuatan baik yang dilakukan sebanyak helaian benang pakaian yang dibuat dan memadamkan seratus catitan perbuatan jahat yang pernah dilakukannya. Disamping itu juga Allah akan mencatitkan baginya ganjaran sama dengan orang yang memberi makan kepada orang yang tidak berpakaian.”

“Meminyakkan rambut anak, menyikatkannya, mencuci pakaian-pakaian mereka dan memandikan anak-anak, Allah menjanjikan satu pahala besar kepada para ibu yang berbuat demikian. Allah akan mencatitkan pekerjaan baik sebanyak helaian rambut anak dan memadamkan sebanyak itu juga pekerjaan jahat serta membuatkan dirinya kelihatan berseri-seri di mata orang yang melihatnya".

Kemusykilan wanita itu ialah : "tolonglah aku Sam.... aku telah digoda...aku ingin lari dari godaan itu... aku dah macam gini pun dia masih nak dgn aku..".... Digoda??

Kau rasa kau dah tak cantik? Lalu kau pelik??? Oh agaknya sinaran/aura dari pancaran keibuan yang terserlah itulah yang menyebabkan si polan itu menggoda kau...... aku pun tak tau la nak cakap...cuma doaku mudah-mudahan Allah tetapkan iman kau.... dan kalis dari godaan2 itu. Nanti la aku tanya orang-orang itu kenapa dia suka goda kau?? ;) Nanti aku jadi CSI ya...




Monday, October 18, 2010

JALAN TERUS.... don't belok-belok

Sgt mengantuk pagi ni.... layan jap la lagu ni sambil menjemur kain. Kenapa mesti lagu ini ya? Kenapa??? Hmmm.... sebab lagu ni sedap dan liriknya puitis kot.. ;)..
Suka nyanyikannya dalam kereta bila on the way balik kg... Haha.. Sangat tak patut kan... dpt uoll bayangkan bagaimana IRP menggelengkan kepala mendengar suaraku yang sungguh merdu bak buluh perindu itu. (macam katak panggil hujan ada la).

Just I said earlier....I memang suka menyanyikan lagu2 lama... membuat I insaf bahawa dunia berputar begitu pantas... lalu tersentap dari lamunan.... "Oh dah tua rupanya aku.."

p/s : entry untuk menginsafkan diri.

Saturday, October 16, 2010

TIP AGAR BEKAS KEKASIH KEMBALI PADAMU SEMULA ...

Frust dengan status terbaru kekasihmu yang tak semena-mena di ruang sembang popular?.   Menangis tak henti2 lantas berfikir untuk mengharap dia kembali padamu semula?. "ABAIKAN" dia jika ingin kembali pada dia semula...


Remuknya hati dilukai..... tambah remuk lagi jika laman sembang popular itu bagai sengaja merobek hatimu yang telah sedia robek kerana "tidak dapat" menyembunyikan identiti terkini bekas kekasihmu... kerana status terbarunya... contohnya begini :

Miss Mirror is in relationship with Bujal (sekadar nama rekaan saja...).


Oh kalau I.... mungkin I akan deactivate account buat sementara waktu hingga benar-benar hatiku sembuh dari kelukaan itu.... 

Baiklah..... sebagai orang yang telah lama makan garam, I nak nasihat sikit Dik...ABAIKAN BEKAS KEKASIHMU JIKA KAU INGIN KEMBALI PADANYA....(mana la tau.. kau memang benar-benar tak mampu kehilangan dia.. rasa macam masih berharap untuk mencuba.. rasa macam.. sebenarnya hubungan kalian masih boleh diselamatkan..cuma tetiba je dia berubah.. rasa tak puas hati kenapa dia tetiba berubah.. rasa macam dia telah dihasut orang... rasa macam kau lebih hensem pun dari kekasih barunya itu.. dan bla bla bla bla bla...)


Mengapa I suruh you abaikan dia??.  Sebabnya.... jika kau terus-terusan merayu-rayu... si dia akan rimas!!!.  Perempuan rimas tau kalau dirayu-rayu... pening!!!. Kalau dia ego.... maybe egonya makin meningkat... orang tengah gila bayang la katakan.. tak guna kau nak merayu-rayu.... mendayu-dayu.... buat habis bil tepon je.






Kalau u selalu call dia.... "kembalilah padaku sayangg.... sayangg..... mengapa tergamak kau lakukan ini... bla bla bla"... so, bila masa pulak akan terbit kerinduan dia pada kau...sebab hari-hari dia dengar suara kau betul tak? Dengan cara pengabaian ini... she/he will have some alone time to actually get a chance to miss you.

