Thursday, March 31, 2011

Entry Luahan Dari Blogger Bunuh Diri...

Belum pun reda kesayuan di hati I petang ni lantaran terbaca entry terakhir seorang blogger yg meninggal dunia kerana kanser, tetiba petang nan hujan gerimis ini dikejutkan pula oleh si Joegrimjoe tentang kisah sorang blogger yg bunuh diri. Si Joe tak bagi link URL blogger tu pun.... tapi CCTV I dan Pak Google dapat menjejak blogger yang dimaksud... so, ini la dia tulisan terakhir beliau... ianya dalam BI... tapi I dah terjemahkan semula dlm BM...

Tak tergamak I nak cakap apa lagi... sebab yg empunya badan pun telah pergi.. so, kita yg hidup sama2 la ambik ikhtibar, itu saja. Sebagai menjaga nama, usah ditanya tentang URL si mati ya... baca je yg ni sbg renungan bersama :

"Dalam kehidupan ini, tiada sesuatu yang kau harapkan akan benar-benar terwujud seperti yang kau bayangkan ...

Semua kekecewaan yg aku alami dalam beberapa minggu terakhir ini telah sebati dalam jiwa dan ragaku sekian lama ...

Aku hanya berharap bahawa ini tidak akan menjadi titik hentiku dan aku akan dapat terus menyumbang...

Tapi jika hal ini semakin buruk, aku boleh melakukan hal-hal di suatu keharusan membunuh diri ...

Aku hanya berharap itu tidak akan berlaku terlalu cepat ..

Apa-apapun .. siapa yang membaca entry ini .. Jika aku akhirnya pergi .. Aku ingin memastikan bahawa keluargaku tahu SEMUANYA dan tahu tentangku ... Bahkan jika itu adalah yang terburuk dariku ..

Tuhan akan menghantar aku ke neraka atas semua yang telah aku lakukan tapi siapa yang akan peduli ketika semuanya sudah terlambat..

Jadi ini adalah merupakan pengucapan selamat tinggalku dan aku berharap ianya tidak akan berlaku terlalu cepat atau terlalu lama... Hidup adalah SUKAR ..."

P/S : Sbg pengajaran, jika kita ada teman blogger yg berkesedihan di dlm entry dgn luahan spt ini, sama2 la kita bantu sebelum semuanya menjadi terlambat


Wednesday, March 30, 2011

RESEPI LAKSA PENANG - yg diminta



Ok.... untuk teman I yg bertanyakan resepi laksa penang tadi... ini dia resepinya ya puan2...
5 ekor ikan kembung - direbus, tanggalkan tulang (sesetengah org blend dgn tulang2 sekali, pastu tapis... tp pada I, what's the point kan? Adakah tulang2 itu lebih menyedapkan?)
1 labu bawang besar
1/2 bulatan - belacan
6 tangkai cili kering
Asam keping
Daun kesum
garam dan perasa

(bubuh cili padi yg dipotong bulat2 utk lebih sedap!)

CARA

Sebelum tu.... rebus laksa dan toskan. (kena buat awal2 sebab laksa memang memakan masa yg lama utk dimasak bukan mcm speghetti)

1) Masukkan semua bahan2 di atas ke dlm blender (kecuali daun kesum) dan blend together
2) Rebus, masukkan daun kesum tadi.... biar sampai didih, matikan api
3) Utk hiasan - hiris limau nipis, bawang mentah (makruh tau makan bwng mentah ni.. tapi suka ati u lah!)... then cili merah, cili hijau, telur rebus, daun pudina (jika suka).

SELAMAT MENCUBA!

Membeli Belah Tingkap.....

Baru balik dari window shopping bersama Shashal dan selepas ni niat di hati ingin menghabiskan pembacaan pada beberapa buah buku yg IRP beli tempohari sambil menyudahkan kerja-kerja pembasuhan baju, rumah dll....



sempat singgah di British India...




cuci mata di Roxy.... cantik beg ni..... Qistina tentu suka
kalau I belikan ini utk mengisi telekungnya ke sekolah
dpd dia berbondong2 dgn beg fabriknya itu..
takpe2... nanti lain kali Mama pegi dgn Qistina plak and
tengok berkenan tak..

topi - oh cun kan?



singgah-singgah di Mango.. ramai plak
Awek2 Arab bershopping di sini...