Lagi satu.... pengabaian ini juga memberi ruang untuk dia mencari kesimpulan dalam dilema yang dia sedang hadapi.... give her/him a break. Mana la tahu kan... selama ini dia serabut sangat dengan kerenah kau.... tu yang datang entah jejaka/awek mana terus la dia sangkut. Bagi dia rehat-rehatkan minda dulu untuk kembali ke pangkal jalan.






Selain dari itu..... bersendirian ini juga memberikan ruang untuk kau memperbaiki kelemahan diri. Lihat pada cermin hikmat MISS MIRROR ini.... apa selama ini yang kurang pada kau. Then try buat perubahan.

Walaubagaimanapun situasi di atas bergantung pada tahap mana dia cintakan kau. Kalau cinta barunya itu dirasakan terbaik buatnya... pengabaian ini mungkin gagal untuk menyelamatkan perhubungan uoll malah menjadikan ianya lebih parah.... apatah lagi jika si perampas itu memenuhi kreteria yang selama ini si bekas kekasihmu itu impikan. Hanya keimanan yang teguh berjaya menyelamatkan anda dari terus huru-hara dengan kekecewaan ini..... Percaya pada qada dan qadar bahawa rezeki, ajal maut dan jodoh pertemuan adalah di tangan Allah semata-mata.... itu adalah lebih baik untuk menyembuhkan kelukaan di hati.



Syyyy... ini rahsia tau... Kak Mirror nak bagitau...

"Girls mostly fall in love with the people avoids them most..".   







Suatu saat nanti, anda semua mampu hingga ke level ini.


Untuk lawan balik toxic relationship mudah je Dik. Tunjuk kau bahagia walaupun sebenarnya tengah makan hati, hik2… pasti dia comeback dan menyesal tidak peduli sebelum ini.  Contohnya dulu kurang yakin sekarang  tambahkan lagi keyakinan tu, bagi cantik, bagi hensem dan lebih mantap luar dalam.. Insha Allah tak akan ditinggalkan lagi dah lepas tu.




I believe one fine day, Allah pasti akan temukan seseorang yang mampu membuat hidup kau saaaaaangat bahagia (baca kisah wanita yg bangkit dari kegagalan ini).... PERCAYALAH dan ketika itu kau pasti akan berterima kasih atas kekecewaan ini. 

Baca juga : Cara melupakan si dia

Sekian dan selamat mencuba.







Peringatan IKHLAS -   Percintaan sebelum kahwin hanya merupakan ZINA HATI..  Pernikahan adalah jalan terbaik.   Awas!.  Jauhi zina.   Bercinta tak semestinya berzina tetapi zina selalunya berawalan dari percintaan.  Nauzubillahiminzalik.. Moga Allah melindungi anda semua dari segala maksiat!.



Allah turunkan perpisahan tu sebab sayang... sebab tak nak uoll diselubungi DOSA maksiat.  



"Miss Mirror,  what if she doesn't even come back?"

Then why would you want to be with someone that doesn't want you?.  Why???.  Know your worth and move on.  Bertabahlah..  kalau kau hilang seorang yg cantik, ALLAH itu lagi maha sempurna dan cantik!.  Kalau kau hilang seseorang yang kaya, Allah itu lagi Maha Kaya. Kalau kau hilang seorang yg kau kasih dan sayang, ALLAH itu maha pengasih dan maha penyayang.  Maka,  berserah sajalah  pada ALLAH semata mata.    


Allah itu sifatnya pencemburu, maka itu diberi ujian ini supaya keterikatan anda bukan lagi pada makhluk.   Allah ingin anda mendekat pada-Nya.


PENAFIAN ENTRY : TIDAK BERCAKAP MELALUI PENGALAMAN PERIBADI..... actor-actor kacak yang terlibat di dalam cerita di atas tidak menyentuh pada seseorang individu sahaja tetapi secara GENERAL!.  Jika ada persamaan, ia hanyalah kebetulan semata.


















Ubati kelukaan hati adik2 dengan membaca entry ini -  Kerana Allah Sayangkan Kita


**Jangan lupa menonton TV2 hari ini, JUMAAT pukul 1 tghari, "MISS MIRROR dlm APA KATA WANITA ZAMZARINA," 






Thursday, October 14, 2010

Status anda di FB menurut firasat cermin hikmat saya




Mirror....mirror on the wall!!!!!!!

Jika teman-teman menulis begini :

"sukarnya untuk memaafkan..."
Tafsiran saya : Hubby dia tengah buat hal kot?? Ish ishhh..... minta dijauhkan.. bawak-bawak la bersabar ya.... don't worry.... esok lusa pasti dia akan kembali ke pangkal jalan.

"Tetiba terkenang kisah lama...."
Tafsiran saya : Mesti baru terjumpa balik ex-bopren/gifren dia kat FB le tuh. Wah!!! baik2 tau!

"Hari ni saya B.O.S.A.N"
Tafsiran saya : Mesti boy friend dia tak on line.....cool girl... laptop dia tengah rosak la tu.