Oh Sharifah..... Ana tau kenapa ente suka shopping di Mango ni. Design2 bajunya lebih sopan kan (kira boleh la).... lengan panjang.. warna pun gelap2 kan?

Ok la... nak sambung baca buku... Kepada teman2 yg bertanyakan tentang beberapa resepi, lain kali I tuliskan ya... ingat nak tuliskan kat sini...tapi mcm dah terpanjang plak entry ni penuh dgn gambar. Tunggu my next entry, insyaAllah....

Tuesday, March 29, 2011

Jackie Chan Meninggal Dunia & Tok T Pregnant - adalah berita palsu??


Jackie Chan meninggal dunia?!!! --->terkejut memandang dashboard I yg dilatari oleh berita mengejutkan ini dari beberapa orang blogger.... namun....
baru je nak menitis air mata I ni (bagi pihak my hubby n kids) sbb diorg suka sgt tengok aksi legendary Hong Kong ini beraksi di kaca tv... tetiba terbaca tadi sorang blogger tu mengatakan.. ada kemungkinan berita ini berita palsu semata sempena april fool. Iyer ke??? Hal2 kematian pun boleh dibuat gurauan ke?






Apa-apa pun kita tunggu dan lihat. Berita Datuk Siti Nurhaliza yg dikatakan pregnant juga adalah palsu sebab telah dinafikan oleh beliau di dalam twitternya.---> terbaca tadi dlm blog 2day blogger.


Saya sedang malas untuk menulis.... tapi inginkan Nuffnang RM2k sebulan macam Cik Epal.


Tetiba teringat resepi mexico yg kami makan di Nandos weekend hari tu. Sos rempah di dalam mangkuk kecil yg berisi buah zaitun itu menambahkan lagi kelazatannya, ditambah dgn aroma ayam serta roti pita yg gebu itu memang membangkitkan selera.

Motif entry ini :

**entry membuang sawang
** ingin mengendeng2 Cik Epal yg khabarnya income Nuffnang RM2k sebulan... so, Cik Epal... apa lagi... jom Nandos! ;)

p/s : Sedang bereksperimen, apa jadi dgn blog ni jika I terus-terusan malas untuk menulis, adakah traffic akan menjunam.... kita tunggu dan lihat ye! ;D




Monday, March 28, 2011

Kitar Semula Lebihan Makanan

Entry ini telah ditulis di : Kelab Mem Besar dan diterbitkan semula di sini. Selamat Membaca.

Sebenarnya kerja-kerja menguruskan makanan adalah di antara tugas surirumah yang tidak boleh dipandang ringan begitu sahaja. So, bagaimanakah pengurusan makanan yang betul?

Bagi seorang surirumah, mengurus makanan adalah bermula dari pemilihan bahan mentah/makanan yang sesuai, kos, membuat belian, menyimpan, cara penyediaan/memasak serta mengitar semula makanan tersebut supaya tidak akan berlaku pembaziran.

Seorang isteri/ibu haruslah tahu makanan apa yg selayaknya untuk dihidangkan kepada keluarga dan tidak mengandungi unsur-unsur haram (bagi yang beragama islam) serta tidak memudaratkan kesihatan. Tabiat makan yang baik juga harus dititikberatkan dan ini adalah menjadi tanggungjawab kita sbg surirumah untuk menguruskannya secara baik. Kandungan zat yg terdapat di dalam sayur-sayuran hijau juga misalnya haruslah dikekalkan... tidak memasak terlampau lodoh dan menjadi tugas kita untuk memastikan pengurangan kandungan lemak/minyak berlebihan semasa memasak supaya tidak mengundang risiko obesiti dan kolesterol yg tinggi.

Tugas kita juga untuk memastikan apa yg kita masak tidak berlebihan bagi mengelakkan pembaziran. Jika ini berlaku, apa yg perlu kita lakukan ialah mengitar semula makanan tersebut menjadi satu bentuk baru contohnya :

1) Sambal belacan - ini anda boleh simpan di peti ais dan diguna semula namun demikian anda juga boleh mengitar semula menjadi rencah masakan nasi goreng.