"Kenapa la nak sombong... masuk kubur, kain kapan jugak yang dipakai"
Tafsiran saya : Mesti tengah menyampah dengan boss kat tempat kerja la tu... apa punya berlagak la boss dia ni.... hmmm kalau aku jadi dia... aku cari je keja kat tempat lain.... Ehh... I pulak yang melebih-lebih.

"Mengapa kau suka kacau hidup aku???"
Tafsiran saya : Gaduh dengan ibu mertua ke???.. kwang kwang kwang...takut nak masuk campur!!!.

Kata Puan A, teman lama I..... tafsiran I selalunya jauh menyimpang dari kisah sebenar yang ingin disampaikan. Owh!!! Iyer ke??? Nak coverline ke? I kan dah banyak makan garam you!!

So, pesannya.... lain kali ask her directly jika I musykil dengan status yang ditulisnya...kekadang dia cuma tulis lirik lagu pun I dah salah tafsir hahaha.... I tengah practice jadi nujum pak belalang ni... tak boleh ke?

Tu la I ni... maybe sesetengah orang lain rasa "terganggu" dengan status yang meleweh yang ditulis oleh fren2 dlm frenlist mereka di wall FB.. lalu just ignore macam tu je without membacanya... or HIDE terus!!...tetapi TIDAK bagi I.... I pulak rasa sunyi kalau dalam sehari tak ada orang menulis apa-apa pada status mereka... even just say "Haiii saya sedang makan sambal belacan ni". That's enough for me... dan rasa "oh saya tidak bersendirian!".

Even I tak komen di status mereka... tak bermakna I tak membacanya... Thanks pada yang sering berkongsi ilmu2 berguna, berita2 terkini and video2 bermanfaat. I really appreciate it!


p/s : Maafkan I jika kadangkala tafsiran I memang jauh menyimpang..... :P

Wednesday, October 13, 2010

Hari ni I "mencuri" lagi.....

I harap teman I, Mdm L (bukan MR. L roomate kesayangan si Comei tu ya!) menghalalkan hasil pencurian gambar si Erra ni dari koleksi peribadinya.... sebab I hari ni sangat busannn... busan you know..... blue tooth I yang I sayang dah ghaib 7 hari 7 malam.....

Memang pun this week I bukannya ada ambik gambar sangat pun.... nothing special to share... cuma kalau buat N3 tak bergambar macam tak best je la kan.... lain la I ni penulis hebat macam Tun Dr. Mahathir.

Apa kena mengena gambar di atas dengan kisah Tokoh yang I nak cerita ni.... actually gambar Erra ni diambik masa dia tengah pementasan teater Tun Dr. M. Muka Erra nampak cun sangat dalam gambar ni. Tu yg I curi tu... Setuju ke tak setuju kalau I kata dlm gambar ni Erra nampak lebih cun dan natural??? I kata cun sebab I tak secun dia... :P

Bercakap tentang Tun Dr. M ni..... I tertarik dengan riwayat hidup masa zaman-zaman mudanya.... Semasa dalam proses untuk menyambung pelajaran lagi beliau telah pun menunjukkan minat yang mendalam terhadap penulisan. His free time was used to write up political articles which he then sent to a few English language newspaper....ada la disebutkan dalam buku yang I baca tu artikel2 beliau... tak ingat la sangat.... then dapat duit dari usaha-usahanya itu. Wah bestnya bila berbakat dalam sesuatu. Time-time belajar pun boleh buat partime lagik! Orang kata, itu semua sebagai "bakat kedua". I ni tak tau la apa "bakat kedua" I? Bercermin kot??? hahahahha... Pasni boleh la bukak bisnes cermin juta-juta. :P


So, Uoll kalau memang dah berbakat dalam menulis blog tu teruskan la ya adik-adik... mana la tahu kan dari situ dapat diasah bakat. Cuma bezanya kita di zaman serba canggih spt sekarang ni..... proses tentu lebih mudah..... kalau berminat menulis novel....just teruskan usaha-usaha itu then sent via email pada penerbit yang memerlukan.

Teruskan mencungkil bakat kedua anda..... Jumpa lagi.

NASI BERSUSU (PUDING NASI)



Menu ini popular di Sepanyol. Di India, ianya juga popular tetapi instead of serbuk kayu manis mereka menggantikannya dengan serbuk Kapulaga dan kismis. Kalau tak biasa makan, seeloknya tak payah la mencuba.... tetapi jika uoll inginkan kelainan dan ingin merasai masakan negara-negara lain... boleh la mencubanya. I rasa I pernah makan secara tak sengaja.... (eh ada pulak tak sengaja)..... memang sedap!! maybe sebab masa tu I tersangat lapar... dan bilamana my collegue meminta I mencuba apa yang telah dimasakannya itu... I pun makan tanpa was-was. :) Tapi sedikit taburan almond cincang menyedapkan lagi masakannya itu... apatah lagi kami makan di atas daun pisang.