2) nasi - nasi goreng. Ramai yg mungkin tidak mengetahui bahawa pada zaman dahulu ibu-ibu akan menjemur nasi yg berlebihan dan apabila telah benar-benar kering akan menjadikannya empeng dimakan dgn kelapa yg digaul dgn garam... ini amat jarang dilakukan oleh kita semua di zmn sekararang ni..




3) lauk-lauk berlebihan spt sardin, daging lebihan sup, kari dan sbgnya boleh dikitar semula menjadi topping pizza ataupun inti karipap.





4) Sirap/jus oren - anda boleh kitar semula untuk dijadikan jelly/agar-agar yg lazat.



Sebenarnya dalam hal ini ia memerlukan kekreatifan kita dalam mengurus keperluan makanan keluarga kita. Jadi sama-samalah kita menjadi golongan surirumah yang tahu mengurus makanan keluarga dengan baik agar kita tidak termasuk ke dalam golongan yang membazir.







SEGMEN MEMBANTU SILENT READER : Menghilangkan bosan, boy friend fatin liyana, cari penawar ilmu pengasih

Keyword dari silent reader yg akan kita bantu pada hari ini ialah :

1) Mencari penawar ilmu pengasih
2) No. dua ialah seperti di bawah :

Apa yang mereka google tu? Siapa boy friend Fatin Liyana?

3) Menghilangkan kebosanan.
^^**^^
Hari ni penat nak taip panjang-panjang, so, tulis ringkas2 je.. hopefully dapat membantu. So, this is my answers.... just my 2 cents.

Jawapan2 :

1) Untuk penawar, sila cuba klik sini.

2) Yang tu kena tanya Fatin Liyana sendiri.

3) Utk hilangkan bosan? Suri rumah sepenuh masa ke? Apa kata cuci-cuci mata pada gambar di bawah utk mendapatkan ilham.





menjemput teman2 lama datang ke rumah
dgn menyajikan mereka apple coklat yg comel spt ini
juga dpt menghilangkan kebosanan...

berblog. mengaji, bercucuk tanam, menjahit, membaca buku2
berilmiah, memasak resepi-resepi baru dan byk lagi
hobi2 yg menarik utk anda hilangkan kebosanan.


Sunday, March 27, 2011

MEE SEGERA GORENG CHINESE STYLE - resepi syok sendiri


Puas I menggoggle resepi "magee goreng hitam", "magee goreng chinese style", "magee sos tiram", "magee kicap pekat".... tapi Uncle G tak memberikan jawapan yang paling tepat. -----> maksud I, dari pix2 yg dipaparkan tidak menyamai dgn magge goreng yang diidamkan oleh anak2 I utk sarapan pagi ini (pernah makan di sebuah restoran) . Sapa2 yg ada resepi tu jgn lupa share ya... ;).... sian anak2 I mengidam sgt.

So, untuk tidak menghampakan mereka, I buat jugak la, campak2 apa2 je yg ada dlm peti ais tu...dpd mereka terus merengek2 kan.... Even rasanya tak 100% sama spt yg diidam, habis juga mereka makan ---> Ok ini resepi dia :

RESEPI MEE SEGERA CHINESE STYLE - resepi syok sendiri..

2 bungkus Mee segera - direndam dgn air sejuk ( motif I utk membuang lilin2 yg dikatakan menyaluti mee ). Tapi jgn ler sampai lodoh plak.. biarkan dlm keadaan keras.

5 biji cili padi - dipotong kecil2 membulat
5 ulas bwng putih - dicincang
1 ulas bwng besar - dimayang
Sos tiram - 2 sudu besar
Rempah tumix ---> alaaaa TUMIX.... yg si cute  Lisa Surihani jd modelnya tu kan...
Sayur - kubis dan carrot (dipotong halus2 mcm lidi mancis)

* sepatutnya berwarna hitam - tapi I tgh berpantang makan kicap utk 3 bulan ini.

Cara :

1) Tumis semua bahan2 yg dimayang di atas hingga garing.
2) Masukkan sos tiram
3) Masukkan tumix
4) Bila bahan2 dah agak garing... masukkan udang atau ayam yg dipotong kecil2 (seeloknya rebus dulu ayam tersebut jika rajin
5) Setelah sebati..masukkan mee segera yg masih keras tadi. Biar hingga ianya lembut... Masukkan carrot dan kubis - biar sayur2an dlm keadaan ranggup
6) Angkat dan hidangkan.


(gambar : tiada --> belum sempat ambik gambar dah habis licin :D) Sebagai ganti... I bubuh gambar Kek Coklat Lembab yg I buat utk Mamanya ni - resepi sila google searh di dlm entry yg lepas.

Nota : I rasa, tentu diorg ada bubuh minyak bijan atau pun kicap pekat atau magee seasoning atau benda lain yg I tak dpt kesan...




abaikan ttg kecacatan kek di tepi yg sebenarnya telah
dimakan oleh si bujangku ini...

Saturday, March 26, 2011

BERPICNIC DI GELANG PATAH...

Bukan bermandi manda macam uoll kat PD tu..... tapi sekadar cuci-cuci mata tengok kampung orang.. sambil menikmati seafood..... perghh... so yummy you know!


 


Inilah yg I suka.....lalu jalan kampung yg mendamaikan...
sempat membeli 2 ketul durian tadi..



 

jeti..

 

laut..


 

makan ini...

 

butter prawn kegemaran.. I paling suka butter prawn kat sini...





Ok la... nak masak, malam ni nak gi majlis .... kena siapkan makan malam  dgn lebih awal sikit, karang gi majlis kebulur2 tak best plak kan...



PICNIC --> In contemporary usage, a picnic can be defined simply as a pleasure excursion at which a meal is eaten outdoors (al fresco or en plein air), ideally taking place in a beautiful landscape such as a park, beside a lake or with an interesting view and possibly at a public event such as before an open air theatre performance, and usually in summer. Descriptions of picnics show that the idea of a meal that was jointly contributed and was enjoyed out-of-doors were essential to a picnic from the early 19th century - Wikipedia.

Friday, March 25, 2011

Birthday Present yang thomei.... dari Egypt



Serious gojez, elegant... memang lawa jubah tu... I likeee!!!!! Thanks Datin Z!! Tak sabar ingin menggayakannya.... heee seronoknyaa... Lebiu Dear!!!! Muahhhh ---> hee gedix...

Terlalu lamanya dah birthday I berlalu sebenarnya.. baru hari ni I dapat ambik present tu.. sorry ya Datin... habis cemana kan... nama je MEM besar, tapi busy...celik2 mata je dah kena adap PC ... IRP suruh buat quotation, calling sana, calling sini.... tapi seronok la jugak dpd tak de buat apa kat rumah kan.. karang I melangguk2 plak kebosanan..

Datin Z ni sebenarnya pengusaha restoran Hj Baser yang terkenal dengan nasi ayamnya tu... bagi penduduk atau orang yang selalu lalang ke Kota Tinggi tentu dah biasa dengar nama restoran ni kan?

Ini antara menu2 di restorannya di Puchong... specialty selain Nasi Ayam ialah Nasi Bariani... memang sedap!


memang cukup menyelerakan...
ini map dia ya puan2...di Puchong.. bagi yang tinggal
di JB macam I ni... boleh la singgah pula ke restoran mereka di Kota Tinggi tu...
(I pernah buat entry pasal ni... tapi tak pe la I ulang sekali lagi bagi yg
terlepas pandang).


Jubah gaun ni memang dah lama I teringin nak beli sebenarnya...
almaklum ler... bila usia macam dah nak tenghari ni kan...
tak sangka plak ada orang nak bagi free... tu yg happy sgt..
hehe...
Badan memang muat2 utk I...
Bahu pun ok... tak jatuh..
Ketinggian??
Oh! memang tinggi semampai agaknya
gadis2 Egypt kan... I kena alter sikit
bahagian kaki sebab panjang sikit dari saiz
badan I ni.. nanti dah alter I gayakan
kat sini kay!

THANKS again!!


Thursday, March 24, 2011

SEGMEN MEMBANTU SILENT READER : Cara menghasut kawan jadi gedik

Malam ni banyak kerja... tapi buat2 takde keja, tu yg update blog sambil menonton drama TV yg I pun tak tahu hujung pangkal cerita sebab baru hari ni menonton drama bersiri ini... actually, sekadar terpegun dgn keindahan desa yg dipaparkan.... drama2 sekarang nampaknya semakin bijak untuk berpijak di bumi yg nyata = tidak lagi berangan2 mat jenin dgn cerita2 jutawan, mahligai tersergam yang membuat I berfikir 2 kali untuk menonton. Apa2 pun.... mari kita selongkar, apakah keyword dari silent reader yang bakal kita bantu malam ini?
Cara-cara menghasut kawan kita jadi gedik??????!!!! (membaca sambil mata terjojol). 