BAHAN-BAHAN


150 gm gula
150 gm beras
Susu 1000 ml
kulit kayu manis
serbuk kayu manis
titisan lemon

CARA

1) Tuangkan susu ke dalam periuk, campakkan kulit kayu manis dan titisan lemon.
2) Didihkan then ketepikan kulit kayu manis tadi.
3) Masukkan beras yang telah ditoskan airnya. Tutupkan dan masak dalam lebih kurang 20 minit.
4) Bubuh gula dan masak lagi 20 minit dgn api kecil.
5) Bila dah masak..... sendukkan ke dalam pinggan dan taburkan serbuk kayu manis ke atasnya.

* Boleh juga bubuhkan scramble egg di atasnya.... ikut selera anda.

Monday, October 11, 2010

Bagaimana Sepatutnya Seorang Pengantin Itu Beraksi?


Bayangkan begini keadaannya......

Anda menghadiri jemputan perkahwinan seorang teman rapat..... berbondong-bondong dari kejauhan....Memang jauh beribu batu la kononnya... kalau tak kerana mengenang dia teman rapat, anda pun tak akan pergi ke pelusuk dunia macam tu.. menggalas beg besar yang sarat (bawak hadiah Corelle kononnya kan...).... sampai di destinasi.... teman anda (pengantin perempuan) dengan solekan raja sehari dan alunan kompang turun ke tanah.... anda exited la kan.... dah 20 tahun tak jumpa, rasa macam nak peluk cium je......pastu dek kerana menjaga adat dan tatasusila..... si X (pengantin) ni.... tak dapat berdailog dengan anda.... senyum pun control2 cun je..... apa reaksi anda? Dah la nak masuk kampung tu pun merentas 7 sungai dan lautan... dah jumpa macam ni dia wat dekkkk je...... (cerita ini hanyalah rekaan semata-mata sebagai satu contoh = tiada kena mengena dgn yang hidup mahu pun mati).

Mana satu anda suka?????

Keadaan si X control cun kerana adat (adatnya pengantin kena control cun dan tak boleh bercakap sgt semasa jadi raja sehari ) atau si X beramah mesra dan menyapa anda di tengah keriuhan majlis lalu sudahnya orang2 sekeliling sok sek sok sek....

"overnya pengantin tu.... patutnya jadi pengantin kena diam2 je la... ishhh tak manis la macam tu".

p/s : pada I tak kisah la orang tu nak senyum-senyum riang dalam majlis tu...... suka ati dia la... dia ramai kawan untuk disapa... nanti kalau muncung je orang ingat dia tak bahagia pulak dengan perkahwinan tu..... Lain la kalau dia menjerit terpekik sampai satu balai tu dengar.... Ish ishhhhh...... entah la... sama ada I yang brutal ke atau I dah lupa macam mana sepatutnya seseorang raja sehari itu???... I pun confuse.... Kalau uoll macam mana?

Sunday, October 10, 2010

DATUK SITI TU PREGNANT KE TAK PREGNANT?

10.10.10 : Patrikan ke dlm "dairy" tarikh ini.... Ingatkan macam malas nak tulis tapi tulis la jugak sebelum pukul 12 ni... apa yg berlaku pada 10.10.10 ni ?

* makan japenese food, tengok wayang... balik rumah masak... baca buku.

oh ya... masa masuk Restoran Jepun tu waiter dah ingatkan kami.... Unagi mengandungi 0.005ml alcohol... so tak payah order Unagi... makan yang lain2 je... so kami makan nasi goreng dan yg lain2 yg tak mengandungi alcohol.... bagus gak restoran ni... pandai plak berterus terang.

Ok... terus pada tajuk utama..... (2,3 hari ni memang akan terus mendiskus pasal" percubaan mendapatkan zuriat" sebab ramai kawan-kawan yang memerlukan.... sila baca older post ya kawan-kawanku... ada 2,3 post tentang zuriat). Esok-esok kita cerita lain plak... Sementara cari blue tooth tak jumpa2 ni...n3 I semua berbentuk artikel tak bergambar je.

?????? Sejak bila la I suka kepoh pasal artis pulak ya... takpe la kan....... biarlah n3 I ni lain sikit, sana sini blogger lain sibuk bercerita pasal Datuk Dr. Sheikh Muzaphar dan Datin Dr. Halina... biarlah I buat n3 yang lain pulak. I tumpang baca je kalau uoll crita pasal perkahwinan gilang gemilang tu.

Ok layanzzz!!!!

POP queen Datuk Siti Nurhaliza has denied rumours that she pulled out of her Malaysia Day concert in Penang because she was pregnant, reported Berita Harian.