"Tak baik tau u nak hasut2 kengkawan U jadi gedik?.  Nak gedix.... gedix sesorang dah la kan.." 

Oh! that day, I ada rasa annoying dgn statement sorang "Makcik" kat FB tu yg ala2 menghasut sorang kawannya yg kelihatannya ingin "berhijrah" dari seksi kepada menutup aurat. 

Pada I la kan.. kalau diri sendiri tak mampu lakukan dan kawan kita telah mampu lakukan, kita bagi je la sokongan... at least dapat gak pahala. Jgn la dihasut2 plak utk kembali kpd sifat2 mazmumah yg pernah dilakukan. 

Dalam kepelikkan tu, membuat I terimbau balik time I memula "berhijrah" sedikit masa dulu... memang banyak gak la dugaan masa tu.... bila difikir balik macam tak percaya je seorang muslimah boleh mengeluarkan kata2 hasutan spt tu.. 



TRAGEDI I - di sebuah driving school 

"Eh... napa ha you bertudung?.  I kan.... hubby I kan... tak suka tau I bertudung"... 

Astagfirllahalazimm..... suka ati suami you la kan... yg penting bukan suami I (dlm ati). 


TRAGEDI II - di sebuah hotel 

"Laaaa dah bertudung dah ke??. Kenapa??" (sambil memegang bahu I & mata melirik dari atas ke bawah)-----> haruskah aku menjawabnya (fikirku dlm ati). 


Apa-apa je la kan... no wonder la kalau ada sesetengah artis jadi togel semula... maybe masalah2 hasutan spt di atas ni la kot.. 

Kesimpulannya.... jangan menghasut orang benda2 yg tak baik, nak ke kita memikul "saham"2 dosa tu nanti... kita hidup pun bukan setakat kat dunia je.... 


Nota : I percaya, silent reader yg menggoogle search persoalan di atas tidak bermaksud demikian, maybe just suka2 menggoogle2 search... or maybe kengkawan I yg sesaja nak mengenakan I.. :P... mana la tau kan.... mentang2 la I tgh buat "Segmen membantu silent reader" ni... kalau itu keja uoll.... Jaga!!!!! nanti I piat tinge! * gmbr irma tu sekadar hiasan.... dpt dr Uncle G.


Wednesday, March 23, 2011

Doa supaya kekasih kembali, apa jadi jika dat baju dibuang

Segmen membantu silent reader lagi.....
Mari kita cek keyword yg mereka google search di blog ini:

1) Doa supaya bekas kekasih kembali...

Banyak kali jugak I terjumpa keyword ni digoogle search.... macam kesian pun ada... maybe cintanya terhadap bekas kekasih terlalu mendalam. Apakan daya dik, Ustaz Kak Mirror tak ajar lagi la doa2 mengembalikan bekas kekasih ni semua. Instead of you cari doa tu, apa kata u amalkan je doa pendekat jodoh kat blog SIMPANG KIRI tu... mana tau ada jodoh u dgn bekas kekasih, takyah pening2 nak suruh dia kembali.... alih2 je dia muncul depan pintu bawak tepak sirih.  (Jgn lupa jemput I tau!)


Kak Mirror rasa better you tak usah la pening2 memikir orang yg dah tak sudi.   Pilihlah orang yg tergila2kan kita, jgn pilih orang kita gilakan, kelak merana dirimu di kemudian hari. Baik jelita2kan diri... 1 hilang 1000 mari!.   Cuba makan rumpai laut kolagen ni... in shaa Allah wajah sugulmu akan bertukar jadi gebu kemerah-merahan... time tu pasti bukan dia je yg akan "gila talak"... beribu kumbang queue up nak mengetuk pintu hatimu..






kalaulah benda ni wujud masa K.Mirror anak 
dara... tak tau la apa jadi pada akak
masa tu.... kekeke.. skrg dah tua2 ni makan 
pun dah ada kesannya... apatah lg you 
all yg masih muda belia... 