She also denied speculation that she had undergone an in-vitro fertilisation (IVF) procedure in London in order to conceive.

However, Siti Nurhaliza admitted that she had tried methods like acupuncture and herbal medicine as a form of alternative treatment.

“It is not something I had planned to do. I just happened to hear about the acupuncture treatment and decided to try it,” she said.

Siti Nurhaliza also did not rule out the possibility of getting pregnant using in-vitro fertilisation.

“If it is able to bring about desired results, why not? But for now, I am not desperate yet,” she said.

The local entertainment scene was abuzz with Siti Nurhaliza’s supposed pregnancy after her one-hour concert in Penang was cancelled due to advice from her gynaecologist.

T.STAR.

p/s : entry ini ditulis kerana masa makan di restoran tadi kami makan mengadap seorang kanak-kanak chinese yang comel.... lebih kurang 2 tahun usia..... tersenyum-senyum malu dan menutup mukanya dgn katalog... muka dia SEBIJIK macam Datuk Siti Nurhaliza.... tu la.... Tok T kalau dapat baby mesti muka mcm amoi kecik tu... tomei betul!

TENTANG USAHA MENDAPATKAN ZURIAT - Part II

TO WHOM IT MAY CONCERN ... :P ...READ THIS!!!!

MEMILIH JANTINA ANAK.....

It is illegal to use medical methods to choose the gender of your baby. In addition, it is unethical to choose the sex of your baby.

Nonetheless, a couple who has three girls and wants to try conceiving again would love to have a boy this time. And, vice versa for a couple who has all boys.

There are old wives' tales, pregnancy kits and even various methods that claim to help couples choose the sex of their baby. Just Google “gender selection” and you'll find various options.

What is the truth and which of these are just empty promises, lies and outrageous claims?

Obstetrician & gynaecologist and fertility specialist Dr Ng Kok Chong tries to clear the air on the issue.

He begins by asserting that gender selection is indeed unethical.




“We normally don't encourage it but for those who already have three girls or three boys and want a baby of the opposite sex, then we can help advise them,” says Dr Ng.

Couples must firstly understand a few important facts about chromosomes and fertility.

Men have the XY sex chromosome while women have the XX sex chromosome. When the Y chromosome from the man mixes with the X chromosome from the woman, a baby boy is made. And, when the X chromosome from the man mixes with the X chromosome from the woman, a baby girl is made.

The Y chromosome is lighter than the X chromosome. The spermatozoa can carry either an X or a Y chromosome. Because the Y is lighter, the spermatozoa carrying it swims faster than other spermatozoa carrying the X chromosome.

Although lighter and faster, the Y chromosome is not as resistant as the X chromosome and spermatozoa carrying the Y chromosome tends to die faster.

Confused yet?

In simpler terms, there are male and female sperm. The male are faster and lighter than the female but tend to die faster. The female may be slow and heavier but they last longer.

When to have sex

Dr Ng advises those wanting to have a baby boy to have sexual intercourse after the wife ovulates. This is when the male sperm swim quickly to the egg, find it and fertilise it. X + Y = baby boy.

To have a baby girl, try having sex before ovulation. In such a situation, the male sperm may arrive first but they will find no egg and die waiting. By the time the egg emerges, the female sperm would have arrived in time to fertilise it. X + X = baby girl.

“To put it simply, your chances of getting a boy are higher if you have sex after ovulation and if you want a girl, your chances are better if you have sex before ovulation.

“It's not 100% accurate but your chances are better; possibly about 60% success rate,” explains Dr Ng.

Acidic and alkaline food

Your diet also matters. This is not an old wives' tale; there is a scientific explanation.

“The male sperm likes an alkaline environment while the female sperm likes an acidic environment. If the woman eats more fruits and vegetables the pH for the vagina is more alkaline. So the chances of getting a boy are higher.

“If you want a boy then the man needs to take more acidic food like meat while the woman needs to take more alkaline food like vegetables and fruits.

“If you want a girl, then the woman needs to eat more meat and the husband needs to take more vegetables. Then the environment of the vagina is more acidic and the chances of getting a girl are higher,” explains Dr Ng.

Again, he reminds couples that the success rate is only about 60%.

Take your position

Another element to help in gender selection is the sex position. Positions that offer deep penetration make it easier for the sperm to get to the egg quickly and, because of that, the chances of getting a boy are higher.

However, if there is shallow penetration, then the sperm need to swim farther and by the time they get to the egg, the male sperm would have died. So, the chances of getting a girl are higher.

Medical methods

There are also medical methods to get a boy or girl but these are only done if the family members are afflicted with serious genetic conditions, such as haemophilia or Down Syndrome.

In such cases, the male and female sperm can be separated during an IUI (intra-uterine insemination) procedure.

One method is called the swim up method where we put the semen in a test tube with some chemicals. The sperm will swim up the tube and the male sperm swims faster so it will be at the top of the test tube. Then we will remove the sperm at the top of the test tube, wash it and inject it into the wife's womb. So the chances of getting a boy are higher.

The IUI method for gender selection can only be done to have boys. You can't take the sperm from the bottom of the test tube because the sperm there is not as active and the chances of getting pregnant from that are not very high.

The final method is via PGD (preimplantation genetic diagnosis). This is done in concert with IVF (in vitro fertilisation) treatment where the woman's eggs are removed after ovarian stimulation for fertilisation with the man's sperm outside the body.

“The fertilised eggs are nurtured in an incubator until they go through a process called cell division, which is when they become embryos.


What we do is that once the embryo reaches the eight cell stage, we remove one cell and do a chromosome study on it.

“The embryos that are healthy and which contain the genetic characteristics that are desired by the couple are then transferred into the woman's uterus,” says Dr Ng.

According to him the PGD method is almost 99.9% accurate.

These two methods can only be conducted for medical reasons.

Myths

* Having sex more often gives you a girl and less often gives you a boy. - Not true, says Dr Ng.

* Chinese birth gender chart. – Dr Ng says he doesn't think this is accurate.

* One-year chart of when to have intercourse to get a boy or girl. - Dr Ng says it is highly unlikely that a chart for one year can be accurate. “How can it be accurate when your ovulation dates depend on when you have your period and how long each cycle is? It's very difficult to be accurate when giving dates for a whole year,” he says.

* The wife douches with sodium bicarbonate and water to get a boy. - Dr Ng says this may not be safe or clean. “Some people believe that douching with sodium bicarbonate to wash their vagina before sex creates a more alkaline environment. They do this if they want to have a baby boy. We don't advise douching as a means to clean the vagina, so this is definitely not recommended anyway.” - THE STAR

Saturday, October 9, 2010

RAYA MUSIM LURUH

Drama Raya Musim Luruh- Hani dan Remy (lakonan Eja dan Remy Ishak) pasangan suami isteri yg rapat dan very loving.... bercinta dari bangku sekolah hingga ke jinjang pelamin, kedua-duanya telah berjaya dlm kerjaya masing-masing, hidup dlm arus kemodenan namun Hani enggan untuk melahirkan zuriat kerana dianggap ianya membebankan dan merubah bentuk badan.

 


Panjangnya nak tulis sinopis....penat pulak nak taip.... diringkaskan mereka enggan pulang berhari-raya di kampung sebaliknya tiap kali raya mereka ke London untuk mengelakkan dari pertanyaan2 sinis dari sanak-saudara tentang anak dan sbgnya.... itu soalan standard la kan.... Pastu yang tak bestnya mereka berdua ni tak berterus terang pulak dengan kedua ibu bapa masing-masing, sebaliknya membuat helah dengan mengatakan mereka ada mesyuarat penting di London, so, entah macam mana anak sedara si Hani yang L.I (praktikal) di pejabat pasangan ini telah membocorkan rahsia ini kepada neneknya (ibu Hani)... so... nak pengsan la ibu si Hani ni....dan besannya pun yang sama-sama tertipu (selama 5 tahun mereka asyik ke London je tiap kali raya dengan memberi alasan meeting)... bersetuju la untuk merancangkan satu plan.

Ibu Remy berlakon seolah-olah alzheimer atau dalam bahasa pasarnya NYANYUK..... kat sini memang I dan Ain ketawa berdekah... lagi pulak I memang suka lakonan makcik tu....(entah la sapa nama makcik tu...COMEI kenal kot Mei? hehehe)...

Ibu Hani pulak berpura-pura diserang sakit lutut.... dengan harapan pasangan ini akan membatalkan rancangan mereka untuk beraya di London para hari raya tahun ini.

Mereka berdua pun tergesa-gesa balik ke kg dan di kg berlaku la lagi pelbagai lakonan terancang dari kedua-dua besan serta seluruh isi keluarga...... I paling tak suka sangat keadaan Hani masa ni..... hmmmm entah ya kenapa... maybe sebab macam ada sikit berlaku penderhakaan terhadap orang tua mereka... tak tahu la....maybe perasaan I je kot... cakap meninggi suara macam tu I tak berapa sukalah..... Ya la memang dah skripnya macam tu kan.... nak buat macam mana... harap2 I tak ada la anak perempuan yang macam ni.... hahahahaha.... I tak rela ditipu!!! Nak gi obersea makan angin cakap la makan angin kan.... Cakap terus terang apa salahnya kan.... Beritahu je.... "Emak... saya dah bosan la mak dengan soalan2 orang tentang zuriat...sebab tu la saya nk lari beraya gi London ni" ha kan senang..... at least kalau mati kat obersea tak la mati celik kan..