Kalau nak beli roger2 akak tau!
Email :   missmirror@ymail.com





Ok untuk rohaniah pula.... Kak Mirror kepilkan di sini kata2 azimat dari Ustaz Mohd Zawawi Yusoh ni...:-
"Sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang, tetapi tidak berbalas.“ Aneh sekali derita sakit putus cinta ini… benci, tapi rindu. Dendam tapi sayang. INGATLAH..ALLAH TAK PERNAH KECEWAKAN KITA SEBAGAIMNAA PASANGAN KITA KERAP MENGECEWAKAN KITA, UTK KITA2 SAJA."..
Renung-renungkan la ya Dik...  

2)  Apa jadi kalau dat baju kurung ditetas
Apa jadi ye??  Baju tersebut akan jadi longgar la Dik...  kelazimannya ini dilakukan bila rasa tak selesa dengan kesendatan baju tersebut.... Kak Mirror pun suka buang dat baju (biasa buang dat bahagian depan).. apatah lagi kalau dirasakan baju tu macam sarung nangka, sampai buat kita sesak nafas jadinya.
 
ini alat penetas benang ya adik-adik.. gunakan ini
ketika kerja2 membuang dat dilakukan...


Ok la.. itu je yg mampu Kak Mirror jawab buat setakat ni.. jumpa lagi.







Sementara Nuffnang mengkawantirikan I ni... boleh la I uploadkan video ni...

"Jangan berpusatkan pada material untuk mencari kebahagiaan... kebahagiaan boleh dicari dari pelbagai sumber, asalkan anda tahu bagaimana untuk mensyukuri nikmat pemberian-Nya, insyaAllah... kebahagiaan akan datang dgn sendiri".
Ini sekadar intro motivasi, tiada kena mengena dgn yg hidup mahupun mati...


Hari ini Miss Mirror sharekan video "How to Minimize Pore" yg mana I pun tidak terkecuali dlm permasalah pori-pori terbuka ni... tu yg I sibuk pakai SKII.. kalau tak kerana tu, maybe I just pakai mosturiser je pun dah cukup.

Mungkin lepas ni I nak cuba plak guna BAKING SODA ni ... mana la tau kan.. boleh menjimatkan kos "maintenance" yg semakin meningkat selaras dgn pertambahan usia ni.


AMARAN KERAS : Diakui di sini yg I blom pernah mencuba baking soda ni di muka I ya puan2... so, sebarang kecelakaan/kecacatan yg bakal menimpa adalah di bawah tanggungjawab sendiri.. :D tapi, hari tu I pernah mencubanya pada gigi - konon utk menjadikannya bersinar-sinar bak mutiara... baru je cuba sekali... (tak boleh guna selalu... once a week la kot).

Sementara Nuffnang asyik mengkawantirikan I ni... boleh la I sesuka mengupload YOUTUBE utk uoll dgn sekehendak hatiku... konon katanya Nuff ni elergi dgn youtube utk dptkan BE... entah ya entah tak... ada la I pernah terbaca sorang blogger tu tulis dlm blog mereka.

SELAMAT MENONTON!!






Nuffnang - sampai ati you mengkawantirikan I tau!!!! :(

Monday, March 21, 2011

Kek Tiramisu syok sendiri

Dah lama dah berangan nak buat kek tiramisu ni... baru hari ini berkesempatan..



enggan mengulas panjang lebar tentang tiramisu
yg I buat ni... anggap je la ianya cun walau tak
cun...

Resipi Kek Tiramisu - ambik resepi dari blog ini.

  • sebijik kek span atau sebarang kek yg anda suka - entah I guna kek butter..
  • 250ml whipping cream
  • 200ml cream cheese
  • 1/2 cawan icing sugar
  • 1 cawan air panas
  • 1 sudu makan serbuk nescafe - I bubuh milo je...
  • serbuk koko untuk hiasan
  1. Bancuhkan nescafe dengan satu cwn air panas - ketepikan
  2. Di dalam mixer, satukan gula, cream cheese dan whipping cream
  3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
  4. Potong kek pada 2 bahagian
  5. Tuangkan bancuhan nescafe ke atas kek
  6. then sapukan adunan cream+cheese tadi atas kek
  7. Susun lagi bahagian yang selebihnya, sapukan nescafe dan baki adunan cream tadi.
  8. tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar…

utk adik2 bwh umur yg tak tahu apa itu cling film -
inilah yg dimaksudkan... abaikan gambar buah2an yg
takde kena mengena itu..