Lagi satu.... I tak nak la kalau dapat menantu yang menggedix macam tu.... hahahaha... apa taknya.... bising sikit pun tak boleh nak tido, marahkan anak2 sedara pulak tu (kalau anak sendiri tak pe la nak marah sesuka ati)...tak mau la ada Makcik yg macam tu kan...... ala biasa ler tu... lagipun dah asal usul kampung pun nak berlagak.... hehehe... I pulak yang emo... padahal cuma drama je. Sebab tu la I jarang tengok drama...ni pun sebab IRP pakai laptop...

Kesimpulannya.... biasa la kalau ambik saudara-mara berkerja dalam satu bumbung ni.... sedikit sebanyak pasti akan adalah berlakunya kebocoran rahsia.

Yang kedua, I rasa... baiklah kita mendidik anak-anak kita dari awal lagi untuk tidak bercakap bohong supaya perkara ini tidak berlanjutan hingga mereka dewasa...

p/s : terasa I tau.... kami pun kekadang suka abiskan raya di obersea..... abih nak buat macam mana... dah itu je cuti paling panjang dlm setahun.

Friday, October 8, 2010

TIP-TIP DAN DOA UNTUK MENDAPATKAN ANAK - 18sx

Baiklah tanpa membuang masa, sebagaimana dijanjikan kpd seorang teman, hari ini I berikan tip-tip untuk mendapatkan anak atau anak lagi (bagi yg dah ada anak tetapi susah pula untuk mendapat anak kedua dan seterusnya). Sama ada ianya berkesan atau tidak, itu bukan persoalannya bukan?.... yang penting kita berusaha selagi termampu...

Tip-tipnya ialah :-


1) Bagi yang badan agak sihat tu..... first sekali kalau boleh diet la dulu kan.... kasi kurus sikit dulu..... (ni biasa I dengar.... maybe takut lemak-lemak tu meyelaputi "kawasan" tu kot).

2) Kalau ada senggugut pun bagi hilang senggugut tu dulu..... makan la dulu ubat-ubatan....

3) Ok... step seterusnya..... of coz le jumpa pakar perbidanan untuk tahu tahap keupayaan mengandung....

4) Pegi berurut... selalunya ni untuk menaikkan peranakkan...... atau ada la nanti mak bidan akan buat.... asal jangan jumpa bomoh yang merepek2 sudah...nanti keluar anak pun anak niang rapik...

5) Kalau ada sedara-mara pergi ke tanah suci..... mintak la diorg belikan satu makanan (ubat) tau... tak tau la apa nama benda tu... pak2 arab kat kebun kurma tu ada jual... ubat untuk mendapatkan anak. Benda tu dijual dlm paket2 plastik kecik je. Ala...sapa-sapa yang gi tanah suci tau la dia.

6) Lagi satu air wadi..... ni pun ada terjual di Tanah Suci.... Alhamdulilah la sorang kawan kami dah pun dapat zuriat atas izin Allah setelah minum air wadi ni... Dia jual dlm botol mineral. Lokasi penjualan? Tak ingat la pulak sebab dah lama kami tak ke sana... sekarang pun Mekah  dlm proses pembinaan semula bangunan.

7) Yang ni segan plak la nk tulis............ hahahhahhahahha.... ada unsur2 18sx plakss... Kpd yang belum berkahwin sila ketepi... ketepii!!!!!!! Ok utk yg sudah berkawin.. sila baca dgn penuh concentrasi..



T.kasih kpd yang berkenaan yg telah sudi berkongsikan tip no. 7 ni..... begini kisahnya....
After habis period jangan terus *****( maksudnya bila period tu habis hari ini.... untuk jangkamasa 7 hari uoll berdua (suami isteri) kena "puasa").... faham tak maksud puasa tu? Paham2 sendiri la kan.....( tapi jangan la sampai menyiksa pasangan plak... tunggu la dia outstation ke)..... then after hari ke 7 berlalu baru la boleh dilakukan aktiviti itu. Ok...DO THE BEST! Maaf ya para2 doktor kalau benda ni macam tak tepat...tapi ramai kawan2 I dah mencuba tip ni dan alhamdulilah menemui sukses!

8) Pastikan diri clear dari sebarang unsur2 benda halus dan saka... ahhhh takut nak komen lebih2.... serahkan saja pada yang pakar...google la sendiri ya.

9) Cuba rajin2kan diri menjaga anak sedara yang baby2 tu ke... untuk menimbulkan sifat keibuan dlm diri... seterusnya hormon2 keibuan pun akan timbul... mana la tau kan...kan selalu kita dengar....bila bela anak angkat je terus sangkut... ha maybe perkara ni boleh diaplikasikan.

10) Doa - ini sudah pasti... lakukan solat taubat dan solat hajat dengan penuh khusyuk.

11) Gembirakan hati selalu... jangan bersedih2.... stress pun menjadikan punca kegagalan usaha anda yang satu ini. Ingatlah..... 90% apa yang kita gusarkan sebenarnya akhirnya tidak berlaku.

12) Bacalah Ya Mussawwir (antara nama-nama Allah yg maksudnya = Yang Maha Menjadikan Rupa Bentuk)... ikhtiarkan ini dgn berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air dan bacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21 kali, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi suami pula, hendaklah berbuat demikian tetapi hanya perlu berpuasa selama 3 hari shj. Then bila waktu hendak "bersama", bacalah zikir ini sebanyak 10 kali, insyaAllah akan dikurniakan anak yg soleh. Ameen.

13) Ada kajian yang menyatakan pengambilan vitamin C yang tinggi menyebabkan kita susah untuk pregnant. Oleh itu, pengambilan vitamin C yang tinggi patutlah diberhentikan buat sementara waktu sekiranya kita berhasrat untuk pregnant.

14).  Pegi honeymoon/honeymoon kali kedua - sbgmana gurauan seorang rakan... "gi tempat sejuk2, insyaallah berhasil".  Tapi gurauannya bukan sekadar gurauan, balik je dari Genting Highland, dgn izinnya dia disahkan pregnant.

15).   Atau boleh juga ikhtiar dengan cara ini


Ok lah....That's all for now, ikhlas dari http://sam-puansyurga.blogspot.com (hakcipta terpelihara) ... ada sapa2 nak menyangkal atau menambah... dipersilakan. Mudah-mudahan dapat membantu rakan-rakan kita yang memerlukan. Thanks in advance!

TAKZIAH KEPADA KEDUA IBU BAPA BLOGGER KITA YANG TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH....ADIK THAQIFAH (sedih pulak Miss Mirror baca blog orang yang telah tiada)... Al-fatihah... semoga Allah menempatkan rohnya di kalangan roh-roh orang yang beriman. Amin.

p/s : Selamat pengantin baru kepada Dr. Sheikh Muzaffar dan Dr. Halina.

Thursday, October 7, 2010

Esok Hari Terakhir Syawal



Esok genap sebulan kita beraya.... hmm.... macam tak percaya je...

Oleh itu, kpd saudara mara dan sahabat handai yang tidak sempat kami kunjungi sempena aidil fitri ini, pohon maaf dipinta dari kejauhan. Bukan disengajakan..... tahun ni kami agak sibuk sikit.

Itu je la yang I nak cakap hari ni..... mataku sangat mengantuk. Lepas maghrib terus nak zzzzzz...... dan bangun lagi pada pukul 10 malam. Jumpa lagi ya!


Tuesday, October 5, 2010

SAYA TIDAK ADA DELETE KOMEN ANDA.... percayalah...maybe blog saya ada "penunggu"




Kontroversi!!!!!!!!!!!!

Kawan I dah kecik ati sebab terasa I telah mendelete komennya dalam blog I ni........... adoiiii macam-macam hal!!

So far, I takde pulak mendelete komen2 sesiapa pun...... even pahit pun komen seseorang itu, I "telan" je.... macam ni..

GULP!!!! Gulp!!!


pahit ke manis ke...telan je sudah....

TAPI BETUL!!!! Serious I cakap, I tak delete komen you tu..... I pun perasan ada 2,3 komen didelete...... tapi serious itu bukan I punya kerja!!! I sangka uoll yang delete sendiri.... ya la....kadang tu kan... kita terklik 2 kali..... keluar jadi banyak.....

Entah ler..... ada "penunggu" kot blog I ni.... biarlah dia nak duduk sini.... abih nak buat mcm mana.... nak tabur garam?

Tapi jika u berkecik ati, I minta maaf la ya.... Tak kan la I nak bersumpah pulak.... segan plak nak main sumpah2 ni, dah macam si Ain main pondok2 dgn Qistina pulak jadinya... selalu marah budak2 jgn main sumpah2...tetiba arini nak bersumpah.... tapi kalau u tak percaya terpaksa la I bersumpah jugak...

Sumpah Demi Allah... Bukan I yang delete!


You paham la sendiri sikap I macam mana....sgt "transparent" dgn u selalu kan.. ;).... kalau tak puas ati tentu I akan terus terang dengan you.... buat apa I nak create2 story nak deny benda tu...


Maaf sekali lagi.. kpd blogger tersebut dan kpd sesiapa saja yg berkenaan yg mungkin menghadapi prasangka yg sama, sama ada dlm entry terbaru ataupun entry2 yg lepas2, saya memang tak pernah delete komen anda. Segala kesulitan amatlah dikesali.

Sila baca : Hikmah berbaik sangka.