(gambar atas) - salah satu contoh whipping cream



salah satu contoh creamcheese, ada lagi
jenama-jenama lain seperti tatura dll..


Bila tiramisu itu telah siap .....Taburkan dgn serbuk koko/milo ketika menghidangkannya...





Sunday, March 20, 2011

Kisah aku, dia dan ibu mertuaku....

2, 3 hari ni entry I semuanya berkisar tentang diary peribadi. Entry2 makanan, kewanitaan, masalah kemanusiaan dll.... lain kali je cerita ya...

Yang pasti sekarang ni kami tengah keletihan sebab puas merayau dalam kepanasan cuaca di Bee Pee.

Lokasi pertama, MIL ajak ke kedai kasut....

Sementara IRP memilih2 kasut untuk ibundanya, I cuci-cuci mata kejap... cantik plak boot2 ni kan?

Mulanya memang malas nak beli apa... tapi tetiba terpandang plak lokasi kat bawah ni....













Alamak! Dah tercuba plak sandal Scholl ni.... kalau dah tercuba maka TERbeli la jawabnya..... Kebetulan, I dah cukup terseksa dgn kasut high heel yg I pakai selama ni.... terseksa tau.. apatah lagi time nak main kejar2 dgn si Shashal yg lasak tu.

Niat di hati nak bayar sendiri .... tapi tetiba IRP bertanya plak :

"You nak yang mana?".... I pun apa lagi,.....zasstttttt mengambil sandal yg memang dah dicuba itu.... meluru terus ke kaunter pembayaran. Thanks Dear...

p/s : Lokasi2 lain selepas itu ialah Carrefour dan lain2.... tapi malas nak snap sebab malas. Boleh mcm tu?





Saturday, March 19, 2011

Seharian Di Melaka


Pack sikit jadual hari ni dgn undangan perkahwinan saudara mara & sahabat handai yg tidak terduga lebih awal, nasib baik ada bawa balik sehelai baju kurung di dlm beg balik kg. Kalau tidak, pasti wanita ini ke majlis kawin dgn jeans dan baju rambu ramba itu. Moral of the story - tiap kali balik kampung jgn lupa bawa bersama sekurang-kurangnya sehelai baju kurung moden lip lap dan sehelai baju kurung warna putih ataupun hitam.


Warna putih atau pun hitam itu??? = untuk digunakan masa-masa kecemasan, kematian dan yg sewaktu dgnnya.

Dengan berbaju kurung moden warna merah menyala (yg hampir ku masukkan dlm stor sebab tak sedap pakai ) dan shawl putih berlilit2 yg murah itu... sampai jugak akhirknya I ke Melaka hari ni dgn penuh keyakinan... moral of the story : yg buruk jgn terus dibuang..


Ini bukanlah lokasi sebenar.... tapi sebagai pencinta seni binaan dan kehijauan alam, sudah pastinya I tak akan sekali-kali membiarkan camera I balik dgn kosong begitu saja tanpa merakamkan keindahan desanya yg menghijau. Maaf kepada pemilik rumah ini kerana snap tanpa izin... Ini bukan rumah Adah ataupun Sara darling kan? ;) (mereka berdua teman blogger I dari Melaka).



cenderhati dari pihak pengantin..


Pohon semalu yg mengimbau kenangan silam - Masih teringat temanku berdongeng di padang sekolah ketika itu : "sesiapa yg dapat memetik daun semalu ini dlm keadaan daun tidak menguncup... akan berkahwin dgn anak raja" - Hahaha... jgn percayalah benda mengarut ni semua..

Itu la cerita I hujung minggu kali ini... Uoll pulak bagaimana?

Friday, March 18, 2011

Apakah kuih yang anda suka makan dan beli?

Sewaktu pulang ke kampung tempohari, teman I bertanya :

"Teringin aku berniaga jual kuih, tapi tak de idea la nak jual kuih apa?" Kata ibu kepada 3 orang anak itu.

I plak yang blank tetiba ketika itu... bagaikan anak patung (konon tadi nak tulis bagaikan tunggul tapi tak jadi... sebab nak perasankan diri ala2 anak patung barbie doll yg cun) yang tak dapat memberikan apa2 idea kepada seorang sahabat yg memerlukan sumbangan idea.. emm kuih apa ya??? Alamak! Mana idea ni?? Kalau kat JB ni, boleh la kita suggestkan dia jual kuih "kangaroo" tu kan...Shashal kan? ;)


**Uoll nak tau tak apa yg Shashal maksudkan dgn kuih kangaroo tu.... macaroon tu la. Ada-ada je anak I tu kan.. salah dengar mungkin.

"Emm.... ko jual je la popia." Banyak-banyak kuih, popia pulak yang muncul di ruangan mata. Hmm...

Oleh itu, hari ini I list downkan lagi... (untuk rujukan dia) :

apam - ok kot?


lepat labu ....ko jual la... nanti aku orang
pertama beli :D
lain-lain cadangan :

donut
pau
lepat pisang, lepat ubi
puteri ayu
keria
pizza - (buat topping yg ringkas2 je)
pie epal
kek pisang
kek gula hangus
puff
tapi... aku tak suka puff... rasa muak je makan puff yg
cruncy & oily tu.. apatah lg bila berintikan kentang...
kalau ko buat inti mcm gmbr atas tu maybe aku beli kot :D


roti jala inti kentang
ketayap

dll...

dan lain2? - ya, nanti aku tanyakan
ler kengkawan blogger aku ni.... diorg selalu byk idea...
ko sabar je la tunggu apakah jawapan mereka.

(ni kira survey citarasa satu Malaysia ni tau!)

















Thursday, March 17, 2011

Menghadapi Suami Suka Memancing...

"Bagaimana menghadapi suami yg suka memancing?" - itulah soalan yg digoogle search ke blog I hari ni.. dan ini pada pendapat I..

Sebenarnya puan, perkara yg u harus lakukan ialah biarkan je dia memancing.... suka ati dia nak mancing siang malam pagi petang...nak ke laut, ke pantai, ke parit, tidur berbantalkan ikan.... lama-lama kan... dia akan jemu. Tapi kena bersabar sikit la.. untuk sampai ke tahap jemu tu maybe memakan masa yg agak lama. Sedangkan ada suami yg bercinta sakan dgn pompuan lain pun bila tiba masanya mereka akan datang tahap jemu... ini kan pulak sekadar memancing.... What's the big deal? Don't have a cow ---> 


Miss Mirror boleh la ckp mcm tu, tak kena kat batang idung sendiri?. 


Eh sapa kata.....my IRP pun dulu suka memancing, ada waktu-waktunya bawak kami sekali... sampai berjam2 la kami dgn bawak anak2 tido kat tepi kolam. (Masa tu anak sulong I kecik lagi). Tumpang enjoy gak la walaupun terpaksa bersun burn. Yg bestnya kami selalu dpt makan ikan fresh... kan best tu!!!


Pendek kata Puan.. biarkan je la dgn hobi dia tu.. kita org pompuan ni pun ada hobi kita gak kan...


"Sepatutnya isteri rasa beruntung.  Sebab kalau ikan pun mereka sanggup tunggu, apalagi isteri..  kekeke...  Aamiin".


Nota  : Sentiasa percaya di dalam hati bahawa suami anda tidak akan pernah jemu dgn anda. ;D  Itu je la yg boleh I katakan...


I tgh sibuk menunggu lepat labu I bersauna ni.. then sambil2 tu mencuci mata tengok gambar2 skirt cantik2..





Cantik skirt ni kan?. I ada.... tapi tak la berwarna-warni macam ni, kalau berminat boleh jenguk sini.




Apam gebu khas untuk si Ain - yg kononnya tak nak makan lepat labu. Tapi bila I dah siapkan adunan lepat yg berintikan kelapa itu, terliur plak dia... 






menunggu turn untuk "sauna".



Ok la.. itu je utk kali ni.... daaaaah!!



p/s :.   Apa kata puan siapkan tabung, tiap kali suami nak keluar memancing je, caj RM50.  Kekeke.    Cukup 10 tahun dpt sebuah rumah.